Header Ads


AL-FATIHAH BUAT EMAK


AL-FATIHAH BUAT EMAK | Allahukabar.... sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi jua, itu hakikatnya yang harus kita terima dan redha.. Ahad 22 Ogos 2020 jam 5.00am, Emak Sis telah disahkan oleh Doktor di Hospital Sultan Ismail, yang Emak telah pun kembali ke rahmatulallah dan satu panggilan dari adik yang berada dan menjaga Emak di sisinya pada pagi itu, memang sangat menyentap emosi jauh di sudut hati ini...

Kun Fa Ya Kun... jika Allah berhendak juga, maka terjadilah ia.. REDHA ..

Memang kami semua maklum bahawa kanser payudara Emak sudah merebak ke dalam badan Emak sejak seminggu sebelum Emak pergi. Dan juga jangkitan kuman Emak juga pada tahap yang snagat kritikal ketika Emak masuk ke Hospital.

Apabila Doktor kata dan minta kami semua bersiap sedia pada sehari sebelum Emak pergi, makanya kami adik beradik REDHA jika pemergian Emak dapat meringankan kesakitan dan penderitaan yang lama Emak tanggung. Yaa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Allah itu Maha Berkuasa, tidaklah Emak menyusahkan sewaktu pemergiannya di saat akhir, mengikut kata adik sangat mudah. Adik sempat melafazkan kalimah syahadah di telinga Emak beberapa kali sehinggalah Emak pergi dengan tenang sekali.

Selepas mendapat panggilan, beberapa minit juga Sis termenung. Terus Suami tenangkan dan menyuruh bersiap. Selepas Subuh Bergegas Sis dan Suami terus ke rumah mayat untuk uruskan jenazah Emak. Kami pakat adik beradik, uruskan Emak di hospital sahaja, dan setelah siap, jenazah di bawa balik ke rumah Emak.

Hanya Sis (sulung) dan adik no-2 sahaja yang menguruskan mandi dan kafankan Emak, manakala adik lagi dua orang menunggu di rumah.

Syukur alhamdulilah, semua urusan jenazah dan pengkebumian Emak Sis di permudahkan pada pagi itu. Terima kasih semua yang mendoakan Emak Sis dari kejauhan dan juga yang datang ziarah ke rumah Emak.

Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikkan korang semua..


Al-Fatihah buat..

Rosnah Wong Binti Abdullah (63 Tahun)
19 Februari 1957 - 22 Ogos 2020 .
#BreastCancerSurvivor


P/S: Masih tak percaya Emak dah takde... :(( 

15 comments:

  1. Allahu.Al Fatihah (dibaca)
    Salam takziah ya Sis.Moga bonda Sis Allah tempatkan dikalangan insan-insan yang dirahmati.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sis..salam takziah , moga keluarga sis and sis sniri kuat utk hadapi kehilangan ini...

    ReplyDelete
  3. Allahummaghfirlaha warhamha wa'fiha wa'fu'anha.

    Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  4. AL-FATIHAHA,
    SALAM TAKZIAH BUAT SIS SEKELUARGA

    ReplyDelete
  5. salam takziah sis..ciktom faham perasaan tak percaya tu..sbb ayah ct meninggal bulan pose aritu smpi skang rs masih x percaya..hmm

    ReplyDelete
  6. semoga Allah tempatkan Allahyarhamah Rosnah Wong Binti Abdullah di kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa...ameennn

    ReplyDelete
  7. Salam takziah untuk sis sekeluarga. Al fatihah

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa emak & menempatkan roh emak di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn

    ReplyDelete
  9. AlFatihah (dibaca).
    Salam takziah sisLin, semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amiiin YRA.

    ReplyDelete
  10. Takziah untuk sisLin sekeluarga.
    Semoga Allah tempatkan mak sis Lin di kalangan orang2 beriman.Amiin..

    ReplyDelete
  11. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Aamiin

    ReplyDelete
  12. salam takziah sis lin, semoga roh alyarhamah ditempatkan bersama-sama orang2 beriman..sedih yang amat bila kita lalui saat2 begini.

    ReplyDelete
  13. salam takziah sekali lagi sis..semoga emak-emak kita ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.