10 LANGKAH JAGA KESIHATAN KETIKA JEREBU - KEMENTERIAN KESIHATAN

10 LANGKAH JAGA KESIHATAN KETIKA JEREBU - KEMENTERIAN KESIHATAN | Tempat korang macam mana? Kalau di Pasir Gudang ni bacaannya pun tidak sihat dah, pandangan mata tu jadi kabur. Kalau memandu Sis kena pakai spek mata, padahal siang hari. Dan tekak pun dah mula rasa pahit-pahit sakit nak menelan. Bilalah keadaan ni nak berakhir kan. Tak tau nak salahkan pihak mana, yang pihak sebenarnya pun buat tak tau, huhuhu.

Kalau di Shah Alam pun tempat anak Sis sana, lebih teruk keadaannya IPU nya, risau rasa, dah le anak tu keluar masuk buat research sana sini. Banyak kali dah pesan kat anak agar minum air banyak dan pakai penutup mulut yang sesuai ketika keluar rumah. Kalau boleh suruh aje dia duduk dalam rumah, tapi sebab study, kenalah keluar juga.

Moga semuanya akan cepat baik dan kembali kepada asal.

Dan korang, jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga ketika jerebu ya. Kementerian Kesihatan mengeluarkan 10 langkah pencegahan kepada orang ramai bagi menghadapi kesan jerebu yang sedang melanda ketika ini.



1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).

8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama rapat agensi-agensi berkaitan akan terus memantau keadaan jerebu dan juga keadaan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kementerian.

“Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing,” katanya.

Sumber : Berita Harian 


P/S: Suami kata 'Meh datang Paka', ermm bagus gak ek..tapi sana pun jerebu gak huhuhu...

2 comments:

  1. Jerebu ni memang makin teruk...SA memang pakai mask jer keluar dari office. prefer duduk dalam office sebenarnya, tapi kadang kena keluar gak pi bank la apa la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun ada je jerebunya, kita ni jadi mangsanya kan @Suria, kalau kita dah tak tahan, apalagi ntah anak-anak yang di Kalimantan agaknya kan..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.