SEKEJAP DAH MASUK BULAN SEPTEMBER KAN?

SEKEJAP DAH MASUK BULAN SEPTEMBER KAN? | Kannn masa sekejapnya berlalu, sekejap dah bulan September. Tau-tau nanti dah bulan Disember. Ermmm. Betullah kata pepatah, masa tak mengejar kita, kita yang kena kejar masa. Kita diam ke buat keje ke, masa tetap berlalu. Samaada kita pandai mengurus masa dengan betul gan tidak aje.

kalau dah duduk aje, takde buat benda berfaedah, ingat masa tu nak stop ke? Kadang Sis sendiri pun, lalai memanjang, sampai kadang tu fikir, aishh apa aku dah buat ni, tau-taunya dari siang dh sampai malam, tapi kerja tak siap-siap juga. Selalu jadi macamtu.

Sebab tu sekarang, sebelum menjelang esok paginya, Sis dah plan dalam minda atau otak, esok bangun pagi, duduk 3/4 jam bukak laptop update dan blog walking blog, then kemas rumah, memasak, siapkan kerja yang patut, tu pun kadang sambil jengah juga laptop bukak email, sebab laptop tak tutup, then siap urus diri, samaada makan ke tidur ke, then kalau ada maa lagi, haa ngadaplah laptop lagi, kalau tak layan Netflix.

Yerr memang Sis laptoplah jadi peneman, blog ni lah jadi kawan Sis sepanjang Sis duduk rumah. Kadang bukan ngadap blog aje, Sis bukak sana sini laman web, cari info, baca berita, baca juga post-post keagamaan dan nanti kalau Sis suka, Sis kongsikan di blog Sis.

Kalau korang kata Sis ko ni takde kerja ngadap laptop aje, lantaklah, janji Sis tak kacu orang. Sis buat hal sendiri. Kadang handphone pun Sis ko tak layan, sebab asyik membaca di blog. Tapi ikut masa laa, bukan 24jam ngadap sampai kerja lain tak buat, itu dah melampau sangat!

So pepandailah korang urus masa, jangan tau megeluh aje. Yerrr taunya mengeluh masa pantas berlalu, tapi diri sendiri tak reti nak urus masa. Cuba kadang fikir dan renungkan dan berkata 'Apa aku buat ek sampai aku takde masa?' ...pastu fikirlah sendiri jawabannya.

Okaylah panjang pulak membebelnya. Ni pun Sis update sementara menunggu daging empuk dalam Noxxa. Ingat nak masak sup kentang daging.

Semalam pun sampai Johor hampir jam 12am, selepas hantar anak bujang balik ke Politeknik Mersing. Phewww lepak tak lepak aje badan ni, tapi enjoy gile! Nantilah Sis kongsi percutian singkat Sis bersama anak-anak ya.


Nah! Belanja gambar sekeping hehehe.
Merenung masa depan barangkali hahahaha.
Tunggu free Sis update lagi ya..Harini banyak kerja, maklum baru balik bercuti, apalagi, nak mendobi lerrr...

OkBai...


P/S: Rindu Suami di sana... semalam Suami call, sampai nangis-nangis .. 😭

12 comments:

  1. Betul Sis. Dah masuk September. Nanti masing-masing dah sibuk nak sambut 2020.Kita uruskan waktu.. Urus Semampu dan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn tahun depan lagi sibuk memasing, tahun melawat Malaysia dan Johor 2020 @PC ..hehehehe

      Delete
  2. betul tu... kejap masa berlalu makin singkat juga hidup nie huhu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Nurulatika...moga kita gunakan sebaik mungkin masa yang ada ni...

      Delete
  3. cantik gambar tu...watermark mana watermark? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha semalam dah ingat nak letak @Sunah, sekali dah upload malas nak edit hahahha

      Delete
  4. It's ok lantaklah org kata APA yg Penting Kita happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, lantak le deme, janji kita urus masa kita dan kita hargai masa yang ada, jangan sia-siakannya kan @Mamapp ..

      Delete
  5. Tabiklah
    Rajin betul mengentri blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kena rajin usaha namanya @Wak hehehe

      Delete
  6. Betul betul..sekejap je masa dah berrlaluuuuuuuuu~ usia semakin meningkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Nona, masa begitu pantas, kita kena kejar masa sebelum masa tu pergi sia-sia ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.