PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI PAVILION HOTEL SANDAKAN

PENGINAPAN 3 HARI 2 MALAM DI PAVILION HOTEL SANDAKAN | Untuk hari yang ke-3 selepas check-out dari Myne Resort, kami terpaksa di bagi kepada 3 group. 3 group ni kena menginap di 3 tempat dan hotel berlainan. Sis follow aje, dan sekali lagi teman sebilik Sis untuk 2 malam di sini, tak lain tak bukan, Kak Seri hehehe. Dan group kami di tempatkan di The Pavilion Hotel Sandakan.

The Pavilion Hotel hanya 5 minit memandu dari Lapangan Terbang Sandakan dan urusan dari airport percuma ke lapangan terbang disediakan. Pavilion terletak dalam jarak 20 minit pemanduan dari Pusat Bandar Sandakan dan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Sanctuary Labuk Bay Proboscis Monkey terletak sejauh 25 minit pemanduan.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/tempat-tempat-menarik-di-sandakan-sabah.html

Dilengkapi dengan lantai kayu, bilik-bilik berhawa dingin kontemporari mempunyai TV berskrin rata 32-inci, peti keselamatan peribadi, dan bilik mandi peribadi dengan pengering rambut. Kemudahan membuat teh & kopi dan bar mini disediakan. Pine Cafénya pula menyajikan kepakaran Chef tempatan yang tersedia dengan masakan menu cina dan juga barat.




Perkhidmatan bilik disediakan untuk di kemas atas permintaan.
Di bawah lobby hotel pulak, korang boleh pergi untuk buat urutan badan dan kaki, atau perkhidmatan 24-jam di hotel untuk bantuan simpanan bag/bagasi, pertukaran mata wang atau perkhidmatan faks atau fotokopi juga ada di sediakan.

Tempat letak kereta di hotel adalah percuma.



Dan kalau malam, korang bolehlah jenjalan di luar hotel, sebabnya banyak kedai makan yang ada sekitar hotel. Termasuk juga khidmat dobi yang hanya sebelah hotel aje, bank juga seberang jalan, dan kedai-kedai runcit dan cafe.

Sis sempat juga merayap malam terakhir di situ bersama Miera, Abe Rudy dan juga Lyea, kami pekena kue tiaw penang dan juga sup tulang. Hahaha kelakar tak? Datang Sabah makan kue tiaw penang hahahaha..tapi tidak mustahil sebab ada jual di sana hehehe depan sebelah hotel aje kedai makannya.


Pavillion Hotel Sandakan 
Block A3,Bandar Labuk Jaya, Mile 7, Labuk Road

Website : https://www.thepavilionhotel.com.my/

Hotel 3 bintang.

Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.


P/S: Senang cakap, janji boleh tidur sudah! Hehehehe...faham tak faham? 😷

4 comments:

  1. antara tempat yang akan saya pergi bersama isteri ( coming soon) ialah Sandakan..

    Sandakan please wait for me hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy! Silalah pergi, sangat berbaloi, lagi kalau ramai-ramai, seronok Tuan @Hanafi ..

      Delete
  2. perghmenarik sangat tu...hotel nampak selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa tapi ada Hotel di Sandakan yang lebih selesa lagi kalau nak @Nadia, di tengah bandar, kiranya banyak pilihan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.