SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK?

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK? | Korang kenal akan Embah Jid ni? Siapa Embah Jid ni? Jom kenali siapakah dia.

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".



LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Bagi Sis yang lahir pada era 70an, membesar dengan lagu lama zaman irama melayu 90an, time tu banyak lagu Irama Malaysia yang berkumandang, paling Sis minat lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza juga armarhun SM Salim, semua lagu-lagu hasil sentuhan Pak Ngah memang menjadi siulan anak-anak muda dahulu.

Tetapi zaman semakin berlalu dan merubah segalanya, dengan mulanya pelbagai genre muzik yang bermacam-macam, kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ye laa donde donde donde gitu. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasinya.

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, atau tiada sambutan pada era kini atau tidak relevan untuk diteruskan? Cuba kita renung dan fikirkan..



EMBAH JID MAHU MEMBERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020. KENAPA EMBAH JID?

Bagi orang berketurunan jawa panggilan Embah itu merujuk kepada nenek/datuk.

Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah.

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa, beliau mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".



PROFIL EMBAH JID :

  • YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
  • Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
  • Penerus Zapin Lenga dan Cerapai Inai -
  • Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
  • Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
  • Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
  • Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -

Apabila melihat kepada profil beliau, agak membanggakan dengan segala pencapaian dan Sis kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menarikkan..sesuatu sangat, bercinta dalam tarian ๐Ÿ’“



Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. 

Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3, 4 dan 6, 7, 8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain, kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang, terutama anak muda sekarang, supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.

Sis doakam moga Embah Jid terus berjaya dalam mencapai cita-citanya. 
Aamiinn..



P/S: Betul juga kan,s emakin hari irama Malaysia semakin kurang kita dengar, di manakah silapnya? Ermm..

6 comments:

  1. K-pop semakin mendapat tempat dihati anak muda Sis..walau tidak semua begitu namun sebilangan besarnya mengidolakan mereka..artis-artis korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @PC, irama Malaysia semakin hilang di makan zaman. Tak tau nak kata apa dah ..patut artis baru ni lebih banyak menyanyikan lagu irama malaysia..supaya generasi akan datang tau dan sukakannya, bukan sebab gile lan penyanyinya aje...

      Delete
  2. Harap lepasni etnik kreatif kembali menyinari pentas muzik ❤️

    ReplyDelete
  3. yukkk naikkan seni irama malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh, lepas ni karaoke nyanyi lagu irama Malaysia aje ek @Sunah hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.