BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN, BUKAN KEMAHUAN!

BELI KERETA IKUT KEMAMPUAN, BUKAN KEMAHUAN! | MAAF jika tajuk dan posting ni akan jadi terasa hati bagi sesetengah pihak. Takut juga kang ada yang anggap 'mendulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih', ermmm ehh tidak mengapa, bagi Sis tak kisahlah orang nak kata pun, kadang teguran orang tu sebagai nasihat buat kita, sebab kadang kita pun khilaf dan alpa dengan harta dunia, sampai lupa nak ukur baju di badan sendiri. 

Bab membeli rumah dan kereta ni, bukan boleh di buat memain, bukan kata, 'Okay saya nak itu, nak ini', boleh terus kau dapat jerr, tapi banyak faktor lain nak kena amik kira. Bukan main petik jari, kemudian dapat, terus begaya yaa.. jangan laa ikut resam, 'biar papa asal bergaya', yang susahnya nanti sapa? Kau dan keluarga kau juga.. terutamanya kereta. Adakah korang memakai kereta korang sekarang ikut kemampuan atau kemahuan?. 

Beli Kereta Ikut Kemampuan, Bukan Kemahuan

Sepertimana yang ramai orang sedia maklum, membeli kereta adalah salah satu perbelanjaan yang besar tidak kira untuk perseorangan mahupun yang berkeluarga. Yaa memang ianya satu kemudahan buat kita, tapi jika kita tersalah membeli kereta (tak mengikut keperluan mahupun kemampuan), kita akan terikat dengan satu liabiliti untuk jangkamasa yang agak panjang (minimum 5 tahun, maksimum 9 tahun sekiranya kita menggunakan pembiayaan kenderaan dari institusi-institusi kewangan). Kalau hendak dijual kereta pun, jumlah yang akan diterima balik selalunya akan kurang dari jumlah yang masih perlu dibayar semula kepada bank. 

Sebenarnya, tak salah pun kalau kita nak beli kereta, jika kita mampu untuk membeli dan memastikan kenderaan kita dalam keadaan yang sempurna dan selesa untuk keluarga. Kau nak beli dua tiga biji sekalipun, no hal laaa. Tapi pernah ke korang buat kajian dan lihat statistik negara yang menunjukkan bahawa, pinjaman kenderaan adalah salah satu sebab utama kenapa ramai orang muda sekarang telah mencapai status muflis (sila rujuk Jabatan Insolvensi Malaysia). 

Beli Kereta Ikut Kemampuan, Bukan Kemahuan

Yaa anak Sis,Yana adalah seorang Sale Advisor di sebuah pusat jualan kereta Proton di Taman Bukit Dahlia (Kulis Auto), so banyak jugalah yang Sis tau mengenai pelbagai masaalah pembelian dan pinjaman kereta melalui anak. Bukan senang yaa nak uruskan pembelian kereta pelanggan kata anak, banyak faktor nak kena amik kira. Tak kiralah kau kerja apa sekalipun, pangkat kecil atau besar pun, kalau dah memang tak layak, memang bukan rezeki. 

Kalau jenis yang memang berkemampuan, ada juga pelanggan anak membeli secara tunai. Tu namanya rezeki dia laa kan. Dan ada juga yang membeli secara berulang, maksudnya, tahun-tahun sudah beli sebuah kereta, then tahun berikutnya beli lagi, untuk isteri dan anak katanya, so kemungkinan kewangan dia kukuh, so kemampuan dia ada untuk membeli beberapa buah kereta lagi, sebab layak dan mendapat kelulusan pinjaman bank.

Tapi ada juga laa kata anak, kemahuan nak membeli tu ada, cuba buat pinjaman, tapi tidak layak untuk memiliki, so di situ, belum ada rezekinya untuk memiliki kereta. Salah satu sebabnya tak layak, banyak faktor kena amik kira untuk membuat pinjaman, bukan kalau dah kata gaji besar, so layak untuk membeli, tidakkkk.. bank akan buat kira-kira berdasarkan Pengiraan Bayaran Bulanan Kereta dan juga gaji bulanan korang setelah di tolak. 

Beli Kereta Ikut Kemampuan, Bukan Kemahuan

Bukan tu aja, bila dah kita ada kereta, kena juga fikir budget harian untuk mengisi minyak kereta. Kalau ada sebuah kereta aje takpe lagi, tapi kalau dah dua tiga buah kereta yang di guna? Di situlah nak kena amik kira juga, betul tak? Dah ler harga minyak kereta sekarang tak menentu.. 

Kalau Sis ni, maklumlah tidak bekerja, apa yang Suami sediakan, itulah kita pakai, ye dakkk... bersyukurlah dengan apa yang ada.. kadang ada gak dalam hati teringin nak pakai kereta tu, nak juga merasa kereta sendiri, tapi apakan daya, Sis hanya mampu main Game Kereta jerr hahahahahaha.. 

Kesimpulannya, cara terbaik untuk menganggarkan kemampuan kita membeli kereta adalah dengan mengambil kira kesemua perbelanjaan kira dahulu seperti tempat tinggal, makanan, anak-anak, simpanan atau pelaburan (minimum 10% dari gaji), insurans atau takaful yang mencukupi dan keperluan-keperluan lain. Lepas tu, barulah fikir nak punya kereta berapa banyak sekalipun okay.. 

Kita kena mengukur baju di badan sendiri untuk memastikan tahap kemampuan kita untuk membeli kenderaan. Tetapi jika tiada keperluan untuk membeli kenderaan baru, sebaik-baiknya kita elakkan. Moga ianya bermanfaat buat korang semua.. 


P/S: Wishlist kereta Sis? Nak pandu Mercedes Benz AMG A45 hahahahahaha... kau ngase???

20 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Setuju sis..beli kereta ikut kemampuan. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Min, kalau mampu boleh jerr beli lebih dari satu kann.. janji tak pening kepala sudah...

      Delete
  2. Kan sis... apa yang suami sediakan... itulah yang kita lenjan...eh..yang kita pakai dgn penuh rasa bersyukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa kita.. janji ada kenderaan nak bergerak sudah kan Yan..

      Delete
  3. Wak kereta memang ada banyak
    Ada yang park kat kebun aja
    Kereta sorong tayar satu buat angkat sawit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lawak tau Wak.. tu kira mampu Wak, ada orang tayar sorong pun tak de.. huhuhu

      Delete
  4. Setuju...SA pun dalam proses beli kereta untuk Dania..amik Axia je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dipermudahkan buat SA.. inshaallah ada rezeki Dania tu..

      Delete
  5. Ya.. ikut kemampuan dan keperluan.
    Tapi mmg zaman skrg mmg memerlukan kereta ler.. Mercedez pun cantik.
    kasik onzz la sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona.. bukan untuk bergaya.. kalau kemampuan, pakai lerr apa mahu...

      Delete
  6. Betul Sis. Nak membeli kereta now kena fikir jangka masa panjang, servis, belanja nak manjakan kereta bulanan dan komitmen lelain gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Rawlins, kadang anak Sis tu bercerita ragam orang beli kereta, memang ramai takde ilmu.. huhuhu

      Delete
  7. So true... there are a lot of things we must consider before buying a car. But most important choose the one we can afford. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai hutang kereta jadi bebanan kan Fadima, just beli mana yang semampu-nya..

      Delete
  8. Betul, nak beli kereta ikut kemampuan kita.jangan gaji sikit tapi nak kereta mewah.. Sudahnya merana nak membayarnya.. Nad pun inginkan kereta sendiri, moga ade rezeki buat nad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah one day pasti akan rezeki untuk Nad miliki kereta sendiri...

      Delete
  9. no matter how much status and appeal matter, i agree with you that we need to buy according to our affordability

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Gracem jangan beli ikut gaya, nanti menyusahkan diri...

      Delete
  10. Betul kan.. beli ikut kemampuan bukan kemahuan! not easy too to own a car bah.. banyak yang kita kena consider kan.... ehh, Nell nampak ada link game bah! Nak try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Nell, bijak dalam membeli, pasti tak rugi diri sendiri...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment