Header Ads


COOLBLOG MELANCARKAN 4 MINUMAN TERBARU 'SAWADEECOOL' BERSAIZ 700ML


COOLBLOG MELANCARKAN 4 MINUMAN TERBARU 'SAWADEECOOL' BERSAIZ 700ML | Coolblog Malaysia dengan bangganya, melancarkan siri terbaru minuman Coolblog yang di beri nama SawadeeCool yang mula di jual di semua cawangan Coolblog. 
 
Majlis perlancaran itu dirasmikan oleh YB Dato' Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri [KPDNHEP] serta dihadiri oleh barisan pegawai dan pengurusan tertinggi KPDNHEP negeri Johor. 

Macam biasa laa kalau dah di Johor, semestinyalah Sis tidak melepaskan peluang untuk turut sama meraikan dan memeriahkan acara. Best tau pi event ni,selain menjalankan 'kerja' yang di berikan, kita juga dapat jumpa kawan-kawan sambil menjamu mata, lagi-lagi kalau buat dalam soping mall macam di Plaza Angsana ni haa, toleh sana sini semua kedai sale wooo.. hehehehe..

Kebetulan pada hari sebelumnya, Sunah tidur dirumah Sis, so lepas Zuhur kami berdua dah gerak ke Plaza Angsana. Kawan Sis,Ima Geng Bas Sekolah pun turut sama sekali. Saje buat sibuk-sibuk lagipun tempat eventnya pun terbuka. Orang ramai pun turut sama memeriahkan majlis.

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Cetusan Keenakkan SawadeeCool Oleh Coolblog

Minuman terbaru Coolblog SawadeeCool ni, didatangkan dalam 4 perisa gabungan 'Thai Tea' iaitu Matcha Thai Tea, Chocolate Thai Tea, Malt Thai Tea dah Tiramisu Thai Tea, yang di pada harga RM9.80 bersaiz 700ml.

Mengikut kata pihak Coolblog, antara 4 perisa ini, rata-rata pegunjung dan fans kepada minuman Coolblog ini lebih mengemari minuman Chocolate Thai Tea dari perisa yang lain. Tak tau kenapa, mungkin sebab chocolate, so ramai yang gemar dengan chocolate. 

Takpe tunggu Sis ko rasa hehehe...

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

"Kami amat berterima kasih kepada YB Dato' Rosol Bin Wahid, selaku Timbalan Menteri KPDNHEP kerana sudi melancarkan perisa terbaru SawadeeCool yang merupakan kempen penutup bagi tahun 2020 oleh Coolblog. Saya yakin siri dan perisa terbaru SawadeeCool ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat seperti siri kempen sebelum ini.

"Apa yang menariknya pada kempen SawadeeCool ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang dapat menghangatkan kempen penutup kami pada tahun 2020 ini. Bukan mudah untuk kami menyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog," kata Cik Priscilla Leaw, Ketua Pegawai Operasi Coolblog.

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Siri Minuman Terbaharu Coolblog Bakal Memikat Tunas Rasa Pengemar Teh. 

Taruhan baharu dari Coolblog ini mengangkat rasa unik dan tersendiri teh Thailand yang digabungkan bersama bahan dan perisa berkualiti Coolblog. So bagi peminat teh Thailand emmang sesuailah untuk mencubanya. Sis sendiri juga peminat minuman Thai Tea. So bagi Sis yang Chocolate Thai Tea tu memang sedap, gabungan rasa yang unik bila di minum.

YB juga turut sama mencuba membuat sendiri minuman Coolblog dan merasainya sendiri. Walau rasanya agak manis tapi tetap segar rasanya hingga sedutan terakhir sekalipun hehehe.. 

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

So bagi korang yang ingin mencubanya, silakan.. Cuba sekali pasti nak lagi..hehehehe..
Jika korang ke Plaza Angsana, Gerai Coolblognya berada di Lot K1, Aras 1, Plaza Angsana Mall, Johor. Atau korang boleh dapatkannya di mana-mana cawangan Coolblog yang menyertai kempen ini.

SawadeeCool dijual pada harga RM9.80 bagi saiz 700ml .
Sawadikap!..
#SawadeeCool #CoolblogMalaysia 



P/S: Bagi yang tidak gemar manis boleh rasanya minta di kurangkan manisnya, sebab ianya memang manis, macam Sis Lin hahahahaha...


23 comments:

  1. Wah menarik ni. Lama tak beli coolblog, tempat aina banyak Tealive. Nanti balik jb boleh cari ni. =)

    ReplyDelete
  2. wahhhh macam menarik je.. boleh lah singgah cool blog nanti nak try air baru dia.. ekin nak try yang coklat nampak macam sedap! 🤤

    ReplyDelete
  3. Padu dan puas hati ni Sis. Bagus juga kalau boleh minta kurang manis.

    ReplyDelete
  4. Wah ada air baru ya, Kak Sue belum pernah cuba lagi air dari Cool Blog nie sebenarnya. Boleh lah cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. telan air liur...tengah berpantang ais...cuma mampu melihat sambil tahan napsu

    ReplyDelete
  6. minum boba sana sini, cool blog jugak paling cool

    ReplyDelete
  7. rasanya yang ni tak boleh minta kurang manis, sebab dia memang set gitu..macam siri minuman ice blended dia yang sebelum2 ni..tapi tak sure la ek, nanti aku cuba tanya..macam nak try matcha tu hari ni..wakakakka

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba lagi cool blog ni. Pernah nampak kat R&R tapi tak pernah singgah. Wahhh size makin besar tu. Kalau sis kena share 2 orang tu.

    ReplyDelete
  9. Ohoo... Whatta cool sharing huh. Actually Madam B dah lama tak dapatkan air di CoolBlog since too much outlet options out there. InsyaAllah we'll give a try soon. Choc Thai Tea less sweet of course!

    ReplyDelete
  10. Ya ampuuun sis lin. Sedapnya. Nampak sedap air dia tu. Terliur pula

    ReplyDelete
  11. dia punya design tu nampak cantik and nampak sedap.. disebab kan i am not milk lover.. hmm hopefully tak terlalu susu sngttt

    ReplyDelete
  12. Kat tempat Yaya banyak Cool Blog. Tapi betul lah sis..air-air semua manis-manis.
    Manis dia tahap pejam mata nak telan. Haha. Nanti nak try minta kurang manis lah..kut2 lah boleh adjust rasa tu..

    ReplyDelete
  13. boleh suruh husband cuba ni. dia peminat tegar teh. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. menarik dia punya minuman baru ni. nanti boleh beli dan cuba rasa :)

    ReplyDelete
  15. I saw this drink at Coolblog last week. But I didn’t try it. Maybe next time. Huhuhu......

    ReplyDelete
  16. Lama dah tak singgah kat Coolblog.. Skrg dah ada menu baru dah..Kena try out siri Thai Tea terbaru ni..

    ReplyDelete
  17. Berasaskan Thai Tea? Memang kena la dengan tekak Rawlins yang suka berangan diri ini seorang warga Thai hahaha

    Weekend nie nak hunt nie la

    ReplyDelete
  18. Lain mcm grab event Coolblog ni, siap ada jemputan menteri lagi. Coolblog ni sedap juga nk banding dgn brand lagi satu tu. Ada certain perisa coolblog menang

    ReplyDelete
  19. Hari tu baru rasa yang Merdeka Series. Sedap. Next time nak cuba Sawadees series ni pulak.

    ReplyDelete
  20. Dulu air pertama yang nad cuba coolblog la. Bertahun juga tak minum air ni.. Sekrg dh keluar air baru pulak.. Mperghh kene cuba mi. Kene cari mana store dia lagi

    ReplyDelete
  21. Fuhh coolblog ni best la. Dari dulu suka! Cepat je mereka ada promosi baru kan. Nanti nak cuba minuman baru ni.

    ReplyDelete
  22. Ada minuman baru npk sedap snlm tu dah pernah. Minum coolblog nti blhlah tray yg baru ni

    ReplyDelete
  23. wow ada flavour baru pulak heheh baru nak diet air manis. nanti nak cuba la :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.