KORANG DATANG MINUM AJE, JANGAN BERTERIAK!

KORANG DATANG MINUM AJE, JANGAN BERTERIAK! | Yaaa apa susah sangat, datang aje minum, dan jangan berteriak hahaha. Tapi kalau nak datang minum, Sis pesan dulu 'Jangan Berteriak!'. Ehhhh apa bendalah asyik-asyik jangan berteriak ni Sis oii hahaha.

Yang sebenarnya, jangan berteriak itu adalah nama sebuah cafe di Mount Austin Johor Bahru sana, cafe yang baru aje di buka dan di namakan 'Don't Yell at Me' atau melayunya 'Jangan Berteriak', haaa itu lerr sebenarnya hehehe.

Cafe ni dengarnya adalah cafe minuman popular di Taiwan dan telah di bawa ke malaysia dan satu-satunya cafe yang ada di Johor (akan di buka lagi cawangan lain), dan kini telah pun menjadi salah satu kedai minuman kegemaran warga Johor. Nak kata kedai boba tea sepenuhnya tidak, sebab minuman yang di jual adalah pelbagai perisa, dan lebih kepada minuman organik.



Korang ni Sis cakap tak caya, nampak tu signboard dia, 'Jangan Berteriak'..Dont Yell at Me! Hahahaa..bijakkan nama cafe dia, sangat menarik pengunjung untuk datang. Sis pun berkesempatan dapat melihat dan merasa sendiri dan nak tau juga apa yang bestnya minuman di sini.

Yaaa macam Sis cakap tadi, ianya bukan kedai minuman boba tea sepenuhnya, ianya adalah cafe minuman pelbagai termasuk minuman organik panas dan sejuk. Bahan yang di gunakan juga adalah dari bahan-bahan yang biasa orang buat minuman herba tu, yang biasa minum minuman herba mesti dia tau.




Kalau nengok pada ikon pada cawan/cup dia tu, ermmm seperti 'Ugly Face' kan, tapi memang ia pun ugly hahahaha, melayu kata muka hodoh! Entahlaaa kenapa begitu rupa ikonnya tu hahahaha, jadi daya tarikan pulak pada pengunjung juga, termasuk kawan Sis ko tu haaa Norfy hahahaha.

Nak juga dia buat muka macam 'Ugly Face' tu hahahah, takpe Norfy, tahun depan muka ko pulak kat cawan tu hahahaha.



Korang mesti cuba! Sis sangat sukakan Peach Mint Sparkling Water dia! Refreshing sangat rasanya! Lain dari yang lain rasanya, walaupun Sis ko ni tengah cut sugar, tapi airnya tidak terlalu manis seperti minuman biasa kita minum, kan dah kata, ianya lebih kepada minuman sihat iaitu organik.

Antara minuman top 8 yang menjadi pilihan ramai:

- Rose Milk Tea
- Winter Melon Chrysanthemum
- Original Cocoa Milk
- Spring Summer Autumn winter
- Winter Melon Lemon Sparkling drink
- La God honey chrysanthemum tea
- Black Sugar Pearl milk
- Peach Mint sparkling drinking


So korang apalagi, cubalah, jangan tengok dan baca aje yer..

Kedainya di buka dari jam 12pm hingga ke jam 1am.
Setiap hari - Isnin hingga Ahad.

Alamat : No. 25, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Fecebook : https://www.facebook.com/DontYellAtMeMalaysia/
Instagram: http://www.instagram.com/dontyellatmemy


P/S: Kemain banyakkan cafe boba tea sekarang, tak terkejar nak hunting oii..

12 comments:

  1. Hahahahaa nape seram sgt muka dekat cup tu. Saje lah tu cabar customer supaya tak teriak bila tgk muka kt cawan tu hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann @Decamellia hahaha seram mukanya, katanya 'ugly face', femes tu kat Taiwan hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Iyerr minuman dia semua sedap @Umminani ..

      Delete
  3. aduhai, nape la buruk bebeno muka kt cawan tu... terganggu betul hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kan dah kata 'ugly face' hahahaha @Norhidana ...

      Delete
  4. Replies
    1. Kannnn, nanti boleh laaa kita singgah lagi ek @Sunah ..

      Delete
  5. Nama kedai dah unik dan boleh jadi tarikan dah...sebab org Malaysia suka sesuatu yang unik kan...tapi gambar kat cawan tu potong stim la..kena cari idea lain yang lebih menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha daya tarikan tu pada cawannya @Suria hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.