Header Ads


SALAM MAAL HIJRAH 1442H, SALAM 1 MUHARRAM


SALAM MAAL HIJRAH 1442H, SALAM 1 MUHARRAM | Alhamdulilah, masih lagi berpeluang meneruskan lagi perjalanan di tahun baru Hijrah 1442H ini. Dan hari ini 1 Muharram bulan baru bagi tahun islam hijrah yang penuh bermakna dan penuh keberkatannya.

 Muharram bermaksud ‘diharamkan atau dilarang’. Iaitu Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun larangan itu telah digugurkan selepas pembukaan Kota Mekah.

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan hari ‘Asyura’. Banyak detik bersejarah yang terdapat dalam bulan Muharram ini.

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan berkat dalam semua kehidupan yang kita lalui dalam kehidupan seharian.

Salam Awal Muharram!


P/S: Moga Emak Sis juga segera sembuh dan sihat seperti biasa. Aamiinn.. 

16 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.