TAK SANGKA LONTONG DI TEA GARDEN NI SEDAP

TAK SANGKA LONTONG DI TEA GARDEN NI SEDAP | LAMA betul tak makan Lontong berkuah gini, sesekali bila tekak teringin, otak pulak blur nak cari dan makan kat mana. Mulalah bukak page facebook sana sini mencari tempat makan sedap Johor, hehehe.. Ye laa, namanya jer orang Johor tapi bila nak makan menu Lontong macam ni, susah juga nak cari kat mana. 

Kalau dulu, bolehlah sebut-sebut dengan Mak, esok-esok mesti Mak masakkan, tapi sekarang... mampu diam dan pendam ajer laa kalau nak makan, paling tak ngadu kat Suami. Dan baru ni Suami ajak 'dating' sarapan pagi. Punya lama tak dating sama dek sebab Suami sibuk dengan kerja ulang alik dari Pasir Gudang ke Penggerang, awal-awal Subuh dah gerak, tapi bila kerja dah mula slow, barulah ada masa nak sarapan bersama. 

Sis memang dah agak, kalau keluar sarapan, kalau Suami takde tanya nak makan apa, Sis dah tau dah dia akan bawa makan mana hahahaha.. tak lain tak bukan, Suami nak makan kat Tea Garden Bandar Seri Alam tu, sebab situ je bukak awal. Kalau Kuvancha tempat selalu Sis makan tu, dia bukak lambat sikit.. Sekali tepat tekaan Sis memang ke Tea Garden laa kami hehehehe.. 

Tak Sangka Lontong Di Tea Garden Ni Sedap

Tak Sangka Lontong Di Tea Garden Ni Sedap

Haaa korang tengok, nampak menyelerakan kan?.. Yaaa tak sangka Lontong di Tea Garden ni sedap. Rasanya sebelum ni Sis dah pernah up juga pasal makan Lontong di Kuvancha Kota Masai tu, tapi Lontong di Tea Garden ni lebih sedap sikit. 

Kuanya pekat, isi sayurnya pun banyak, yang penting sambal tumis dia tu sedap, tak pedas sangat.. cuma telur je laa hanya separuh biji aja.. okaylah kan.. Tapi tak tau la kan, sebab Sis datang kira awal pagi lagi, so bila Lontong tu sampai, masa makan gigit, lontong nasinya pun masih panas. cuma tak tau laa menu Lontong ni sampai tengahari ke tidak.. biasa makan Lontong ni pepagi jer hehehe..

Tak Sangka Lontong Di Tea Garden Ni Sedap

Suami Sis makan tu haaa.. alaa apa laa ekk namanya, Sis dah lupa.. Sze Chuan Soup ke macamtu laaa namanya hahahaha.. bila menunya sampai, geramnya nengok taugeh tu hahahaha.. so apalagi, bersistem barter laa dengan Suami. Dia makan separuh dia punya, Sis makan separuh lontong Sis, lepas tu kami tukar sama suka habiskan hahahahaha.. 

Pun makan tak habis Sis, sebab sebelum tu dah pekena telur separuh masak dua biji.. kenyang giler ko pagi tu, dengan air kopiO secawan BIG katanya Suami hahahaa.. 

Lepas makan, rutin laa kami, kemana lagi kalau tak ke Pasar Nelayan.. mencari lauk-pauk.. sekarang ni semua benda naik harga, ayam pun bakal naik, ikan? siap-silap ikan pun sama jual mahal oiii... tu yang Suami kata, 'Lepas ni kena mancing selalu cari lauk'.. tiberrrrrr hahahahahaha.. 

Masa menulis ni, hujan lebat gilerr turun.. terus perut lapar, belum sarapan lagi ni.. dah jomlah kita masak asam pedas ikan duri menu makan tengahari harini permintaan anak bujang, yummmyyy.. 


P/S: Alhamdulilah Sis okay-okay aja.. thanks korang yang PM bertanya khabar Sis.. love you all ❤

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah lepas ni jadi nelayan la kejap eh... dah dapat hasil, pas2 la kat kengkawan sama heheh :p esp acik linda tu, kot dia leh tmbh buat lawak pauk kedai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu lerr, alasan nak memancing kannn... kalau berjiran, boleh kita hulur-hulur hahahaha

      Delete
  2. pencinta tauge jugak akak ni rupanya... itu yang terliur nengok tauge segar gitu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana, pantang nampak, memang suka.. lagi kalau gi kedai, nampak gebu jerrr, terus beli walau tak tau nak masak hahahaha

      Delete
  3. kat Kacang Pool Haji, lontong ada sampai petang. Ah, kita pun dah lama tak makan lontong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada ek sampai petang, nanti boleh try sana pulakk..

      Delete
  4. lepas ni aku nak bela ayam pulak lah..ko mesti nak beli dengan aku nanti kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, pastikan ayam ko jangan makan keladi, kang aku makan miang-miang keladi hahahaha

      Delete
  5. feveret lontong wak kat warung zarahman masai tu., kadang tiap2 weekend wak sarap lontong kat situ.,. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo pernah gak makan situ Wak, cuma dah lama tak ke sana..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment