TERINGAT-INGAT PULAK SAYUR LEMAK PUCUK PAKU NI

TERINGAT-INGAT PULAK SAYUR LEMAK PUCUK PAKU NI | SEMALAM masa nak masak untuk makan malam, Sis tanya anak 'nak makan apa?'... ehhh boleh pulak dia kata 'sedapnya sayur lemak pucuk paku kan?' hahahaha.. adeii kalau orang yang mengandung berkata-kata, memang susahlah Maknya nak kata tidak.. ermmmm memang kena cari pucuk paku lerr nanti..

Sayur pucuk paku tu bukan senang nak mencarinya, ikut nasib, kalau ke pasar tu, kena pergi pepagi, nasib baik ada lerr, kalau nasib tak baik, jangan kata pucuk, batang sayur pun takde hahahaha.. tu namanya rezeki, masa Geng Bas Sekolah Sis nak datang beraya, Sis ke pasar, dapat pulak sayur pucuk paku tu, beli sampai 4 ikat, Sis masak lemak beserta kerang sekali. Memang puashati. 

Buat lemak santan pekat-pekat betul, kasi berasa, guna udang kering dan juga ikan bilis sikit.. sedap kemain wooo.. makan dengan asam pedas ikan siakap, perghhh mantop top top meletop... 


Teringat-Ingat Pulak Sayur Lemak Pucuk Paku Ni

Tapi... ada orang kata makan sayur lemak pucuk paku ni berangin ek? Betul ke?..

Ada kawan tu lerr kata, pucuk paku adalah satu sayuran yang berangin bila di makan, samaada betul ke idok, Sis tak tau laa.. tapi bila Sis search di google, memang ada pun. 

Sayur-sayuran/Ubi jenis berangin ; Kobis, kacang panjang, kacang buncis, kangkung, terung, keledek, keladi, rebung, pucuk paku, pucuk ubi, kentang, kacang dal, bunga kantan, labu, asparagus, petai.

Tapi alhamdulilah, Sis makan elok jerr, perut takde rasa angin, dan badan pun okay jee.. tak tau laa dalamannya kan, janji pembuangan angin berleluasa pada malam itu hahahahaa.. Kadang yaa, dah makin berusia ni, kena juga elakkan makanan yang berangin, takut plakk badan jadi lemau kan.. 

Benda dah ada depan mata, masak pun bukan hari-hari pun, sebulan pun payah nak jumpa pucuk paku, so sesekali dapat masak lauk begini, terus teringat kenangan waktu kecil, inilah masakan arwah atuk dan Emak kita.. elok jee haa membesar Sis ko ni hahahaha.. 

Terpulanglah kan.. yang penting.. Sis kena carilah pucuk paku ni ekkkk erkkkkk..


P/S: Harini banyak jemputan kahwin dan jamuan raya... terlajak raya nampak gayanya yaaa...

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Hahahahahah janji kenyang, makan pun sedap hahahaha

      Delete
  2. Ada pucuk paku masak lemak, ditambah sambal belacan perah limau kasturi.. ikan kering sepat.. huiiii.

    ReplyDelete
  3. SA kalau nak makan sayur pucuk paku fresh mmg mintak Pak Zain pi kutip tepi sungai....masak macam ni campur udang atau kerang...huiiii sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa sedapnya fresh lagii tu.. goreng belacan pun sedapppp

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment