Header Ads


NAK MAKAN STEAK YANG SEDAP? JOM KE LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR!


NAK MAKAN STEAK YANG SEDAP? JOM KE LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR! | Bagi mereka yang gemar atau suka akan menu steak, kalau korang dah cuba banyak tempat dan sudah terbiasa dengan steak yang korang makan, haaa apakata korang cuba plak makan di Les Bouchons Puteri Harbour ni, dan korang bezakan dengan steak yang biasa korang makan.

Kalau di Perancis, nama Les Bouchons ni memang tersangat popular di kalangan rakyat mereka dengan keenakkan steaknya, hingga di gelar 'King of Steak and Fries'!. Bagi Sis yang jarang-jarang makan steak, mungkin ini adalah steak yang tersedaplah yang Sis makan buat masa ni.

Sis suka akan cara masakannya yang tidak terlalu masak dan tidak kering, so kalau makan, daging tu lembut bila di potong dan bila di kunyah, rasa juicy daging tu masih kekal manisnya. Yee kalau kering sangat dan keras, agak tak syokk feeling makan steak tu.

Itu bagi Sis laa.. kalau korang nak rasa apa yang dah Sis rasa, korang kena datang dan cuba sendiri. Sebab tekak memasing tak sama, dan perlu ingat, SEDAP itu SUBJEKTIF..



Kalau korang yang biasa datang ke Puteri Harbour korang mesti ada perasan restorannya kan, cuma antara ye ke tak ye je kan boleh masuk singgah makan, betul tak? Hehehe sama ler dengan Sis dulu. Tapi  bila Sis dapat info sahabat yang dah pun pergi dan makan di sana, rupanya Chef yang masak di dapur Les Bouchons ni adalah seorang Muslim dan dapurnya tidak ada menggunakan bahan masakan seperti pork and lard, dan juga arak.

Tapi restoran ini ada menyediakan minuman keras, sebab mereka ada pelanggan non-muslims sedia ada mereka, tapi bahagian dapur memasak, tidak ada sepenuhnya bahan haram. So terpulanglah kat korang samaada yes atau no untuk ke sana, tepuk dada sendiri ya.



Suasana dalam restorannya pun sangat cosy dan nampak memang selesa, sebab ada ruang-ruang private yang boleh korang pilih untuk lepak dan makan. Kalau rasa nak makan menikmati keindahan luar, korang boleh makan di ruang depan yang memang luas mata memandang. Tapi jika korang datang bersama family yang bawa anak ke, atau bersama kawan sambil makan nak meeting ke, korang boleh pilih mereka punya private dining yang bertutup.

Harga menu yang terjual pun standard laa kalau makan steak kat mana-mana pun, bagi Sis ko bukan makan hari-hari atau setiap minggu pun, so tak payah nak berkira sangat laaa.. silap-silap sebulan sekali pun payah nak makan, so bila ada rezeki dan peluang nak makan tu, bayar aje laa.. betul tak?.

Jom nengok menu steak yang dah pun Sis mencubanya dan yang jadi kesukaan Sis. Ikutkan banyak lagi menu yang ada mereka hidangkan waktu Sis datang makan dengan Sunah, tapi Sis lebih nak fokuskan pada menu steak dia yang bagi Sis memang sangat shedap uitt!.

Angus Sterlion Steak with Herbes and Provence. 

Grill Black Angus Rib Eye with Vegneron Butter 

Giant 'Cote de Boeuf'  - Angus Prime Rib
Steak Sauces and Dip
Haa tu antara 3 jenis steak yang Sis makan masa tu. Memang semua sedap! Rasanya Sis ko paling banyak makan kot hahahaha.. berkeping-keping Sis ko telan. Kena pulak makan dengan cecah dengan aneka sos mereka, perghh sedap giler.

Bukan sahaja ada steak, korang juga boleh order menu lain yang sama naik sedapnya hehehe. Jenis Sis ko ni kalau makan, bila dah sedap, semua nak share, biar korang pun sama nanti pi cuba dan sama-sama kita menaikkan berat badan hahahaha.

So meh tengok menu apa lagi yang dah Sis ko makan, lalalalala.

Brochette of Marinated Lamb 

Jumbo Tiger Prawn Simply Grilled with Olive Oil 

French Onion Soup 
Terliur dak nengok? Kan kan kan, nampak je macam biasa-biasa, tapi memang rasanya sangat luar biasa. Yang bestnya kann, Sis kan pengemar makan bawang, dan bila pertama kali mencuba Onion Soup tu, perghhh tak sangka ek bawang pun boleh buat soup hehehehe...nanti boleh laaa cuba masak sendiri.

Yang udang tu pun, kemain manis isinya, nampak macam udang bakar biasa, tapi mungkin cara bakar dia tu membuatkan rasa manis udang tu tak tenggelam dek rasa 'hangus' panggang tu, yaaa memang teruja betul masa makan.

Selain menu tu semua, ada lagi menu lain, kan dah cakap tadi, kang Sis ko tepek semua, jenuh pulak ko nak scroll, silap-silap, korang scroll aje ke bawah kan, baca pun tak kakakakakah.

Creme Brulee
Red Velvet Cake


Macam biasa lerr, setiap permulaan mesti akan ada penutupnya. So sebagai penutup, kami di hidangkan dengan pencuci mulut dan juga apalagi secawan Kopi lerr.. rasanya bukan secawan dah, dua cawan Sis ko minum hahahaha pekat, likat dan kaw giler kopinya oii... kopi perancis katanya gituh!..

Kek Red Velvet dia memang menyentuh hati bila makan hahahaha.. ye laa, sebab sayang nak habiskan, sedap sangat tu tidak, moist aje keknya, dan tidak masam-masam, tapi sebab itulah kek kegemaran Sis, pantang nampak memang akan order walaupun orang tak tanya hahahaha..

So korang duk usah nak tanya bebanyak itu ini, nak cuba silakan, jika was-was tak payah pergi. Ikutlah pilihan memasing ya. Ooo awak nak gi ke? Okay meh Sis kongsikan alamatnya yaa...


Les Bouchons has expanded into Malaysia and is located in Puteri Harbour. It has the typical Parisian bistro décor overlooking the upcoming Private Marina. It is known as the King of steak and fries. Or as the French call it Le roi du steak frites.

Les Bouchons Sdn Bhd 
Lot R-GL1, Menara Teega,
Jalan Lebuh Laksamana,
Puteri Harbour, Iskandar Puteri
79250 Johor Bahru, Johor,

Call: 07-585 2310
Open : 11am to 11pm (Monday CLOSED). 



P/S: Kalau di ajak, semestinya Sis ko nak pergi lagi dan makan bebanyak lagi hahahaha...ada yang nak ajak ke? Lalalalala...

19 comments:

  1. weii lapor aku nengok nyeee..ajommm kita pergi lagi..hahahahahha

    ReplyDelete
  2. oh no, tempting gila tgk steak tu, sedapnya... kena pegi ni.. rugi klu tak cuba dekat sini

    ReplyDelete
  3. Month end ni akan berada di Johor. Wahh nak pergi try yang ni la.. thanks for sharing ya.. :)

    ReplyDelete
  4. Nasib dah makan dulu sebelum skrol ke mari. Haha Tapi, ianya memang menggoda. ^^

    ReplyDelete
  5. hadoiii sisss... rasa nak jilat screen je tengok semua gambar. awat mengancam sangat semua menu kat sana??

    ReplyDelete
  6. telan2 air liur tengok gambar steak dengan cream brule tu. kalau pi jb nanti boleh try

    ReplyDelete
  7. ish ish sis nihh ...makan tak hajak kita haaaa....seronok tengok hidangan steak dia yang menyelerakan dan presentation pun helok untuk menaikkan selera makan kita ....next time ai pi Johor lagi bolehlah singgah lama sambil makan steak kat sini ...yummmm

    ReplyDelete
  8. Bestnya sedap giler makanan yang ada kat sini kita rasa macam nak cuba lah... Bila hotel Johor nak bawa kita ker sana hehehehe bestnya....

    ReplyDelete
  9. Ya ampun steaknya sista. Padu betul rupanya. Mesti rasanya juga ttp mantap

    ReplyDelete
  10. uuu tengok malam malam ni mula la rasa terliur hehe. thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. espresso tu rupanya dia cawan kecik je kan. apa la rasanya kan. hihi

    ReplyDelete
  12. Wah best! suddenly teringin nak makan western food pulak, nanti nak ajak my aunty yang duduk kat Putrajaya dinner together.

    ReplyDelete
  13. Sis Lin tau tak, kekadang Rawlins sakit hati datang blog Sis Lin tau. Sebab lepas membaca post, banyak kali akan rasa lapar lepas membacanya. Hahaha

    ReplyDelete
  14. Wow nampaknya memang best lar makanan kat sini. Sekarang baca pun dah lapar.

    ReplyDelete
  15. Memang nak. Mkn sedap tpt tu tp jauhlah... nwxt time klu kak gi johor blhlah pg situ.

    ReplyDelete
  16. Terpaksa skroll laju-laju tau, tak mampu tahan craving tengok gambar steak yang sangat menggoda iman ni

    ReplyDelete
  17. Kejam taw entri ni. Hahaha. Sambil baca sambil telan air liur. Kek tu dah lah my favourite.

    ReplyDelete
  18. Okay za turun JB sis lin kena bwak kita makan sini.. Amboi terliur kita tgk steak dia 😭😋

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.