NIKMATI DIM SUM SEDAP DI HERO DIM SUM. MAKAN TANPA WAS-WAS!

NIKMATI DIM SUM SEDAP DI HERO DIM SUM. MAKAN TANPA WAS-WAS! | BAGI peminat dan pengemar Dim Sum, memang kalau dapat nikmati dim sum di sebuah restoran yang memang menyajikan sepenuhnya dim sum, memang satu kepuasan. Sebab boleh makan sepuasnya dengan pelbagai jenis dan hidangan. Lagi-lagi jika dim sum-nya memang di sajikan panas-panas, memang bertingkatlah mangkuk dim sum bersusun kan, hehehe... 

Tapi sebagai seorang Muslim, memang agak sukarlah nak dapatkan dim sum yang betul-betul kita boleh makan. Sebelum-sebelum ni, jujurnya memang ada keraguan kalau Sis nak makan dim sum di mana-mana restoran yang ada menyajikan dim sum, sebab mereka menghidangkan hidangan dim sum bercampur dengan hidangan Non-Halal mereka. 

Nikmati Dim Sum Sedap Di HERO Dim Sum. Makan Tanpa Was-Was

Nikmati Dim Sum Sedap Di HERO Dim Sum. Makan Tanpa Was-Was

Jika ada rasa was-was, eloklah jangan makan kan.. dan alhamdulilah, sekarang dah mudah nak dapatkan dim sum halal di Johor ni haaa.. kalau biasa Sis makan dim sum di Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel, now korang boleh nikmati dim sum di HERO Dim Sum di Kota Masai sana. 

Bagi peminat Dimsum, selain di Hijrah Dimsum di Taman Melodies tu, now korang juga boleh nikmati Dimsum di HERO DIM SUM yang terletak di Kota Masai,Pasir Gudang. Menu yang sama, harga juga sama, cuma suasananya aje berbeza. Dan ini adalah pertama kalinya Sis datang makan di sini. Sangat cantik dia punya dekorasi dalaman reztorannya, sangat instagrammable okay.. 

Nikmati Dim Sum Sedap Di HERO Dim Sum. Makan Tanpa Was-Was

Di sini korang boleh nikmati lebih dari 50 jenis Dimsum yang ada termasuk menu masakan panas. Yaa selain Dimsum ada juga tersedia menu-menu pelbagai hidangan secara ala-carte yang boleh korang cuba. So kalau takut tak kenyang makan dim sum, korang bolehlah order menu nasi atau mee beserta lauk-pauk yang sedia ada. 

Banyak juga dim sum yang Sis makan haritu bersama dua orang lagi kawan Sis. Cuma kalau biasa korang nampak influencer amik gambar hidangan mangkuk-mangkuk dim sum penuh tersusun atas meja, tapi Sis makan memang takde laa nak bergambar gitu yaa.. sebab bagi Sis, dim sum ni kalau makan kena pepanas, so bila kau order, menu sampai, kau kena terus amik gambar (kalau nak amik) dan terus makan. Tak boleh nak tunggu semua menu sampai baru kau amik gambar dan makan. Feel makan dim sum tu dah hilang.. tu cara Sis laa makan dim sum. 

Nikmati Dim Sum Sedap Di HERO Dim Sum. Makan Tanpa Was-Was

Tapi untuk content boleh jer nak buat gitu, tapi tetap hilang feel nak makan dim sum tu oii, semua jadi sejuk dan kering hahahahaha.. 

Harga menu dim sumnya pun tidaklah terlalu murah dan tidak terlalu mahal, kira standard laa harga jualan dim sum. Yang penting sedap. Yang bestnya, tengah musim durian ni, korang juga boleh mencuba Durian Tempura, Durian Roll & Durian Crepe sebagai pembuka selera korang! Memang sedap gilerr!!.. 

Nikmati Dim Sum Sedap Di HERO Dim Sum. Makan Tanpa Was-Was

Makaseh Suzie tukang perabiskan menu-menu semua hahahaha.. 


Nak masukkan gambar bebanyak kang, jenuh korang nak scroll kan, so korang boleh la ke Facebook Pages akusislin di atas ni untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR beserta menu-menunya yang ada okay. Atau korang klik SINI aja. 

Korang cubalah, pasti puashati. Makan tanpa was-was. 

Facebook : Hero Dim Sum
NO Pork NO Lard
22 Jalan Ekoperniagaan 12,
Taman Kota Masai

Di buka SETIAP HARI
Dari jam 12pm - 10pm 
ISNIN cuti .. 

HIJRAH DIMSUM TAMAN MELODIES 

HERO DIMSUM KOTA MASAI


P/S: Kawan dah ajak repeat teman makan di sini.. hahahaha mana tak, dah senang nak makan Dim Sum Halal kan...sedap gilerr.. 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. this look macam sedap jeeee! interested pulak nak try tapi tu lah, jauh sangat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa pestime i makan pun dah sedap sangat...

      Delete
  2. After reading this sharing here, I'm so so craving for dim sum, gonna dropping by soon for a.happy tummy la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Must try Sienny, makan panas-panas, so yummyyyy

      Delete
  3. syok makan kat sini.. boleh masuk dalam list.. tenang dan cantek sangat tempatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ayu, nanti datang JB boleh singgah sini atau di Hijrah sana, same owner..

      Delete
  4. Best now ada lebih banyak tempat yang serve halal dim sum, i can ajak my colleagues to eat there

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment