TMJ DILANTIK PEMANGKU RAJA MULAI HARI INI

TMJ DILANTIK PEMANGKU RAJA MULAI HARI INI | DAULAT TUANKU. Alhamdulilah, Sis turut rasa gembira atas berita yang Sis terbaca tadi di Malaysia Gazette ni. Maklumlah kita kan orang Johor. So apa-apa yang berkaitan dengan Sultan Johor atau TMJ, memang kami rakyat Johor turut bergembira atas perlantikan ini. 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

TMJ dilantik Pemangku Raja mulai hari ini

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini,” titahnya.

Bagaimanapun, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

[Baca Juga] : 
Seminggu lepas, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan berundur dan menyerahkan urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain. – Bernama


P/S: Mana tau kan, kalau sungguh bagai di kata, ada kang korang nak masuk Johor kena cop pasport hehehehe.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. TMJ pun kembali handle kelab bolasepak JDT. Titah Sultan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, memang selayaknya... Luaskan Kuasamu...

      Delete
  2. gembira aku jumpa TMJ dengan CPK lepas perlantikan jadi pemangku raja masa majlis penutup tilawah hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkannn Ym Che Khaleeda... aku suka tengok bibir dan color kulitnya..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment