BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN DIRI?

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN DIRI? | Cara paling berkesan untuk mendapat ketenangan hati ialah dengan berzikir kepada Allah SWT dengan khusyuk.

Hal itu disebut di dalam Surah ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud: “Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah adalah satu ibadat agung. Dengan mengingati Allah SWT, seseorang hamba mendekatkan dirinya kepada Allah dan mengisi masa dengan perkara yang sangat bermanfaat.

Ambillah masa duduk bersama-sama orang yang berzikir kepada Allah SWT dengan cara mengucapkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (la ila ha illallah), dan istighfar (astaghfirullah).

Banyak hadis menyebutkan berkenaan zikir dan kelebihannya. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling di jalan mencari orang yang berzikir. Apabila mereka bertemu kelompok orang yang berzikir kepada Allah, mereka pun saling memanggil: “Kemarilah kepada apa yang kamu hajatkan.”

Lalu mereka mengeliling orang yang berzikir dengan sayap-sayap mereka hingga ke langit. Apabila orang tersebut berpisah meninggalkan majlis zikir, maka malaikat naik ke langit.

Maka Allah bertanya kepada mereka (sedangkan Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya). Allah berfirman: “Dari mana kamu semua?” Malaikat berkata: “Kami datang dari sekelompok hamba-Mu di bumi. Mereka bertasbih, bertakbir dan bertahlil kepada-Mu.

Allah berfirman: “Adakah mereka pernah melihat-Ku?” Malaikat menjawab: “Tidak pernah.” Allah berfirman: “Bagaimana sekiranya mereka melihat Aku?”

Malaikat berkata: Sekiranya mereka pernah melihat-Mu nescaya mereka akan lebih meningkatkan ibadatnya kepada-Mu, lebih bersemangat memuji-Mu dan lebih banyak bertasbih pada-Mu.

Allah berfirman: Lalu apa yang mereka mohon pada-Ku? Malaikat berkata: Mereka meminta syurga kepada-Mu. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat syurga? Malaikat berkata : Tidak pernah! Allah berfirman: Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya?

Malaikat berkata: Sekiranya mereka pernah melihatnya nescaya mereka akan bertambah semangat terhadapnya, lebih ghairah memintanya dan semakin besar keinginan untuk memasukinya.

Allah SWT berfirman: Dari apa mereka minta perlindungan? Malaikat berkata: Dari api neraka. Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat neraka? Malaikat berkata: Tidak pernah! Allah berfirman: Bagaimana sekiranya mereka pernah melihat neraka?

Malaikat berkata: Kalau mereka pernah melihatnya nescaya mereka akan sekuat tenaga menghindarkan diri darinya. Allah berfirman: Aku persaksikan kepadamu bahawasanya Aku mengampuni mereka. Satu daripada malaikat berkata: Di situ ada seseorang yangtidak termasuk dalam kelompok mereka. Dia datang semata-mata kerana ada satu keperluan (apakah mereka akan diampuni juga?)

Allah berfirman: Mereka adalah satu kelompok di mana orang yang duduk bersama mereka tidak akan kecewa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Muslim ada tambahan pada perkataan terakhir: “Aku ampunkan segala dosa mereka dan Aku beri permintaan mereka.”


Ketenangan juga boleh diperoleh jika berada dalam majlis membaca al-Quran dan mempelajarinya. Ini juga termasuk majlis zikir dan jelas disebut dalam sebuah hadis bahawa Allah menurunkan ketenangan dalam majlis itu.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam satu rumah di antara rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan saling mempelajarinya di kalangan mereka melainkan ketenangan turun kepada mereka, rahmat menyelubungi mereka, malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat di sisi-Nya,” (Riwayat Muslim)

Majlis zikir adalah majlis malaikat. Ia menjadi penyebab turunnya ketenangan dan rahmat Allah serta adalah taman syurga.

Ulama juga menyebut termasuk majlis zikir ialah seseorang itu berada di dalam majlis ilmu.

Justeru, rebutlah peluang memperbanyakkan diri berada di tempat sedemikian nescaya kita akan memperoleh ketenangan.

Sumber : Datuk Dr Zahazan Mohamed


P/S: Nak tenaang bagi Sis, sentiasa berfikiran positif, yang negatif kita 'bunuh' !! ..

8 comments:

  1. nice.. bagus kisah cerita macam ni dapat dijadikan pedoman. yg negatif tu campak je dalam laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @AZ, kita dekatkan dengan yang positif, kita jauhkan dari negatif ..

      Delete
  2. Replies
    1. Itu yang paling mudah dan berkesan @Wak ..

      Delete
  3. Thanks sis share ilmu yg sgt bermanfaat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama @Decamellia...sharing is caring ...

      Delete
  4. Tq sis lin atas pengkongsian ni.. InsyaAllah harap dipermudahkan amalan zikir

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.