SUP IKAN SIAKAP MENU SIMPLE TAPI SEDAP

SUP IKAN SIAKAP MENU SIMPLE TAPI SEDAP | Nampak mudah kalau sebut sup ni, ye laaa biasa sup ni campak-campak aje, cukup rempah tumis 5 sekawan, masuk air, campak sup bunjut, tabur bawang goreng, dah siap! Bukan susah sangat pun, tapi kalau jenis yang masak beriyer, selagi tak cukup bahan, memang tak jadi lee supnya hahaha.

Tapi kalau Sis ko, alaa tak payah susah-susah, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah tumi 5 sekawan, then masuk air, campak sup bunjut, masuk ikan, haaa biarkan mendidih sampai masak. Kemudian barulah nak tabur bawang goreng ke, tabur daun bawang ke, ikut suka hati ko.

Lepas tu buat sambal kicap, makan pepanas hirup kuahnya sup tu, perghhh sedap nikmat tak terkata!

Semalam punggah aisbox yang ada lobak merah aje, daun bawang pun takde, nak pergi kedai malas, makanya letak aje lobak merah dalam sup, sebab sayur pun takde nak masak, lobak pun lobaklah, jadilah sup kosong je kan..

Ikan siakap tu pun tinggal tu le baki yang siakap 4 ekor Suami bawa balik tu, ada tinggal 2 keping aje lagi dalam aisbox. Nak habiskan minggu ni, then nak cuci aisbox. Minggu ni sampai minggu depan, Sis ko dah bizi kerja di luar dan holiday lagi hahahaha. So nak kemas dulu apa yang patut, senang mata dan otak bila balik bercuti semua siap kemas.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/empat-ekor-ikan-siakap-suami-bawa-balik.html


Semalam memang blur sikit nak masak apa, ingatkan nak masak daging, tapi lepas dah keluarkan dari Noxxa, jadi malas pulak nak masak daging, Sis sesiap hiris-hiris, then simpan dalam bekas, masuk frozen. Nanti-nantilah masak dagingnya.

Terus keluarkan ikan, masak sup ikan siakap ni. Kebetulan petang semalam adik Sis, Mamanya Mia datang, so merasalah dia makan sekali semalam. Adik tu memang suka kalau tang ekor ikan, tu yang dia makan semalam tu.

Nak msak bukan susah, benda mudah aje, buat apa nak susah-susah. Yang jadi susahnya diri ko, susah nak masuk dapur dan masak, tu yang sebetulnya kan hahaha..

Okaylah, Sis pagi ni bawa Mak ke Klinik Kampung Melayu, nak checkup kencing manis dia. Pepagi Sis dah keluar. Nanti balik baru Sis update lagi eh..

Alhamdulilah Emak Sis baik-baik aja, cancer dia pun alhamdulilah dah okay. Cuma sekarang ni, ubat kencing manis dia tu Doktor kata effect buah pinggang, tu yang pagi ni nak check ni.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/04/my-mom-fight-breast-cancer.html

Resepi? Tu dah bagitau kat atas tu haa..hehehe..


P/S: Tekak rasa nak makan sayur pucuk manis masak lemak, nak carilah! ..

20 comments:

  1. haaaaa.. betullah tu sis, yg susahnya kalau malas nak masak mcm Mak Inche nih, hahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha gituuu, kalau dah gitu, tak dapekk den nak nolong Kak @Seri hahahaha

      Delete
  2. Mudah2an emak Lin sihat2 hwndaknya

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi ikan siakap buat sup..boleh la cuba nanti ni...asyik ikan jenahak ikan merah jer kan..sesekali tukar ok gak...semoga mak sis cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try @Suria, Sis biasa buat ikan siakap dari ikan merah, sebab dah itu aje yang ada ikannya hahahaha

      Delete
  4. ikan siakap ni bg dana masak apa pun sedap.... masak sup lagi lah mau bertambah2 makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr betul @Norhidana, masak lomak cili api pun sedap ...

      Delete
  5. Simple, sedap & healthy sis. Memang terbaik ๐Ÿ‘

    Moga ibu sis baik-baik aja ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Puan @Hazel, masak yang mudah, senang dan sedap di makan..

      Delete
  6. Replies
    1. Hehehehe dah masak ke belum tu Cik @Nor ..hehehe

      Delete
  7. Suka lauk yang simple gini... teringat arwah bapak suka sup ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Nasa, simple, mudah tapi sedap ...makan dengan sambal kicap, perghhh sedap...

      Delete
  8. hahaha sama kan menu semalam...kita published kul 2.30 jap gi

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnya.. walaupun simple

    ReplyDelete
  10. saya pun spesis masak asal boleh je. tak cukup bahan pun belasah jelah. bak kata mama saya "kita buat dia"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kan @Sheila, nak masak ni bukan susah, nak dengan taknak aje, janji masak hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.