MELEPAS RINDU WALAU SEKEJAP

MELEPAS RINDU WALAU SEKEJAP | Arghhh biarlah apa orang nak kata 'macam dia sorang aje ada Suami', lantaklah, dah Suami kita, kita tulis lah cerita pasal kita dan Suami, bukan kita kawin dengan laki orang pun, kan kan kan...

Alhamdulilah, Sis dapat juga menemui cinta hati Sis di Paka sana, mulanya agak takut nak ke sana sebab Suami masih lagi sibuk dengan kerja, taknak ganggu dia di sana, tapi bila Sis cuba tanya boleh ke ke sana, Suami jawab boleh, Sis terus beli tiket bas. Yaa kali ni Sis naik bas aje, sebab kereta tak hantar servis lagi.

Sampai Paka, Suami dah menunggu dah, dengan senyum-senyum manis dia tersenyum bila nampak Sis dari jauh hehehe. Naik kereta takde soalan lain dia tanya, mesti soalan dia 'Sihat tak?', ikutkan patutnya kita tanya dia kan, ini dia yang tanya kita hehehe.

Tapi bila mula melihat Suami, rasa nak nangis, tapi diamkan aje, sebabnya nampak sangat keletihan di wajahnya, macam tak terurus dah nengok. Tapi Suami nampak cool aje, kita sebagai isteri ni memang dapat rasa, memang dia penat dan letih.

Dah kata seorang Ayahkan, apa-apa perbualan, semua dia tanya pasal anaknya, lagi pulak lama tak jumpa anaknya, tanya Kakak, tanya Adik, tanya Amat, semua di tanya, katanya nak col anak-anak kadang takut balik kerja dah malam, anak dah tido, rindu anak-anak katanya, huhuhu..


Biasa kalau Sis ke Paka, Sis akan stay di Homestay, tapi sebab sana tengah shutdown, sana sini semua homestay dah full, mereka sewa sebulan. Nasib Suami dah pergi tanya dulu dan booking hotel di area situ juga. So check in hotel laa Sis kali ini.

Orang kata beginilah ek, kalau hubungan jarak jauh, bila Suami kerja jauh, nak taknak kalau dah rindu, pergi ajalah jumpa. Jangan di simpan rindu itu, nanti makan diri terus menyala api cemburu, tu kata Emak Sis dulu..hehehehe.

Patutlah Suami memang tak bagi Sis bekerja, katanya kalau kerja, nanti nak ikut dia ke atau nak ke sana sini nanti susah, terikat semuanya, sampai nak amik upah menjaga anak orang pun Suami tak bagi dulu, lagi susah katanya. Sebab tu leer Sis ko surirumahtangga sepenuh masa selama 26 tahun lamanya ni hehehe.

Now anak-anak dah besar, dah bawa diri memasing, so Sis hanya tumpukan perhatian pada Suami ajelah, kalau Suami kerja luar, Sis ikut, kalau Suami ke Paka bekerja lamanya, Sis datang sana, stay lelama sana. Takde benda nak fikirkan, anak-anak pandai-pandailah jaga diri.


Asalnya plan Suami dah booking hotel tu 5 hari stay sampai hari esok public holiday, tapi Sis kena balik Johor emergency semalam, sebab anak Sis, Yana kena serangan slip disc dia lagi, dan Emak Sis pulak masuk wad semalam pagi nak bedah bisulnya, jadi terpaksa balik awal dan beli tiket bas semalam.

Suami terpaksalah akur, nak buat macam mana, dia lagi risau dengar anaknya tu sakit, siap col banyak kali anaknya tu. Emak Sis pun malam semalam dah operate, ni nanti petang baru dapat Sis ke hospital, sebabnya siang ni banyak urusan nak settlekan dulu dengan anak.

Sejujurnya menangis semalam waktu nak balik, banyak Sis pesan kat Suami, yang penting ubat tu makan. Suami iyekan aje. Tak lupa juga dia pesan kat Sis, ubat tu makan, pergi travel nanti ubat jangan lupa bawak, huhuhu ๐Ÿ˜ญ

Ya Allah Engkau peliharalah dan lindungilah Suamiku, sihatkan dia, kuatkan dia, dan beri dia kesihatan yang berpanjangan di sana. Tuhan jaga dia untukku..

Aaamiinn...

Sekian, luahan seorang isteri di blog sendiri.


P/S: Rindu sentiasa rindu...tak pernah tak rindu walau ada depan mata sekalipun.. sebab kami tak pernah berpisah berjauhan :( ...

10 comments:

  1. sekejap pun sekejap la kak..janji dapat jumpa..moga anak dan mak akak cepat sihat..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Cik @Nor, kejap pun jadilah walaupun last minit jadi lain plak plannya...
      Makaseh Nor ...aamiinn

      Delete
  2. sedih pulak membacanya..semoga urusan sis dipermudahkan semuanya ya

    ReplyDelete
  3. Allahu.. baru nak usik2 korang tetiba ada cerita syahdu plak, semoga semuanya baik2 nanti ya sis. semoga korang dapat bersatu kembali nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak @Seri, kamis entiasa bersatu walau dalam mimpi hehehehe...aamiinn

      Delete
  4. Yeeee..betul tuuu..kalau dah rindu..pergi aje ler....Risau campur rindu tu..x keruan jadiknya....kan.... Semoga segala urusan dipermudahkan..sihat dan bahagia semuanya yaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kann @Nona, rindu laki sendiri kan, bukan laki orang hahahaha...
      Makaseh Non...

      Delete
  5. aduuu sedih kita baca sis....sangat memahami rasa rindu itu ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huwaaaaa, marilah kita tumpang bahu memasing @Sunah huwaaaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.