Header Ads


IKAN SENANGIN MASAK LEMAK REBUNG BUAT BEKALAN SUAMI HARI INI


IKAN SENANGIN MASAK LEMAK REBUNG BUAT BEKALAN SUAMI HARI INI | Lalalala senangnya dalam hati, bila dah siap masak, semua kerja pun dah siap, bolehlah layan blog dan edit apa yang patut kemudian boleh mengosok baju yang dah mengunung sebakul hahahaha. Aishh bab nak mengosok malas betul laaa oii.. 

Nampak tak Sis ko punya rajin pepagi dah siap masak harini, bukan sebab nak merayap ke apa ke, tapi memang dah plan dari malam tadi, esok sebelum Subuh nak masakkan Suami Ikan Senangin Lemak Rebung untuk bekalannya bawa pergi kerja. 

Ikan Senangin tu pun ikan hasil dari pancingan Suami. Sis duk fikir, kalau tak masakkannya pagi, memang nanti Suami tak merasalah makan ikan tu, makanya eloklah Sis masak dan bawakan Suami bekal aje. Lagipun, Suami tengah diet tak makan malam, so kalau masak siang, nanti balik kerja dah lewat, mesti juga Suami tak makan. 

Takpelah, bukan selalu pun bangun masak pagi, biasa Suami memang minum air oat dia then makan ubat. Tu pun pepagi pun perut mulas buang air, belum makan sarapan lagi hehehehe.. 

Ikan Senangin Masak Lemak Rebung Buat Bekalan Suami Hari Ini

Mulanya nak masak lemak kosong aje, tiba-tiba teringat pulak yang Sunah pernah bagi sepaket rebung. Apalagi kasi rebus dan masukkan ke dalam lemak ikan senangin tu. Harapnya sedaplah tu. Tapi tadi dah rasa sesudu kuahnya, kemain sedap plak masak lemak Sis ko pagi ni hahahaha.. 

Masak kalau ikhlas dan niat tu elok, takde merungut, memang Allah beri sedap, walaupun tak cukup bahan ke atau ko letih mengantuk pun. Tapi kalau nak masak pun mulut muncung sedepa, membebel kat dapo itu ini laaa... silap-silap, menu ko masak tu masin..ye dakkk...hehehehe..

So masak laaa penuh dengan senyuman.. 

Ikan Senangin Masak Lemak Rebung Buat Bekalan Suami Hari Ini

Ikan Senanginnya pun taklah besar mana pun, jadilah kalau untuk Sis makan seorang hari ini dan Suami Sis bekalkannya 2 ketul, kepala ikan dan seketul isi ikan. Dah Suami minta kepala, kita bagi kepala, ikutkan kepala tu Sis dah cop dah hahahaha... 

Bahan pun senang aje. Sis cuma belender bawang besar sebiji, kunyit hidup sedikit, halia sedikit, bawang putih 3 biji, dan juga 2 keping daun salam. Cuma masa kuah dah mendidih, Sis amik daun limau purut 2 helai, Sis hiriskan dan masukkan ke dalam kuah lemak tu, biar ada rasa dan wangi baunya. Sedap!.. 

Ikan Senangin Masak Lemak Rebung Buat Bekalan Suami Hari Ini

Tu diaaa, penuh sebekas Sis muatkan bekalan Suami. Nasi sebekas dan Masak Lemak Ikan Senangan sebekas. Jadilah untuk Suami makan nanti. Bila tanya nak goreng telur ke sayur ke, Suami jawab tak payah, so hanya masak lemak aje laa buat bekalannya.

Ingat nak masakkan Ikan Terubuk Asin, buat tambah-tambah lauknya, tapi dah Suami kata tak payah, okay so tak payah. Takpe esok-esok plak yaa.. Nanti boleh masakkan lauk lain pulak. 

Yee kekadang sian juga, kerja aje seharian, makan tak tentu, so kalau dah ada bekal tu, boleh laa sambil-sambil makan di opis tu. Jangan sampai lupa bawa bekal ye sudah..Sis ko siap beli bekas plastik tu haaa..biar senang, lepas makan buang aje. Kang bawakan bekal Tupperware, ada lenyap dari penglihatan hahahahaha... 

Okaylah.. nak membelek blog jap..nanti smabung posting lain plak ya.. 


P/S: Tekak teringin sangat nak makan KFC oii.. adeiii...


10 comments:

  1. Amboi ikan dia.. sedapnya.. Lagi tambah rebung, perrrgghhhhh! Sedapnya!!

    tiberrr kata teringin nak makan KFC... jangan laaa.. Cik TK pun teringin makan KFC juga tetiberrr ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa rebung tu sedap plak, ingatkan masuk dalam lemak tu takut bacin...Suami pun kata sedap, alhamdulilah..

      Delete
  2. Sedapnya dia masak hari ini. Dah lama kita tak makan rebung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alhamdulilah kerajinan datang... boleh laaa cuba beli rebung tu, klik je nama rebung kat atas tu..

      Delete
  3. ikan senangin hasil pancingan ye kak? fresh besar lak tu... sodap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Dana, bukan selalu dapat ikan senangin time mancing, tu yang terus masak, segar lagi..

      Delete
  4. isteri mithali betul ni, buat bekal untuk sang suami, untungnyaaa.. takyah fikir lunch nak makan apaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang je Atie..pagi ni bekal rendang ayam plak, tak amik gambar hahahahah

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.