SINDIR BADAN ATAU BODY SHAMING ADALAH SATU JENAYAH!


SINDIR BADAN ATAU BODY SHAMING ADALAH SATU JENAYAH! | Datang-datang masuk rumah, terus berkata'tengok badan ko tu besar, jalan dah macam itik penguin'..di ikuti dengan ajuk gaya berjalan dan gelak dia anak beranak.. Erkkk Sis terus shock masa tu, memang terkejut dan terus blur masa tu, datang-datang terus nak mengutuk Sis, dah kenapa? So memang Sis akan ingat sampai bila-bila tu!!

Tapi yang sebenarnya Sis masa tu rasa sedih sangat ketika itu sebab ejekkan dia tu seolah mengata gaya jalannya arwah Emak Sis, bukannya Sis. Sis sedar Sis gemuk tapi gaya jalan takde la jalan sampai macam orang pendek kaki sebelah. Sampai Sis tanya semua orang, ada ke Sis jalan macamtu? Kalau arwah Emak Sis ya.. anak pun kata macamtu, tapi atas dasar tidak mahu kurang ajar, so Sis sabar.. diam ajee masa tu..

Tidak kira laa siapa kau tu, pangkat tua ke muda ke dari Sis, kalau jenis mulut takde budi bahasa, makanya depan orang depan anak-anak kau pun kau tunjuk kau tu perfect macam bagus sangat!.. Ingat, sampai bila-bila aku ingat kata-kata dan ejekkan ko tu...that's why Sis up sini sebagai tanda Sis memang marah!..

Siapa dia Sis? Takpe, tidak perlunya korang tau siapa dia, cuma posting melepaskan geram... langsung tak hormat orang, depan anak-anak Sis, anak-anak dia pun, dia boleh sound mengejek macamtu, sangat terkesan emosi Sis ketika itu sebab mengawal marah yang membuku dalam hati. Meluap-luap rasa hati..

Sampaikan anak Sis pun turut perasan air muka Emaknya yang menahan marah. Kalau ikut hasutan syaitan, habis Sis hamunnya dia itu jam juga, tapi Sis ko masih ada iman, masih ada harga diri, takde untungnya nak bergaduh dengan orang macamtu..so lantak kau laa di situ..

Sindir Badan Atau Body Shaming Adalah Satu Jenayah

Sindir Badan Atau Body Shaming Adalah Satu Jenayah

Dan ikutkan hati..nak aje Sis ko buat report dan saman terus, biar rasa puas hati aku dan maruah Sis di perlakukan begitu dapat Sis tebus...tapi tu laaa...kan kata, buang masa layan orang macamtu.. fikir kesian kat anak bini dia jadi malas nak amik peduli..

Tapi ingat, sekali lagi Sis terkena macam ni, siap arr... Sis akan terus pi balai buat report dan saman! Tak kira lee apa keadaan sekalipun. Body Shaming memang benar ianya menganggu emosi kita, sampaikan rasa down..even Suami dan anak-anak pun tak pernah mengutuk mengejek Sis macamtu, lagikan sahabar-sahabat, kalau ada pun hanya menegur, itu  pun mereka menegur dengan cara baik..

Kenapa perlu nak buat report dan saman? Yang belum tau kena amik tau..

Tahukah korang, perbuatan body shaming ini sebenarnya adalah satu kesalahan jenayah? Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik tubuh badan orang lain sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa. Ini adalah satu jenayah buli siber yang jika tidak dibendung ia akan mengancam diri sendiri dan masyarakat

Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zuraini Ab Hamid berkata, mereka yang melakukan body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurutnya, sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali dan sekiranya mahu membuat laporan, mangsa boleh ke balai polis atau laporkan kepada SKMM.

Bagi aduan kepada SKMM, mangsa boleh membuat aduan secara atas talian. Sekiranya aduan hendak dibuat di balai polis, mangsa digalakkan hadir sendiri ke balai polis berdekatan

Dalam pada itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, pelaku juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya kerana perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Menurut Kamal Affandi, adalah penting bagi mangsa mengetahui hak mereka dengan membuat laporan polis sekiranya menjadi mangsa.

So korang, ingat sebelum mengeluarkan kata-kata yang akan memakan diri kelak..


P/S: Itu jenayah mengutuk di laman sosial aje, kalau kena kutuk depan-depan? Kau ngase?? ... #PeringatanBuatDiriSendiri.

16 comments:

  1. ramai yg xtau body shaming nie satu jenayah..Dia org igt perkara biasa je..tq sis sharing info nie..

    ReplyDelete
  2. euwwww ! mmg benci org yg suka body shaming ni! ingt best ke ?
    good info about this akta sis.. thats

    ReplyDelete
  3. Kalau saya jumpa orang gini memang tak de saya nak tahan-tahan. Kata saya sekali, 10 kali saya balas. Biar dia ingat yang mulut kita pun ada bisanya. jahat kau bagi, buruk la kau akan dapat.

    jangan cari pasal dengan saya.Lagi2 kalau depan anak-anak saya, depan suami, lagi saya tak kasi peluang.Luar dalam saya kutuk sampai dia terduduk.

    Biar dia rasa cemana kita rasa.

    ReplyDelete
  4. Ramai yang tak tahu info ni. Terima kasih dengan perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Tak suka orang yang suka buat body shaming.

    ReplyDelete
  6. orang body shaming ni sebenarnya orang kurang perhatian, sebab tu nak cari perhatian dengan buat benda tak baik. kaella kalau jumpa orang macamni depan2, sedap jugak kalau kena penampar.

    ReplyDelete
  7. Akta ni dah lama dikeluarkan tapi masih ada yang buat. Tak faham betul jenis orang suka body shaming ni.

    ReplyDelete
  8. Rasenya seseorang kena mulakan buat report polis dan dakwa mereka2 yg suka body shaming ni, lepas tu war2kan satu Malaysia, supaya jadi pengajaran utk Mahluk2 yg suka body shaming yg lain.. Baru dorang pandang serius sifat negatif ni..

    ReplyDelete
  9. Tak baik tau body shaming orang lain..bagi malu orang lain dan bagi orang sakit hati aje...

    ReplyDelete
  10. Setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan. Sebenarnya tak perlu pertikai kejadian seseorang pun. Sal tak berani betul nak cakap gitu sebab melibatkan air muka & maruah tu...

    ReplyDelete
  11. Isu body shaminh ni mmg lama dh kan. Dia je xtau kot boleh kena saman. Orang macam tu kena kita tegas je. Baru dia sedar. Dia ingat boleh main agaknya.

    ReplyDelete
  12. Yes it is a crime to insult others. Hopefully more will take heed of this warning.

    ReplyDelete
  13. Banyak side effect bila body shaming ni. Lagi2 org tu boleh depression dan bunuh diri. Kita pon dah besar2 tua masih nak ejek orang, tak matang betul

    ReplyDelete
  14. dan jangan lupa, body shaming leads to suicidal..sangat bahaya sebenarnya benda ni...lagi2 zaman ni emosi manusia dah sangat teruk dengan tekanan lain sekeliling, ditambah body shaming, siapa pun boleh kemurungan...

    teruk nauuu orang tu!

    ReplyDelete
  15. I agree sis! Its very sad and felt bullied when someone commented about our body shaped. I experienced that before.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.