Header Ads


PAGEVIEWS BLOG DAH MELEBIHI 8 JUTA! ALHAMDULILAH!


PAGEVIEWS BLOG DAH MELEBIHI 8 JUTA! ALHAMDULILAH! | Yehaaaa, alhamdulilah semakin naik semangat Sis ko nak bukak blog dan juga update blog. Makin hari pageviews (PV) blog semakin memberangsangkan viewnya. Cuma jika kesibukkan dan tidak update seperti biasa, ada le juga jatuh sikit dari biasa, tapi tetap kekal viewnya melebihi 15juta view setiap hari, syukur..

Tak tau laa apa yang istimewanya dan apa yang pembaca cari, cuma memang ada Sis perasan, certain posting Sis memang ranking dia tetap maintain setiap minggu orang cari. So berbaloilah jika selama ni Sis rajin membaca sana sini dan kita kongsikan dalam blog sendiri. Jadi manfaat buat semua. 

Rajin tu tidak berapa rajin, ada masa banyak kerja lain juga nak di buat, tapi sebab kita dah adjust masa dan jadikan ianya rutin, so setiap hari tu memang akan ada je updatenya dan ceritanya yang nak di kongsikan so hari-hari ada je la Sis update. Lagi satu memang minat nak menulis dan berkongsi. 

Ikutkan banyak benda Sis nak kongsi, tapi sebab ada batasannya untuk Sis kongsikan semuanya di sini, salah satu sebabnya ianya 'public', semua satu dunia boleh baca, so kena ada batasnya. Lagi-lagi kalau cerita peribadi. Walaupun blog Sis nichenya personal blog atau lifestyle blogger, tapi kena jaga juga hati dan kemaluan semua pihak dan kena ada batasan le macam Sis cakap tadi. Harap korang faham bab ni.

Pageviews Blog Dah Melebihi 8 Juta! Alhamdulilah!

Tapi ada yang lebih hebat woo dari Sis, PV mereka berjuta-juta dalam masa beberapa bulan aje, dan juga ada yang sama-sama naik masa Sis buat blog pun, dah berpuluh juta PV blog mereka. Ini semua kelebihan blog memasing. Jangan kita rasa iri, dengki dan mencebik plak bila nampak PV blog orang lebih hebat dari kita. 

Kita kena fikir macam mana nak naikkan PV blog. Sis sendiri aje, tiap kali nak update blog posting, mesti akan utamakan tajuk dan isi posting tu, supaya bila kita post aje, PV satu posting tu boleh cecah seribu views. Memang kadang mustahil kalau kita fikir, tapi kita usaha dan cuba. 

Sebab itulah Sis kata, update je selagi ada cerita dan gambar yang hendak di kongsikan. Tak semestinya nak kena travel baru nak update, nak kena jalan-jalan cari makan baru update, tak payah! Ko ingat Sis ni berjalan sana sini ke? tak kann.. jika perasan Sis lebih banyaknya membebel dan cerita apa yang ada depan mata je hahahaha.. lantak le kalau ada dan ramai yang meluat membacanya ek hahahaha..

Apa-apa pun kena RAJIN, kalau tak rajin, makanya gitu aje laa perfomance blog korang..kang Sis tulis bebanyak pun tak guna, lepas ni cubalah cari, usaha, dan rajinkan diri update selalu. Tapi kalau ko rasa blog korang hebat, tak payah laaa update, PV tu memang akan naik dengan sendirinya aje :p .. 

So okaylah, Sis nak packing-packing dan banyak urusan nak di settlekan dalam masa 2 hari ini. Kalau takde update tu, maknanya memang Sis kesibukkan kerja. 

Terima kasih semua pembaca dan pengikut blog @akusislin !! 

Jom makan lempeng!..


P/S: Nak cakap satu, semalam seronok woii mancing! Terus gian nak ikut Suami pergi lagi, nanti Sis cite eh... 

6 comments:

  1. Tahniah, Lin.. haaa.. tapaukan lempeng, please

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah... Tahniah sis... so inspired

    ReplyDelete
  3. Selain update banyak info dan berguna, sis jugak banyak blogwalking meninggalkan jejak...Tahniahhhhh sisturrr..Bestnyaaaa juta jutaaa..kalaulah ditukar kepada duit..alahaiii lagi best!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.