Header Ads


MARRYBROWN SENSASI OHSEM SMOKEY (S.O.S) BURGER DIA SEDAP HINGGA MENJILAT JARI!


MARRYBROWN SENSASI OHSEM SMOKEY (S.O.S) BURGER DIA SEDAP HINGGA MENJILAT JARI! | Korang dah cuba ke? Yaa Sis kongsi ni sebab Sis dah cuba lerr. Memang rasa burger dia sangat ohsem okay! Sesuai dengan namanya tu. Hingga menjilat jari Sis ko makan. Yaa tak tipu, silalah tanya Sunah kalau tak percaya hahahaha.

Sis ni jujurnya nak bagitau, memang jarang makan burger-burger restoran fastfood lain melainkan kalau cheeseburger Mekdi, tapi di sebabkan baca review sana sini termasuk adik Sis sendiri yang kata  Marrybrown S.O.S Burger ni sedap, makanya memang teruja jugalah nak mencubanya.

kalau Marrybrown terdekat dari rumah Sis, ada di Kipmart Masai, memang selalu ke situ aje kalau nak makan. Tapi kali ni pertama kali juga Sis pergi dan makan Marrybrown di Plaza Angsana yang terletak di aras 1 bersama geng-geng media JOCOM yang lain juga.

Meriah ko Angsana, lama tak pergi, kebetulan masa datang ada wedding fair.



Macam biasa lerr, selagi kita masih dalam melawan wabak Covid19 ni, kenalah patuhi SOP yang telah di tetapkan, pakai pelitup mulut dan jangan lupa scan MySejahtera korang seperti biasa. Kalau degil, jangan sibuk nak jenjalan, duduk aje rumah, tak payah menyusahkan orang lain kan..

Yaa sekali lagi Marrybrown (MB) memperkenalkan menu baru mereka Sensasi (S) Ohsem (O) Smokey (S) BBQ Meal yang mana sos BBQ Meals dia ala-ala rasa korean gitu. Sis suka gilerr ar sos dia, macam nak tanya aje beli kat mana ek sosnya kakakakah...



Tudiaaa, time menaip ni pun dah terkecur nengoknya, rasa macam harini nak pi beli satu set combo ni. Yaaa yang Sis makan ni adalah Combo BBQ Box dia. Harga RM22.60. MB ada keluarkan 3 set combo yang boleh korang buat pilihan, samaada set ayam drummet atau set burger sahaja. Yang Sis makan ni all in one set, sebab tu nampak meriah gitu hehehehe.

Sis ada baca sebelum ni komen-komen yang mengatakan sos dia bagi tu sikit sangat, dan sayur pulak agak 'kedekut', tapi korang jangan risau, pihak MB ada menjawab, kalau korang rasa sos sikit, masa beli tu, minta extra sos dan extra sayur. Jangan duk diam aje masa order. Nanti dah dapat, tau pulak nak komplen.


Jadi macam kitaorang ni haa, masa order minta je sos lebih, sebab sos dia memang sedap, bila dah minta extra sos lebih, mencurah lee MB bagi kat ko. Kalau sayur tu biasa memang lee ikut had, ada certain orang bukan makan sayur sangat, nanti ko buang aje kan, takat nak sayur banyak selambak, kang ko buat amik gambar je kan kan.. hahahahaha..

Pelik-pelik manusia ni kan, benda boleh senang, jadi rumit perginya. Bukan kata MB je, kalau Sis makan tempat lain pun, kalau kata nak extra apa benda ke, minta aje laa.. kita makan bayar yer, bukan makan free.



Terpulanglah pada korang samaada nak makan bungkus bawa balik atau pun nak makan di restorannya. Cuma patuhi SOP yang ada yaa. Kesedapan dia tu sampai Sis ko pun 'tapau' bawa balik hehehehe.. Dapat le juga sambung makan kat rumah pulak, baru puashati den! Hahahaha..

Tapi serius cakap, memang sedap woo Smokey Burger dia, you must try!! Ayam drummet dia pun, sos dia tu, arghhhhh Sis ko boleh makan sorang sekali licin..dan macam biasa, Onion Ring dia, tak pernah tak sedap!.. aishh ngencess menaip oii..

Apalagi? Jomm lerr...



Nikmati sensasi ohsem smokey ini dengan pilihan burger, drumettes atau dapatkan kesemuanya dengan S.O.S BBQ Box! Tunggu apa lagi? 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBSOSBBQMeals #SensasiOhsemSmokey


P/S: Jom bersiap, kita pi lunch & Hi-tea harini....lalalalala... 

24 comments:

  1. memang kecur sis lin tgk bbq burger tu... aihh... terus lapar

    ReplyDelete
  2. nampak sedap je tu..sama la jarang makan makanan fastfood ni. baru ni dok depan Marrybrown dah dok baca iklan menu ni tapi tak try sebab masa tu pergi kluar dengan mertua,insyaallah next time nak cuba la

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa! kat penang dlm pulau ni ada satu ja marrybrown tu pun tempat yg tak ramai pergi... huhuh

    ReplyDelete
  4. Terus lapo baca eview sis lin hehehe

    ReplyDelete
  5. chicken wing tu nampak sedap teruk. dah lama teringin nak cuba. tapi marry brown ni takde di kawasan saya . adoii

    ReplyDelete
  6. tak pernah try lagi ni tapi kalau bab sos dengan sayur tu selalunya bagi ikut standard portion mana-mana outlet pun. Rasa nak lebih, minta la extra haha

    ReplyDelete
  7. terliur nengok ayam goreng tu kak oi... lama nya tak ke angsana... rasanya ada 10 tahun kot

    ReplyDelete
  8. Wah nampak sedapla sis.. kat tempat saya tak da MB 😭😭

    ReplyDelete
  9. Oh my god I miss eating the MB SOS Burger! OK nak order untuk dinner for today hehe

    ReplyDelete
  10. Yg baca ni pun alahaiiii kecurrrrr air liur. Ajomlerrrr terjah MB

    ReplyDelete
  11. Sedappp! Ena dah makan dah, nak repeat lagi nanti... rasa pedas2 sikit tu yg best tu

    ReplyDelete
  12. Awdapnya burger MB. Dah lama x try. Rasa rindu pulak hehehe. Nanti nak try la. Hiks

    ReplyDelete
  13. uuuu terliur sangat tgk burgernya hehe. lama tak makan MB!

    ReplyDelete
  14. Memang sedap. Dah rasa dah. Tunggu nak repeat aje. Suka burger dia tu. Roti lembut ayam dia sedap. Yang belum cuba kena cuba lah

    ReplyDelete
  15. Wow, Marrybrown pun dah ada BBQ version ni.. Wajib try ni, setahu saya, MB tak pernah mengecewakan terutamanya pengeluaran menu baru dia. Nak try la nanti.

    ReplyDelete
  16. Nak kene rasa burger dia pulak la.. Harotu ambik set drummet je.. Tak persb ade alk in one.. Hahaha.. Drummet pun not bad la

    ReplyDelete
  17. mana watermark ni? tiberr..hahahah

    ReplyDelete
  18. Wah nampak sedap menu baru MB ni. Nak cuba juga lah nanti. Terliur dah ni.

    ReplyDelete
  19. Yang ni memang dah rasa S.O.S ni sangat sedap dan menjilat jari hehehe kita suka yang burger tu memang best giler...

    ReplyDelete
  20. Tengok ayam terkeluar dari roti tu menyelerakan! Serius rasa nak pi cari burger tu sekarang. Haha

    ReplyDelete
  21. lamanya dah tak datang MB. Jadi teringin pulak bila baca blog sis lin. Ramai cakap sedap nanti sy nak cuba jugaklah

    ReplyDelete
  22. Marrybrown Sensasi ohsem bbq sauce ni memang sedap.. Iena bawak adik n anak buah dorang semua tambah order.. Sedap ❤️❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.