MILIKI KULIT YANG CERAH DAN BERSERI DI INNISTREE JEJU CHERRY BLOSSOM TONE-UP POP UP

MILIKI KULIT YANG CERAH DAN BERSERI DI INNISTREE JEJU CHERRY BLOSSOM TONE-UP POP UP | innisfree melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit yang terbaru, #JejuCherryBlossom, untuk mencerahkan dan menghidratkan kulit supaya wajah lebih lembap dan bersinar. Bersempena dengan pelancaran rangkaian yang baru ini, innisfree menjemput inni-friends dan penggemar produk kecantikan untuk hadir ke Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up yang akan diadakan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula dari 17 September hingga 6 Oktober 2019.

Dilengkapi dengan hiasan Cherry Blossom yang berwarna merah jambu, #ToneUpPopUp memaparkan satu botol gergasi produk utama iaitu Jeju Cherry Blossom Tone-Up Cream dan bertujuan untuk membawa Musim Bunga Jeju kepada warga Malaysia. Inni-friends dan peminat produk kecantikan boleh menikmati pengembaraan mereka dan mengabadikannya di Instagram sambil meneroka stesen-stesen di #ToneUpPopUp. 


Tambahan pula, tetamu boleh merasai manfaat Jeju Cherry Blossom di kaunter pengujian produk Delight in Dewy Glowing Skin, main Typing Blossom —suatu permainan menaip yang menyeronokkan, dan juga Lucky Petals — suatu aktiviti cabutan bertuah di mana peserta perlu mencabut kelopak Cherry Blossom di dalam wind chamber untuk berpeluang memenangi produk- produk innisfree, sambil menikmati popcorn dan macaron yang bertema merah jambu di Pink Indulgence.


Peluang untuk melawati #ToneUpPopUp tidak harus dilepaskan kerana pelawat boleh mengumpul setem cherry blossom di setiap stesen untuk membawa pulang hadiah eksklusif innisfree setelah menyelesaikan pengembaraan Cherry Blossom mereka. Selain itu, tetamu juga boleh mengabadikan pengalaman Cherry Blossom mereka dengan lengkapan paparan ambien terkini yang membolehkan peminat selfie atau wefie merealisasikan fantasi Cherry Blossom Jeju mereka kepada realiti. 


Bagi meningkatkan lagi keseronokan, innisfree akan menjemput Phei Yong — seorang DJ radio di MY FM dan juga seorang YouTuber, dan Danny Koo — seorang pengacara TV dan penyanyi yang juga dikenali sebagai Danny Ahboy, untuk mengambil peranan sebagai innisfree Greenus Staff
selama 2 jam pada 21 September di Town Park, MyTOWN Shopping Centre, di mana inni-friends yang bertuah akan dapat melawat #ToneUpPopUp secara eksklusif serta menyertai sesi temu mesra dengan personaliti-personaliti tersebut. 


innisfree memperkenalkan empat produk terbaru dalam rangkaian #JejuCherryBlossom iaitu Jeju Cherry Blossom Tone-up Cream, Jeju Cherry Blossom Jelly Cream, Jeju Cherry Blossom Lotion dan Jeju Cherry Blossom Skin, yang kesemuanya dihasilkan dengan esktrak Jeju cherry leaf dan Betaine semulajadi untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah, lembap dan lembut. Bermula dari RM 65, pengguna boleh membeli produk-produk baru ini di semua kedai innisfree di seluruh negara. Bersinarlah dengan inni-friends anda, hanya di #ToneUpPopUp. 


Jadual dan lokasi innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up:

Tarikh & Lokasi

17 — 18 September
Iconic E, Taylor’s Lakeside Campus 

21 — 22 September
Town Park, MyTOWN Shopping Centre

26 — 29 September
North Zone, Queensbay Mall, Pulau Pinang

4 — 6 Oktober
Premier Terrace, Lot 10 Shopping Centre

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Facebook atau Instagram innisfree

Hashtag media sosial:
#JejuCherryBlossom
#ToneUpPopUp


P/S: Yang ada member, haaa jomm singgah dan dapatkannya, Sis suka baunya, wangi sangat!!

8 comments:

  1. Alahaii comelnyaa set dia pinky semuaa

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Iyerrr kali ni dia keluar semua pinky-pinky gitu Kak @Seri ..

      Delete
  3. eeee sakura sakuraaaaa gituuu ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr Sakura @Sunah..apalagi, silalah beli hehehehe

      Delete
  4. Pernah beli kat Althea jenama ni..tapi bukan packaging yang ni la..lain plak..maybe ni yang terbaru kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mi terbaru @Suria..kalau Sis memang pakai Mousturiser dia @Suria..organik kannn

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.