ANTARA AYAM KYOCHON DAN AYAM 4 FINGERS, KORANG PILIH MANA?

ANTARA AYAM KYOCHON DAN AYAM 4FINGERS, KORANG PILIH MANA? | Yang mana pilihan korang? Memang Sis nak tanya korang dulu yang dah pernah cuba ayam Kyochon dan ayam 4 Fingers ni. Sebabnya sebelum ni Sis tulis post pasal ayam 4 Fingers tu ramai komen kata suruh cuba ayam Kyochon ni, katanya lebih sedap. Tapi....

Bilamana Sis dah cuba makan ayam Kyochon ni, memang betul, sedap itu subjektif, tekak memasing, selagi tak cuba sendiri, jangan guna pakai cakap orang, yang kata sedap dan tak sedap. So bagi Sis antara ayam Kyochon dan ayam 4 Fingers, sedap lagi ayam 4 Fingers. Jujur itu review tekak Sis, sori ya.

Kelmarin lepas Sis dan Geng Bas Sekolah Sis berjumpa dan kami sepakat nak makan di MidValley Southkey dan nak makan ayam Kyochon, memasing semua nak tau sedap ke tak, maka ke situlah kami makan.

Masuk dalam Kyochon, mulalah kami order, macam biasa blur jap nak order apa. Kawan Sis Ima yang order untuk kami. Kitaorang amik set signature ayam dia 2 set 16 ketul, dan add on set ayam 1 set 8 ketul. Juga amik set nasi sorang satu. Set nasi tu tersedia dalam nasi beserta telur + sup + air.

Sis dah lupalah nama-nama ayam Kyochon apa yang kami amik, tapi kami amik yang set signature dia. Nampak macam banyak sangat kitaorang order, tapi ....


Haaa ini dia 2 set signature yang kami order, masa mula sampai ke meja macam terkejut sekejap, sebab kami rasa ayamnya kecik bebeno laaa. Sepinggan tu untuk 2 set, tak ke rasa macam kecik. Serius memang kecik ayamnya. Tu bagi kami laa, kalau korang mungkin rasa besar agaknya.


Yang ni pulak set add on kami order, bezanya dia ada 3 sos tu haa, apalah namanya ek Garlic Chicken ke apa entah. Lupa, resit takde pulak dalam simpanan. Yang ni pun sama, kami rasa kecik ayamnya. Kawan Sis kata anak ayam hahahaha. Nasib baik sedap!.


Dan ini set nasi yang kami amik sorang satu. Ada nasi + sup + air. Salad tu siap set dalam menu ayam sekali. Sis amik Kimchi Rice, so far masa makan tu, okaylah sedap bagi tekak Sis. Kenyang juga makan semangkuk tu.


Tu le kesemua yang kami order dan makan, lepas makan memasing kebulur tak cukup makan lagi, hahahaa, memang bagi Sis tak boleh lawan dengan 4 Fingers. Lagi satu ayam 4 Fingers rangup crispy, ayam Kyochon ni gigit macam biasa je.

Lain orang lain tekak, yang tak pernah cuba, silalah, kalau yang dah pernah cuba, maaf ini pandangan Sis ya. Sedap memang sedap, kalau nak makan, boleh aje, cuma kalau bagi pilihan, Sis pilih 4 Fingers. Sekian..

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2018/09/4-fingers-crispy-chicken-ayam-goreng.html


Lupa nak bagitau, makan kat Kyochon ni kena banyak sabar ya. Yaa sabar menunggu menu sampai, atas meja tu je dah ada memo di beritahu persiapan menu amik masa 15 hingga 20 minit, sebab mereka masak secara fresh panas. Tapi.....masaalahnya masa dapat ayam, awat sejuk, tak panas pun hahahaha...

Takpelah...dah cuba jadilah kann..Tak salah mencubanya dan bagi pendapat. Tak semua benda dan makanan semuanya sedap. Sedap itu subjektif, perlu ingat tu.
Nobody is perfect!

Okaylah, nanti sambung lagi ya ..
Selamat beristirehat buat korang semua, cuti panjangkan..happy holiday.


P/S: Tibaa terliur plak 4 Fingers huhuhu ...

10 comments:

  1. Dorang pakai ayam baru dua bulan agaknya, serius kecik beno nak dibandingkan dgn 4Fingers. Akk masa tu amek sekor, memanglah ada 25 ketul tapi memang tak kenyang langsung. Kotak yg muatkan 25 ketul tu kecik jer, masa dia letak atas meja memang terkejut giler. Rasanya sebab ayam tu keciklah yg buatkan rasa dia kureng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa kawan kita kata anak ayam Kak @Seri, serius kecik ayam dia. Mmeang blur kejap masa dapat makanannya. Ermmm nasib baik sedap, tapi kurang puashati dengan saiz ayamnya aje, harga pulak boleh tahan mahal huhuhu...

      Delete
  2. Replies
    1. Samalah Sis @Nohas, suka 4 Fingers daro Kyochon ni haa...dah rasa kira okaylah, dah tau beza dah hehehe asyik dengar orang cakap je kan...

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha bagus, maknanya tak cerewet @AZ ni...

      Delete
  4. Aduhh sedapnyaa. Nyesal masuk blog sis pagi2. Lama terus kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah, apalagi @Uyul, silalah pergi hahahaha

      Delete
  5. Ooo..4fingers lagi sedap ek..ok lupakan hasrat nak cuba kyochon..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Sunah, bagi Sis sedap lagi 4 Fingers, masa makan Kyochon pertama tu, Sis diam lagi, sekali makan lagi, punn sama juga, maknanya memang kecik ayamnya di Kyochon...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.