Header Ads


BRUNCH BERTIGA DI THE REPLACEMENT LODGE & KITCHEN,JALAN DHOBY


BRUNCH BERTIGA DI THE REPLACEMENT LODGE & KITCHEN,JALAN DHOBY | Sepatutnya berlima, tapi yang lagi dua tu bizi. Sorang bekerja, dan sorang lagi tak balik Johor. Dan kebetulan anak yang Sulung, Kakak ni balik Johor cuti lama sewaktu Emak Sis meninggal tu. Dan bila dah Kakak balik, apalagi, tak henti laaa di ajak Emaknya dan Ayahnya hunting Cafe sana sini.

Haritu pepagi lagi Kakak dah tanya Ayahnya, nak makan apa harini, sebab haritu hari Ahad. Biasa kalau hari Ahad memang Sis tak masak dan akan keluar sepanjang hari bersama Suami. Tapi sebab jenis budak sekarangkan bersiap lama sangat, makanya pagi tu Sis dan Suami keluar dulu sarapan di luar, kemudian balik rumah baru amik Kakak dan keluar untuk makan tengah hari. 

Tanya punya tanya nak makan mana, cari punya cari..lastnya Sis teringat yang Sis ada menang cabutan bertuah sewaktu event JDT Blogger #WeGetTogether tu dan menangi RM50 e-voucher makan di The Replacement - Lodge & Kitchen ni. So apalagi bila sebut aje tempatnya, terus Kakak kata ookay, sebab dia pun tak pernah pergi.

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhobby

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

The Replacement - Lodge & Kitchen ni terletak di Jalan Dhoby, Johor sana, yee kawasan betul bandaraya Johor yang area Bazar Karat tu. Satu je masaalah kalau kata nak kesini, bab parking...ermmm memang bercinta le weii kalau kata kawasan jalan Dhoby ni. Mulanya pun kitaorang sampai pusing juga cari parking, kemudian Sis baca doa makan, alhamdulilah tup-tup ada plak kereta keluar..

So lepas ni kalau korang nak cari parking, silalah baca doa makan, dengan izinNya, Allah permudahkan semuanya. Tapi nak mudah, setelah Sis perhatikan, korang park aje di belakang Mesjid India tu. Memang boleh park tepi-tepi tu. Kalau takde, kenalah ko pusing tawaf yaa..

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

Masuk ke dalam Cafenya, ramai juga pengunjung. Jangan lupa patuhi SOP, kena scan dulu dan tunggu sehingga pelayan bawa ke tempat duduk. Kira okaylah tempatnya, Sis pun tak reti sangat nak kata konsep apa Cafenya, yang taunya tenang, sepi, dan redup-redup mata memandang, gituh! Hahahaha..

Masa ni tak berapa lapar sangat, sebab dah makan sarapan dengan Suami, cuma Kakak aje la yang macam orang tak makan dua hari bila nengok menu-menu brunch dia hahaha..Sabo je lerr.. Ayahnya pun sama, siap cakap, 'order je laa mana nak, janji boleh makan' hahahaha. 

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

Mula-mula order je yang ringan-ringan, so kentang goreng aje laa..kemudian si Kakak orderkan Maknya dan Ayahnya menu lain. Yang Sis punya tu (belah bawah sekali) namanya Crab Meat Mentaiko Aglio-Olio, dan Ayahnya pula (gambar tengah) entah apa namanya dah lupa hahahaha.. yang roti beserta blurberries tu. Kalau bagi Sis, waduh manis bangat!!.. Tapi Kakak suka..hahaha..

Kakak pulak dia order dia punya menu (gambar atas sekali) namanya Poke Bowl. Sedap Kakak punya, menu tu guna Shushi punya rice tu, then dia campur dengan tuna, avocado, jagung dan macam-macam lagi. Kirakan kalau ko tengok menu dia semua, macam menu healthy food. 

Gambar banyak, malas pulak nak upload semua hahahaha... jangan maree aaaa...

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

Brunch Bertiga Di The Replacement Lodge & Kitchen Jalan Dhoby

Sis dan kopi tak dapat dipisahkan, makanya memana pergi Cafe, mesti nak cuba kopi mereka. So Sis orderlah Hot Americano mereka. Ermmm boleh tahan sedap juga kopinya. Cuma ada lagi sedap yang pernah Sis cuba hehehehe.. Nanti laa Sis share ya..

Harga menu-menu di sini kira okay laa, standard laa harga Cafe lain. Tempat pun di tengah bandar. Selesa dan sangat sesuai lee kalau korang nak gather-gather gan kawan dan family. Cuma pilihan menu aje tak banyak choice. So far okay laa..boleh cuba. 

Yang nak cuba boleh laa ke alamat Sis kongsikan di bawah ni ya.

Alamat : 33, 34 Jalan Dhoby, 80000, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Monday - Thursday; 10am - 6pm 
Friday - Sunday; 10am - 6pm

Email : thereplacementlandk@gmail.com
Contact : (60) 12 547 7885

Facebook | Instagram | Website 


P/S: Terima kasih The Replacement Lodge & Kitchen atas kesudian menaja 4 cabutan bertuah untuk event #WeGetToghether tu. Moga terus maju suksess!! .. 

18 comments:

  1. cafe gini biasanya memang tak banyak pilihan. Kalau datang tujuan nya untuk sembang2 je bukan makan. Hahhaah

    ReplyDelete
  2. cantik interior design cafenya kak...

    ReplyDelete
  3. sebut Jalan Dhobby jer, akak dah surrender

    ReplyDelete
  4. Menarik ID kedainya. Hisptur gitu... Baca doa makan cari parking to wajib. Haha

    ReplyDelete
  5. Fries dia tu nampak mengancam tu. Hehehe

    ReplyDelete
  6. fancy gilaaa tempat dia , cantik

    ReplyDelete
  7. baik sis, lepas ni nak cari parking tempat sesak, huda baca doa makan yer.hehe. nice lah cafe ni, nnt turun JB nak terjah sini lah

    ReplyDelete
  8. Pernah nampak orang ambil gambar depan ni. Johor rupanyanya. Nanri boleh la singgah sini hehe

    ReplyDelete
  9. Dulu study kat JB tak perasan pulak kewujudan cafe ni... Next time visit JB boleh la usha... Cantik cafe ni dan choice of foods pun menarik.

    ReplyDelete
  10. Suka laaa konsep dekorasi cafe ni, simple minimalist dan cukup santai untuk relax, chit-chat ngan kengkawan. Menu pun simple dan ok laaaa...

    ReplyDelete
  11. Makin banyak cafe hipster sekarang. Tapi tulah bab parking memang masalah kalau tempat macam ni. Tapi food tu nampak sedap!

    ReplyDelete
  12. Saya rasa nak datang Johor dan nak akak rekemen tempat best di sana. Kita set itinerary k? Hehehe

    ReplyDelete
  13. Cantik cafenye. Makanan dia pon nampak menarik. Kalau ke sana bolehla singgah

    ReplyDelete
  14. wah.. macam-macam la tempat menarik kat Johor ni Sislin... kalau saya datang johor sis boleh bawa jalan-jalan tak?

    ReplyDelete
  15. Pasti ramai kalangan kita love n prefer cafe coffee concept. Tengok kan pada menu boleh tahan 'mengancam', harga pun berbaloi standard. Yang dah siap pesan pun sedap nampaknya. Madam suka tempat tenang,sepi dan redup.

    ReplyDelete
  16. Best nya gaya kafe ni..mcm ala2 vintage..makanan pun nampak sedap..best lepak2 sambil mkn2

    ReplyDelete
  17. Banyakngak tempay makan yang sis Lin dah cuba ya... tu la jarang ke Johor.... nanti klu pg akan cari la..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.