Header Ads


BILA HARI HUJAN, SATU BADAN JADI LEMAU


BILA HARI HUJAN, SATU BADAN JADI LEMAU | Kann kann, bila hari hujan, satu badan jadi lemau. Ingat biskut aje lemau, badan pun lemau juga hahaha. Aishhh jangan kata mengantuk manjang, nak masuk dapur pun jadi malas weyy. Tapi perut lapar hahahaha. Nak taknak masak ler juga, walau orang dalam rumah ni semua diet..

Arghh peduli apa, masak aje, bila dah masak, bau pun naik, kang ada je la yang merangkak masuk dapur amik pinggan then duduk makan hahahaha. Tak caya, kita tunggu kang lalalalala.

Harini adalah hari cuti umum bagi negeri Johor sempena Hari Hol. Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Baca sini untuk info Apa Itu Hari Hol ?

Pagi ni ikutkan Suami nak pi memancing, tapi awal Subuh dah hujan lebat, so cancel laa plan nak memancing dia. Makanya pagi tadi keluarlah kami berdua mencari sarapan di mana lagi kalau bukan di Kong Kong Laut sana. Cuma kali ni tak makan Nasi Lemak Sempo yang dah viral tu, tapi Suami ajak pekena Roti Canai pulak hehehe. Lepas sarapan singgah di Jetty Ujang, then terus balik, hujan masih renyai-renyai lagi. 

Bila Hari Hujan, Badan Pun Jadi Lemau

Suami ajak pi Pasar, tapi Sis kata nanti lah, sebab ikan-ikan masih banyak lagi dalam peti ais. Tunggu habis baru le ke pasar membeli. 

Sampai rumah kemain lagii si anak-anak bulus merengkuk atas kursi semua ketiduran. Yang nampak si Panjang aje kat depan hall. Si Kenit entah mana entah. Panggil punya panggil, sekali Yana jerit katanya ada dalam bilik tidur dengannya hahahaha. Siap berselimut kata Yana.. tu sekor memang manja, suka meleser.

Buat masa sekarang, Panjang masih lagi dengan buat perangai dia, asyiklah memanjat sana sini, mulut bising mencari sana sini, entah apa dia cari entah. Belum ngam lagi dengan si Kenit. Kenit pulak suka mengacau, errrr...tang seram tu bila Panjang panjat TV, sampai Sis ko berdoa, janganlah sampai Sis leka tak nampak atau keluar, dia panjat, ada TV jatuh, masa tu terus bisu laa Sis ko kang, huhuhu.. 

Bila Hari Hujan, Badan Pun Jadi Lemau

Now masih lagi renyai-renyai. Langit pun mendung aje. Sis plak harini ada event di Sunway Big Box sempena pembukaan rasmi Sports Direct di sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Sis harini. Dan juga buat teman 'sekerja' Sis,Sunah, moga ko cepat sihat dan lekas baik, supaya boleh sambung pi event dan makan-makan dengan aku ya. 

Harini juga anak bujang balik cuti seminggu. Ada le teman Sis nanti minggu akan datang. Rindu juga kat anak bujang nan sorang tu, lama dia tak balik. So harini masakkannya sedap-sedap, dan Sis keluar nanti lega juga semua dah settle. Tapi masih tak tau ni keluar atau tidak. 

Sebab tadi Suami bukak mulut nak ajak pi beli barang, aishhh... ye laa Sis lebih utamakan 'Family First', so bab event, jika ada rezeki, Sis pergilah, kalau takde, maafkan Saya.. memang takde rezeki. Nasib dah bagitau pihak berkenaan dan mereka faham. 

So good luck JDT Blogger's for today!!


P/S: Alhamdulilah, duit adsense dah IN, korang punya dah ke? Syukur..

11 comments:

  1. Berapa ekor blus tu ada kat rumah,,,, :D. Alhamdulillah gaji adsense dah masuk 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni ada 2 ekor aja Wani... hehehehe duit buat beli makanan dan pasir kucing ajaa

      Delete
  2. Sedap tidor hari ni. Siap bawak keluar bantal selimut nak tido depan tv. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kucing semua duk menyelinap dalam kain bila kita baring hahahahaha

      Delete
  3. Owh, hari ini Johor cuti ek
    dapat 3 harilah

    ReplyDelete
  4. Bestnya dah dapat duit adsense. Hari cuti semalam fiza pergi keluarkan peluh kat taman merdeka je. Dah lama tak joging jalan kaki pun termengah ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah rezeki Faizzah.. kita kongsi laa dengan anak bulus..hehehehe

      Delete
  5. bestnyaaa adsense bayar dah.. i applied adsense still tak approve haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak approve, ada masaalah apa tu? Kalau nak cuba, boleh minta Hasrul Hassan settlekan..

      Delete
  6. Untunglah AdSense payment dah kuoo.ahahaa..alamak, seram jugak Pasal kucing tu..sy x reti pegang kucing..pasni kalau dtg..sy tgu luo jela ea..ahahahaha..gaya kucing kucing sis can aktif sungguh ituu.kahhhhhh

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.