DAPATKAN SETEM KHAS #MakananKita DI SEMUA PEJABAT POS

DAPATKAN SETEM KHAS #MakananKita DI SEMUA PEJABAT POS | Tepuk dada, tanya selera. Nak ABC atau ais krim gula apong, nasi lemak atau roti canai, kuih cincin atau kuih ketayap? Biarpun selera kita berbeza, tapi kita semua setuju makanan kita tiada tolok bandingnya.

Kerana itulah untuk Hari Malaysia tahun ini, Pos Malaysia meraikan kepelbagaian citarasa yang menyatupadukan kita semua melalui setem #MakananKita.

Dapatkan setem keluaran khas ini semua pejabat pos dan www.eziemall.com mulai 17 September 2019.





Lembaran Setem: RM12.00 / RM16.00 / RM20.00
Lembaran Mini: RM5.00



Sampul Surat Hari Pertama (SSHP): RM0.50
SSHP dengan Setem: RM2.90
SSHP dengan Lembaran Mini: RM5.50


Folder: RM6.00


Set Lengkap: RM67.40


Dapatkan setem khas #MakananKita semua pejabat pos dan www.eziemall.com mulai 17 September 2019. Tarikh Keluaran: 16 September 2019.

Geram pulak Sis nengoknyaa..macam nak beli aje laaa, simpan buat koleksi.
Cantikkannn..

#posmalaysia #posmalaysiastamps #malaysiastamps #limitededitionstamps #postagestamps #instastamps #philategram #stampcollection #stampcollecting #MakananKita #HariMalaysia2019 #MakananMalaysia


P/S: Dulu Sis ko pengumpul setem, masa zaman sekolah, bila dah kahwin, tiberr hilang hobi tu hahahaha..

14 comments:

  1. WAH...MENARIK..ZAMAN REMAJA DULU SUKA SIMPAN SETEM..LA NI TAK BUAT DH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Suria, Sis siap ada buku setem lagi, baru tanya Emak mana simpan buku setem tu, Emak kata lupa pulak letak mana huhuhu

      Delete
  2. Budak sekarang nak tampal setem kat mana pun tataw

    ReplyDelete
  3. menarik setem baru nih, nnti nk cari jugakla... teringin jgk ada dlm koleksi setem baru ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, sebab semuanya makanan kita kan @Norhidana hehehehe

      Delete
  4. menariknya setem2 tu sis.. zaman skrg mana ada org tulis surat lagi sis.. tu yg budak skrg x tau hobi kumpul setem.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Dilah, jangan kada surat, kad ke poskad ke, pun dah takde dah mereka menulisnya ...

      Delete
  5. Ala..baru je beli stamp sebuku utk ofis minggu lepas

    ReplyDelete
  6. eh eh menariknya dia amek gambar tu...latar belakangnya sepadan dengan imej dalam setem...cantik pulak tu setemnya, sayang nak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kannn, teruja sangat melihatnya, Sis dah kirim kawan suruh belikan @Sunah, nak simpan buat koleksi...

      Delete
  7. Cantik2 gambarnya
    Bolehlah buat koleksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Wak, cantik setemnya semuanya, Saya dah kirim kawan minta dia belikan Wak ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.