PANJANG BERANAK LAGI!

PANJANG BERANAK LAGI! | RASANYA ini dah kali ketiga Panjang beranak. Yang pertama dulu, masa tu Sunah jadi bidan terjunnya, dan kali kedua, Panjang beranak sendiri tanpa ada yang menunggu, dan kali ketiga ni, adik Sis pulak jadi bidannya mengadap Panjang beranak dari awal sampai akhir hahahaha.. Sis? Memang tak laaaa.. geli dan nyiluuuu.. 

Masa pertama dulu Panjang beranak, kebetulan Sunah ada di rumah.. dan kali kedua pulak, bangun tidur pagi, tau-tau dah beranak, dan kali ketiga ni, kebetulan Hari Raya, adik ada di rumah, so adik laaa yang duduk mengadap. Mulanya adik takut gak, sekali Panjang tu duk gesel-gesel kat adik, Sis masukkan dalam kotak, Panjang diam dalam tu, terus adik duduk depan kotak tu, dari awal sampai habis Panjang tu beranak hahahaha..

Kalau anak-anak Panjang yang pertama dulu, beranak 3 ekor, hidup hanya seekor, Kecik namanya, dah di ambil oleh kawan Sis. Kali kedua, pun sama 3 ekor juga, tapi dua ekor adik Sis amik, yang tinggal sekor color Hitam, Sis jaga... dan kali ketiga ni pun 3 ekor juga.. tapi.... ini kali anak-anak Panjang bulunya cantikkkk.. matanya biru.. tapi tak tau laa kan masih kecil.. 

Panjang Beranak Lagi!

Kenapa susu Mak tak rasa Banana Milk? Hahahahaha...

Kalau nak tau, masa Panjang tu tengah bunting, Sis selalu marah sound depan muka Panjang tu.. Sis selalu kata, 'Kali ni kalau beranak anak kau tak cantik, Mak buang kat Pasar' hahahaha.. nanti Panjang tu tenung menjeling jeee muka Sis hahahahaha..

Ye laaa, dah 3 kali beranak, anak-anaknya semua belang hitam putih, cuma kali kedua tu laa ada sekor colornya hitam gilerrr.... dalam pada Sis takut Hitam tu, elok pulak dia membesar dengan Sis hahahaha.. 

[Baca Juga] : 
So kali ni Panjang beranak color anaknya cantik-cantikkkk.. sekor color coklat, sekor color putih dan sekor lagi color hitam coklat belang. Mata si putih dan coklat tu color biru, tapi tak tau laa kalau dah besar sok bertukar pulak matanya color hitam.. ermmmmm

So far Suami diam jerr laa.. anak bujang pulak sibukk suruh jaga.. adik Sis pun minta juga sekor color coklat tu.. now semua masih menyusu, so Sis jaga ajer laa dulu.. ni dah dua bulan, ingat nak cuba beri makan wet food dan susu.. tengok macam mana nanti.. 

Panjang Beranak Lagi!

Apa tengok-tengok haaa??? 

Kalau dah pandai makan dan menyusu jilat dalam pinggan, bolehlah beri kat adik kalau nak amik.. so far sekarang Maknya masih menyusukan. Lepas ni memang kena bawa juga Panjang ni pi mandul.. tu laa Suami, bila kata nak bawa pi mandulkan, dia kata kesian laaa, hurmmmm tapi bising bila kucing beranak hahahaha..

Suami suka kucing orangnya, cuma tak suka kalau dah banyak sangat. Now kucing kesayangan dia, Kenit sampai sekarang tak balik rumah huhuhu.. asyiklah tanya 'mana Kenit'.. Sis takut Kenit dah keluar dari taman ni, so tak pandai nak balik ke rumah, sebab last nampak dia, kata jiran di area pak guard sana.. alahaii Kenit.. 

Hujung minggu ni nak bawak turun kandang 5 tingkat kat atas tu, dan masukkan semuanya dalam kandang, biarlah Panjang berumahtangga dalam kandang tu anak beranak hahahaha.. Kata Suami, 'Masukkan dalam kandang, kang ada Panjang beranak lagi' hahahahaha.. 


P/S: Kekadang stress oii bela kucing ni, rasa macam nak buang jer semua... tapi time sunyi.. merekalah jadi penghibur Sis.. boleh buat kawan gado hahahahaha...

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Panjang beranak, aktif lagi yaa

    ReplyDelete
  2. ok yang putih dengan yang coklat tu confirm akan biru mata dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment