CHICCO LANCAR PELAN PERLINDUNGAN KERUSI KERETA KANAK-KANAK CHICCOCARE DI MID VALLEY SOUTHKEY

CHICCO LANCAR PELAN PERLINDUNGAN KERUSI KERETA KANAK-KANAK CHICCOCARE DI MID VALLEY SOUTHKEY | HARI INI Chicco Malaysia melancarkan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di majlis pembukaan cawangan baru mereka di Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Tujuan pelancaran ini di adakan untuk menggalak ibu bapa agar lebih mengutamakan keselamatan anak-anak, terutamanya bayi yang baru lahir.

Diasaskan pada 1958 oleh Pietro Catelli dengan visi mencipta jenama khusus untuk penjagaan bayi, Chicco menempatkan rangkaian produk yang komprehensif dari peringkat bayi hingga 36 bulan, secara langsung menjadikan beliau perintis dalam industri. 

Jenama ini mendapat sambutan hangat di kalangan ibu bapa dan terus meneraju pasaran Italy dengan pantas sekaligus ke peringkat antarabangsa. Chicco telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan kini boleh didapati di 120 negara, termasuk Malaysia.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.
Boleh lihat di IGs akusislin sekitar majlis perlancaran.

Pelan ini memberi perlindungan ke atas semua rangkaian produk kerusi kereta kanak-kanak ChiccoCare yang dibeli di cawangan asal, peruncit sah serta belian atas talian. Kerusi keselamatan kereta kanak kanak Chicco layak mendapatkan pertukaran 1 dengan 1 sekiranya berlaku kemalangan dalam tempoh sepuluh tahun selepas pembelian. Manakala, kerusi kereta Chicco yang terjejas akibat banjir layak mendapat diskaun sebanyak 20%.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat merupakan antara yang hadir ke majlis pelancaran rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta ChiccoCare serta pembukaan cawangan baru Chicco di Mid Valley Southkey. Acara itu turut dilancarkan dengan penampilan ahli perniagaan dan YouTuber tempatan, Inthira Kalanjiam.

Selebriti Ayda Jebat yang merupakan pengguna setia Chicco sejak 2021 berkata, "Saya sangat yakin dengan produk Chicco. Selain membantu saya dalam kesibukan pekerjaan semenjak saya melahirkan pada tahun lepas, kerusi kereta Chicco juga memberi kemudahan dalam kehidupan harian saya. Jadi, apabila Chicco melancarkan pelan perlindungan ini, saya dan terutamanya para ibu, rasa terjamin tentang keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kami."

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

"Sebagai perintis dalam sektor produk bayi, kami komited dalam menyediakan peralatan terbaik untuk keluarga di Malaysia supaya anak-anak mereka dapat membesar dengan selamat.", kata Alex Chan, Pengarah Urusan Sunup Healthcare Sdn. Bhd., selaku pemilik Chicco Malaysia.

"Pasukan kami juga peka terhadap hakikat bahawa dalam masa yang sukar ini, kami tidak mahu membebankan keluarga dari segi kewangan. Justeru itu, pelan perlindungan ini memberi kemudahan dan keutamaan kepada ibu bapa di Malaysia serta keselamatan anak-anak mereka terjaga," katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan ibu bapa memilih kerusi kereta yang sesuai untuk anak-anak mereka berdasarkan saiz, umur dan keperluan mereka.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

Melindungi Generasi Seterusnya Adalah Tanggungjawab Kita

Menurut kajian, lebih separuh daripada kanak-kanak di Malaysia tidak dilindungi semasa dalam perjalanan dan lebih daripada 82% kes, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak dipasang dengan betul. Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipasang menghadap belakang dapat mengurangkan risiko kecederaan ketara sebanyak kira-kira 90% manakala pandangan hadapan mengurangkan risiko kematian dan kecederaan sebanyak kira-kira 71% berbanding dengan kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya di atas jalanraya.

Tanggungjawab ibu bapa turut memainkan peranan dimana mereka perlu memastikan tidak menggunakan semula kerusi keselamatan kanak-kanak yang rosak atau terpakai, serta kerusi kereta yang telah terlibat dalam kemalangan.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

Pelan Perlindungan Untuk Anak-Anak 

Majoriti pelanggaran yang berlaku adalah dari bahagian hadapan, yang menjadikan tempat duduk belakang tempat paling selamat untuk memasang kerusi kereta kanak-kanak. Kemalangan yang melibatkan anak kecil sangat membimbangkan para ibu bapa. 

Memandangkan kerusi kereta keselamatan kanak-kanak telah diwajibkan pada 2020 oleh menteri pengangkutan, Chicco memberikan keselesaan kepada ibu bapa dengan adanya Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

Jaminan Untuk Ibu Bapa Melancong Bersama Anak-Anak

Berkenaan dengan Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare, ibu bapa harus ambil perhatian bahawa pelan perlindungan adalah tidak sah untuk kerusi kereta Chicco terpakai kerana pihak Chicco tidak diberikan maklumat mengenai sebarang kejadian yang berlaku sebelumnya.

Dengan Chicco, keselamatan anak korang terjamin pada setiap masa dengan penggantian kerusi kanak-kanak yang rosak akibat kemalangan atau bencana. Chicco memahami ibu bapa dan anak-anak merupakan harta paling berharga. Oleh itu, keutamaan keselamatan mengatasi segala-galanya.

Pelancaran Rasmi Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di Majlis Pembukaan Chicco Mid Valley Southkey.

Kerusi kereta Chicco memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada di tempat duduk paling selamat dan terbaik. Jenama ini bukan sahaja menawarkan tempat duduk berkualiti, tetapi ia juga memberi jaminan tambahan dengan menawarkan pelan perlindungan yang akan memastikan kanak-kanak selamat dan terjamin di tempat duduk kereta yang sesuai dengan umur mereka.

Kerusi kereta kanak-kanak Chicco adalah lebih dari sekadar tempat duduk kerana ia direka dengan reka bentuk yang inovatif dan diuji bagi mengelakkan kecederaan dan menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku pelanggaran. Jika tempat duduk kereta terlibat dalam kemalangan, Chicco mengesyorkan untuk menggantikannya tanpa mengira tahap kerosakan akibat kemalangan.

Untuk semua pembeli kerusi kereta kanak-kanak Chicco sejak 2018 yang memiliki bukti resit pembelian, korang boleh mendaftar untuk Pelan Perlindungan Kerusi Kereta Kanak-Kanak ChiccoCare di sini. Seluruh barisan produk Chicco boleh didapati di cawangan Chicco di aras LG 029 dan 030 di The Mall, Mid Valley Southkey.



P/S: Okay sambung part-2 nanti okay.. keterujaan akusislin jumpa Ayda Jebat hahahahaha.. 

22 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Boleh la usha sebijik utk anak Yana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, produk dia pun tengah sale Karni, memang semalam dah skodeng dah nak belikan untuk cucu hehehe

      Delete
  2. Dah jadi barang keperluan bila ada anak kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak.. demi keselamatan anak-anak...

      Delete
  3. Memang kerusi ni sangat penting untuk keselamatan anak2 kecil. Kadang nampak ada ibu bapa yang tak gunakan pun child seat ni. Lagi satu kena train dari kecil untuk anak guna child seat sebab bila tak train awal....anak ni rimas duduk kat child seat sebab kena pakai tali pinggang keledar. Barangan Chicco ni memang diantara barangan yang berkualiti tinggi. Berbaloi!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ezna, zaman Sis membesarkan anak, belum lagi kuatkuasa kursi kereta ni, now jadi kepentingan dan kemestian kan.. bahaya di mana-mana.. better Chicco ni, sebab ada insuran sepuluh tahun...

      Delete
  4. Child seat is super important for all parents with small kids and babies. Chico sounds like a good brand. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now jadi kemestian kan Fadima, untuk keselamatan..

      Delete
  5. comel betul ayda tu hihihi..bagus kan car seat chicco ni, sangat fleksibel dan memudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa tengok depan-depan sangatlah comel dan cute Sunn...

      Delete
  6. Alahai. Banyaknya barangan comel untuk kanak-kanak nie. Sis Lin beli untuk bakal cucu ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha semestinya laa Rawlins, beli survey untuk cucu coming soon hahahaha

      Delete
  7. Betul tu... itu kelebihan kalau jenama chicco ni fafa memang suka yang one to one waranty mcm tu. Best kan what ever happend pon akan dapat ganti car seat baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... sebab tu ramai sekarang Ibu Bapa amik dan beli carseat dia, sebab ada insuran perlindungan selama sepuluh tahun dengan Chicco...

      Delete
  8. yang ada anak kecil sangat penting guna carseat ni. bagus juga produk dari chicco ni nampak berkualiti dan siap ada warranty sampai 10 tahun lago..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Tiara, dari kecil dah kena latih, walau kadang ada juga budak yang meraung duk dalam carseat tu...

      Delete
  9. so many top influencers there to grace the grand opening. kan this brand famous and good

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. memang brand ni pun ramai celebrity yang guna.. tu yang ramai orang tau, sebab mereka promokan..

      Delete
  10. This is definitely a must for those with little ones, right? This brand is indeed very reliable and quite reputable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. famous brand right now.. sebab ada pelan perlindungan tu haaa..

      Delete
  11. This absolutely gonna be useful for parents that looking for this safety seat for young kids, thanks for this informative sharing & recommendations. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, untuk keselamatan anak-anak, memang bagus amik pelan ni di Chicco...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment