DI SEBALIK 22 000 000 JUTA PAGEVIEWS BLOG

DI SEBALIK 22 000 000 JUTA PAGEVIEWS BLOG AKU | ALHAMDULILAH pageviews blog Aku Sis Lin telah pun mencecah ke 22 000 000 juta view semalam. Memang tak perasan pada mulanya, tapi memang tau pv tu dah road to 22 000 000 juta.. dan semalam pagi, bukak-bukak ehhh dah pun cecah melebihi 22 000 000 juta pv.. syukurlah..

Seperti sebelum ni juga pernah Sis tulis, sesuatu yang membanggakan buat diri sendiri bila pencapaian blog Sis boleh sampai ke tahap ini. Bermula dari minat, hari-hari update, hari-hari menulis, akhirnya blog sendiri pun dah boleh di katakan menjadi sumber pendapatan sampingan Sis sebagai surirumah. 

Walau tak sehebat orang lain, tapi at least adalah juga duit 'jajan' buat diri sendiri selain nafkah dari Suami. Sekurangnya duduk depan laptop tu ada juga hasilnya kan.. cuma nak rajin aja laa, lagi banyak update, lagi banyaklah google adsense tu nak memberi.. 

Tapi di sebalik 22 000 000 juta pageviews blog ni, banyak kisah yang tertulis. Antara kisah aku dan dia, dia dan kamu, juga kamu dan mereka. Banyak perkongsian dah Sis tulis dan luahkan. Walau ada batasnya dalam penulisa, rata-rata juga ramai yang memang dah taulah sikit-sikit kehidupan harian Sis macam mana. Ye laa takkan nak cerita semua kan.. kenalah ada 'action and cut' okay.. 

Di Sebalik 22 000 000 Juta Pageviews Blog Aku
Bak kata orang-orang, 'Bukan senang mau senang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'.. 

Ye laa, kau nak jadi macam orang lain, tapi usaha tu separuh jalan, cepat fed-up dan give-up, so macam mana nak capai target hingga ke-atas?. Jujurnya Sis ni pun bermula dari ZERO, yang kenal Sis dulu, tau laa macam mana gaya penulisan Sis. Compang camping je bahasa dan hentam saja laaa update.

Tapi bila kita banyak membaca dan lihat kejayaan orang lain dan jadikan semangat buat kita, dan kita kata, 'Dia boleh, takkan aku tak boleh'.. so dari situ mesti kita akan ada satu rasa dan keinginan nak 'bersaing' tapi dengan cara tersendiri.. bukan cara hati kotor dengan cemburu akan kejayaan orang lain. 

Tak kisahlah gaya atau cara macam mana. Memang mungkin kau tak amik kisah dan kata, 'Alaa blog ni aku buat saja je, minat jer'.. tapi minat tu kau menulis kan? So tulis bebetul, rajinkan update hari-hari, jalan sana sini blog walking blog kengkawan, baca dan tinggalkan komen, then dari situ akan mulalah naik personal branding kau dan blog kau pun akan naik PV dan seterusnya iklan adsense menari-nari, so mudahlah nak menjana pendapatan. 

Sis dulu memang hanya fikir tulis, update then biar... ye laa dah memang hanya minat nak menulis je.. tapi bila hari-hari update, masa pun banyak di habiskan di blog, tiba tengok earnings blog (google adsense) makin hari makin naik, so sendiri fikir, baik Sis buat duit sekali, dah alang-alang dengan menulis ni boleh buat duit kan.. reward untuk bakat sendiri.. sapa nak bagi kan?..

Lagi pulak sekarang memang tengah cut-off pi event sana sini, nak fokus duduk rumah dan update blog jer, so kita buatlah bebetul, fokus pada penulisan dan perkongsian, tak semestinya nak buat duit tu, kau kena pi event ke buat review ke, duduk menulis pun boleh.. sebab dah ada iklan google adsense kan, gunakanlah peluang sebaiknya... makanya duduk rumah pun buat duit juga.. 

Jenis Sis tak mudah mengalah dan menyerah.. kalau tiba satu hari Sis nak diam, nak senyap dari dunia socmed sekalipun, tapi blog ni tetap akan Sis update juga.. sebab minat nak menulis dan berkongsi. Taknak cerita kisah sendiri pun, Sis akan cerita dan kongsikan info yang boleh di jadikan manfaat buat semua. 

Selagi sihat dan selagi mampu jari ni nak menaip, inshaallah akan ada sentiasa laa update di sini.. jika takde tu samaada Sis tak sihat atau terlalu bizi atau mungkin sudah tiada... tapi blog ini akan Sis akan pastikan, ianya di jadikan 'ilmu yang bermanfaat' buat korang semua.. 

Okaylah... nak mengalir airmata pulak lerr.. 
Apa-apa pun terima kasih buat semua yang sudi singgah di sini membaca.. terima kasih atas sokongan semua dan doakan moga Sis akan terus menulis selagi nyawa di kandung badan.. aamiinnn..


P/S: Rindu dengan geng-geng blogger lama MsjBox dulu.. terlalu indah kenangan itu.. 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahniah sis.. OM nak bersaing secara sihat juga. Hari hari nak menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kita bersaing secara sihat dan bersangka baik, rezeki tu ada je untuk mereka yang berusaha..

      Delete
  2. TAHNIAH!!! baru baca entry ni.... Klu banding dulu, memang ko deserve dapat anugerah dari KAMIE hehehe... sbb rasa nya ko je yg tinggal masih aktif.. yg lelain termsauk ako masih suam suam kuku lagi.. pape pun tahniah sebab nampak hasil ko menuai setiap hari kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, kalau tak dulu, memasing berebut nak update siapa cepat kan hahahaha.. makaseh retna...

      Delete
  3. alhamdulillah tahniah sis...betul sangat2, kena rajin sebenarnya update dengan konsisten..boleh nampak dekat adsense earning tu beza dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sunah... nak seribu daya kan.. kalau tak rajin, so diam aje laa hehehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah, sememangnya kalau fokus dan tak kenal erti putus asa pada dunia blogging, hasilnya pasti tidak menegecewakan.. Gituh! 😆👍 Tahniahh siiiffuuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Non, membanggakan diri sendiri bila tengok hasilnya.. ayuh kita Non kerja keras...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment