TERIMA KASIH KAKAK TEMAN EMAK PERGI EVENT

TERIMA KASIH KAKAK TEMAN EMAK PERGI EVENT | Alhamdulilah, syukurlah Allah kurniakan Sis anak sulung perempuan yang sudah menjangkau umurnya 25tahun. Ada jugalah teman berbicara. bergossip, seisi luahan rasa dan juga teman shopping dan keluar ke sana sini pergi event.

Dan kebetulan juga Kakak balik kejap sebab ada urusan di Johor tempoh hari dengan Ayahnya, dan sekarang masih lagi cuti beberapa hari sebelum balik ke Shah Alam. Makanya dialah jadi teman Emaknya pergi event sana sini, walaupun kena paksa hehehe. Makaseh kakak.

Bukan tak biasa pergi seorang tapi di sebabkan beberapa harini Sis ko agak stress dengan keadaan sekeliling, jadi Sis ajak Kakak teman sebagai kawan, lagipun event semalam sampai ke malam dan jauh sana di Pulai Springs Resort, so nasib baik juga Kakak nak teman.


Siangnya Sis ada event di Trove, petang baru ke Pulai Springs Resort. So habis event tu dah malam, nasib baik ada Kakak. Kalau dah berjumpa berdua dengan anak Sis begini, memang banyak benda nak di jadikan cerita, macam-macam kami borak, siap video call Ayahnya semalam si Kakak, kata tengah teman Emak pergi event, ye laaa kang orang buat fitnah, sampai kata 'Laki takde rumah, Bini merayap aje'...padahal Sis ko ni kemana pergi, atau pergi kemana, awal-awal dah col/wahtsapp Suami bagitau semua aktiviti Sis, dan apahal yang orang lain duk sibukkan hal Sis?!!..

Dan bukan merayap okay, tu semua 'kerja', ikut suka Sis laa nak kemana pun, janji bukan Sis minta duit minyak ke tol ke atau minta makan dengan orang. Yang tak tau 'punca', jangan buat cerita, sudah-sudahlah..kau jeless ke apa???...

Sudah-sudahlah buat fitnah, dan menunjukkan kau tu bagus!!. Jangan sampai aku serang kau..kang jadi parut kat muka kau!..

Tapi alhamdulilah, Allah ajar Sis sifat Sabar, Sis masih ada Allah, makanya Sis ko lantakkan aje, cuma aku perhati je kau okay!..dan kerana kes ini, aku bertambah benci dengan orang yang berstatus JANDA!!.. *maaf cakap, kebencian ini bersangkut paut dengan kes Sis sahaja.

Sis ada prinsip, 'Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku'...just simple.. nak kenal siapa Sis Lin?? Silalah bermain dengan api..baru kau tau siapa Sis Lin !! ..

Okay dah..cukup luahan geram Sis harini...kena tulis biar terang lagi bersuluh. Ni baru kes 1, ada lagi 3 kes lain lagi...nak tau? Nantilah Sis kongsikan....

Apa-apa pun alhamdulilah, Allah beri aku ketenangan dalam setiap sujud..syukur..


P/S: Please, don't ask me anything! ..

12 comments:

  1. seronoknyalah ada anak dara dah beso...sok lusa dah boleh dpt menantu dah tu.

    tp kan sis, jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ada sorang dua je kot J yang perangai tak serupa orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Sheila, seronokkk...senang nak ajak dan sharing borak dan masaalah..
      Faham...tak semua...tapi bab kes Sis ni, menjadikan Sis tak boleh terima langsung apa yang dah terjadi..

      Mungkin ada yang lebih baik J tu, tapi bukan J dalam kes Sis ni..

      Delete
  2. Wahhh... Nak berparut muka tu berani2 la. Akk pun minggu lepas naik angin jugak gara2 mulut orang yg sakit hati tengok kita ke sana sini. Dorang ni memang bangsa tak boleh tengok orang lebih tau Lin, sampai skrg masih teringat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Seri, ini post dah hilang tahap kesabaran..lantak leee apa yang orang akan kata...jangan sampai nanti nak tayang je mukanya kat blog ni...tunggu laaa...

      Orang macmtu Kak, lagi dia mengata, kita tunjukk kebahagiaan kita, bior dia panasss

      Delete
  3. seronok dah boleh buat teman kan, kak AJ pun selalu bawa anak temankan kalu ke event masa depa ada kat rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Kak @AJ...kemana pun macam kawan, semua benda boleh sharing dengannya..

      Delete
  4. hai kakak selamat berkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Uncle @Az, selamat berkenalan juga heheheh

      Delete
  5. sabarrr atas ujiannya....pedulikan orang yang dengki tu sis...dia takde hidup sendiri agaknya, sibuk nak tengok hidup orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Sunah, sabar aje, insyaaAllah semuanya akan Allah beri petunjuk dan kebenarannyaa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.