Header Ads


BOLEH TOLONG KETEPI SIKIT TAK KENIT!


BOLEH TOLONG KETEPI SIKIT TAK KENIT! | Eeee time kita sibuk nak menaip, time tu laaa dia sibuk nak menyelit dan selit kat tepi laptop dan usik mousepad Sis. Cuba kalau Sis takde nak duduk depan laptop, elok je dia main sengsorang dan tidur atas kursi, eeeee sabo je lerr dengan si Kenit ni tau!. 

'Eh, Sis ko dah bela kucing ke?'... 

Yaa, senang cakap, rezeki datang, so kalau dah memang rezeki, ko halau, ko tutup pintu, ko buat tak tau, lagi dia datang, lagi dia manja dan lagi dia diam je depan pintu menunggu kita pelawa dia masuk duduk dengan kita. Nak taknak, atas dasar kemanusiaan, akhirnya, si Kenit (nama di beri), menjadilah salah satu ahli keluarga Sis sekarang. 

Memang sangat-sangat manja dan melucukan gelagat dia ni tau. Dari Suami yang tak berapa suka bila kata Sis ada kucing, akhirnya dengan Suami sekali dah sayang dan siap bawa Kenit tu tidur dengannya malam tadi hehehehe. Itulah namanya rezeki.


Dulu pernah juga Sis bela kucing, Polo namanya, jenis yang kembang gile bulunya. Then bila tiba masa mengawan, dia keluar terus tak balik, biasa dia akan balik, dan Sis syak orang amik dia dan kandangkan dia, sebab Sis ada ternampak kat rumah jiran, ye laaa cantikk kucing Sis tu tau...huhuhu

Then ada sekor lagi, Jimmy namanya, pun sama bulu kembang, kaki kontot, tapi dia curi-curi keluar ikut tingkap dan keluar lalu kena langgar dek kereta depan rumah Sis. Sayu hati oii, menangis Sis anak beranak bila nampak dia di depan rumah dah keras. Huwaaaa sejak tu memang fobia nak bela kucing. 

Tapi akhirnya, setelah bertahun tak membela kucing... dua minggu lepas Kenit ni datang menceriakan suasana rumah dan juga dia datang tepat masa hari kelima arwah Emak Sis pergi. Itulah namanya patah tumbuh hilang berganti walau ianya seekor kucing. 


Dan dan tu laaa Sis beli semua kelengkapan kucing termasuk kandang dia, pasir, makanan dan juga apa je laaa berkaitan dengan kucing. Cuma dah ada kandang tapi si Kenit ni takde masuk kandang, sebab dia dah pandai berak pasir dari mula dia sampai. Senang sangat menjaga, takde laa Sis susah payah nak mengajarnya berak pasir.

Now Sis dah ada kawan laaa... tinggallah Sis dan Kenit di rumah, jadilah dia peneman Sis. Terkejar sana sini mengikut Sis dari atas turun ke bawah hahahaha. Kadang saja dengki dia, Sis sembunyi, termeow meow dia mencari hahahaha...

Tapi bukan Kenit sekor je, ada lagi sekor di luar dalam kandang, namanya si Hitam atau anak panggil dia Fury. Yang ni Sis minta dengan Sunah. Dia ada banyak ekor kucing, korang kalau nak boleh minta dia. 

Futy tu Sis kena kandangkan dulu, sebab dia belum pandai berak pasir dan kambus taiknya. Juga ada kurap sikit di telinganya. Now Sis tengah letak ubat dan nampak macam dah kering dan mula hilang kurapnya. Harap membaiklah dan boleh bawa masuk dalam rumah. 

Yerr nanti Sis tunjuk, comel sangat walaupun hitam, tapi bulu dia panjang dan lembut..tak macam Kenit, takde bulu panjang hahahaha..

Ni sambil menaip, Kenit ada ni celah kelengkang tidur dalam baju, sabo je laaa kannn adeiii hahahahaa. Harapnya membesar dengan sihat laaa 'anak-anak bulus' Sis.. 


P/S: Sejak bela kucing ni, rezeki ada je yang masuk, alhamdulilah .. syukur..doakan Mak ye Kenit.. 

16 comments:

  1. comel..da la suara dia kelakar...sangat mesra dengan tetamu lak tu, baru jumpa terus join tidur kat sofa ek..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sekarang bertambah manjaaa ookay, tidur celah ketiak oii...adeiiii

      Delete
  2. Sejak PKP tahun ni, wak pun dah didatangi 2 ekor tetamu yang terus menetap menjadi pet kesayangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Wak, ni Kenit datang selepas Emak meninggal tu, sekarang dah jadi kesayangan dah plak..

      Delete
  3. Tahniah sis..
    Kurang sikit kucing tak bertuan kat luar sana.
    Semoga rezeki makin bertambah boleh bela banyak lagi kucing lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu gitulah, halau dua kali tetap dia datang dan masuk...akhirnya jadilah keluarga Sis...

      Delete
  4. best nya orang suka bela kucing. Suka kucing untuk tengok je, pegang takut. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ooo Aienie takut kucing ek, sama dengan kawan Sis, makan sampai naik atas kursi kalau nampak kucing lalu hahahaha

      Delete
  5. ooo mcm masuk dgn badan dia tu kenit,, comel plak. moga makin murah la rezeki sis bela kucing ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...panggil Kenit, tapi lately ni nampak gemuk plak hahahahaha
      Amiinn, mudah-mudahan Wani...

      Delete
  6. hahahaha kenit ooo kenit... cam mna org nak buat kerja klu mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr tak boleh Sis duduk kat laptop, dia akan datang meleserrrr

      Delete
  7. alaaaa..ammi tak berapa geng dengan kucing. patutlah takut2 je rezeki nak jengah hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh jangan kata gitu... rezeki tu ada je cuma dalam bentuk lain Ammi..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.