Header Ads


DOOKKI TOPOKKI, RESTORAN KOREA YANG MENAWARKAN HIDANGAN BUFFET SERENDAH RM29.80 SAHAJA!


DOOKKI TOPOKKI, RESTORAN KOREA YANG MENAWARKAN HIDANGAN BUFFET SERENDAH RM29.80 SAHAJA! | Peminat makanan Korea seperti Topokki, bibimbap, kimchi, japche, omok atau odeng, gimmari, ramen dan banyak lagi, jangan lepaskan peluang untuk datang menikmatinya di Restoran Dookki, Korean Topokki Buffet.

Ianya terletak di RnF Mall Tanjung Puteri berhadapan dengan GBW Hotel yang berdekatan dengan CIQ Johor ke Singapura. Yaaa, Sis juga tanpa lepaskan peluang, gigih datang bersama dengan Geng Bas Sekolah Sis, Izam, Kak Sue dan juga Ima, untuk menikmati makanan Korean ini secara buffet.

Jika tanpa promosi, harga yang di sediakan adalah RM35.80nett dan kanak-kanak RM18.80, tapi untuk promosi yangs edang berlangsung sepanjang PKPP ini, mereka menawarkan harga buffet serendah RM29.80nett dan juga bagi mereka yang berstatus pelajar, harga di tawarkan serendah RM27.80nett untuk seorang.

Memang berbaloi, murah dan puashati. Meh tengok, apa yang Sis dan geng buat dan makan di situ hahahaha..



Apa itu Dookki? Dookki tu mengikut pembacaan dan istilah Korea adalah bermaksud, dua hidangan dalam satu masa.Dan Topokki tu pula adalah sejenis makanan korean yang memang menjadi makanan 'rugi' mereka. Memang pelik sebab topokki dia ada macam-macam jenis, termasuk yang nasi goreng tu pun di panggil; topokki juga hehehe.

Untuk kali ni kami datang memang tengah lapar giler, memang kebuluq orang katalah, tapi berkali-kali pesan kat geng Sis, walau lapar tapi kita makan semampu yang boleh aja, sebab taknak membazir. Kang kena denda pulak hahahaha..




Macam biasa, sebelum melangkah masuk patuhi SOP yang di sediakan ya. Scan MySejahtera then check suhu, guna hand sanitiser, kemudian barulah duduk. Dan masih juga dalam kawalan Social Distancing, so meja yang di sediakan semunya seats di limitkannya. 

Dan sebelum amik makanan, korang kenalah guna sarung tangan untuk mengambil dan memegang kesemua barang ketika menceduk makanan masa buffet tu. Jangan risau, mereka akan bantu korang untuk SOP ini nanti, jika korang terlupa. 




Pilihan jenis makanan dia pulak, kuss semangat, kemain banyak uitt pilihan tepokki yang ada. Korang baca dan tengok aje lah di gambar senarai 'rice cake' dia tu, kalau mampu makan, haaa amik aje la kesemuanya yaa, janji boleh makan dan jangan bazir.

Nak amik makanan pun korang kena buat pilihan yang bijak, sebabnya amik yang perlu, jangan tamak, semua makanan dia sini boleh refill sebanyak mana korang boleh makan, so jangan takut habis. Pihak restoran pun akan pastikan, kesemua bahan tu di 'topup' selalu.




Haaa tengok tu, tu aje yang Sis amik untuk makan berdua, hehehe itupun nampak aje sikit, sekali dah masuk dalam bekas supnya, kemain banyak pulak jadinya, ye laa sebab dia mengembangkan bila di masak hahaha...terus penuh semangkuk jadinya.

Okay selepas korang dah selesai amik makanan, korang kena buat pilihan sosnya pula. Ada banyak jenis sos, dari tak pedas, kurang pedas dan super pedas pun ada, so buatlah pilihan yang bijak. Macam Sis, Sis amik extra pedas okay, sedap!.. baru laa feel makan makanan korea, tak gituh!..

Bila sos korang dah siap masuk dalam hotpot tu, tunggu sekejap, kasi mendidih kejap, barulah masukkan ke semua bahan mentah topokki tadi tu..




Ooo selain dari aneka jenis topokki, seafood, sayuran, mee dan juga nasi, ada juga di sediakan ruang menu K-Snack Zone di situ. Mereka menyediakan shushi dan lain-lain jenis makanan korean sampingan juga. Adeii Sis ko nak sebut nak tulis pun dah tak ingat nama-namanya hahahaha.. Bagi peminat makanan korean, mereka tau laa kan..

Selain tu, ada juga ayam goreng korean spicy, dan original. Yang ini pun Sis kelupaan, apakah namanya, yang taunya memang lain dari lain rasa ayamnya. Ko makan cecah dengan cheese ring tu, perghh meleleh ayaq liur weiii hahahaha...




Ada kecur tak nengok itu cheese hahahaha... Sis ko menaip ni pun terus kecur di buatnya oii.. Yaaa Double Cheese Ring tu adalah menu add-on Ala-Carte yang korang boleh pilih, nak atau taknak, tapi kalau korang peminat cheese, silalah mencubanya, pasti tak rugi.

Harga untuk Double Cheese Ring tu adalah RM16.80nett. Cukup puashati, sedap! Sis makan dengan ayam tu haaa, konon ala-ala ayam gulung cheese lerr hehehehe..

Kemudian lepas korang dah selesai makan topokki hotpot tu, korang pilih pula ramuan atau bahan untuk menu seterusnya atau yang terakhir, yaitu Kimchi Fried Rice. Pstt Sis bagi tips nak sedap, korang letak kimchi tu banyak dan tambah jagung lebih, perghh sedap oiii.. Tang goreng nasi korang jangan risau, mereka yang akan gorengkan untuk korang ya.




Okay siap! Ngam semuanya habis dalam masa 90 minit hahahaha...

So korang, apalagi, jangan lupa mencubanya. Bawa keluarga, kengkawan yang suka akan makanan korean ni, mereka pasti sukakannya. Kawan Sis tu haaa dari tak suka dan tak makan makanan korean, terus tersangkut terduduk kekenyangan di situ makan hahahaha..

Oh sori hokay, kami makan licin semuanya hahahaha..dengan double cheese ring sekali licin..tak caya, cer tanya meja sebelah nuuu... puashati dan berbaloi..balik perut maju ke depan sembilan bulan hahahahaha

Lunch Promotion: 

Setiap Isnin – Khamis (11.30am – 4.30pm)
Lunch Special : RM29.80/pax
Student Special : RM27.80/pax (Sila bawa Kad ID Pelajar korang ya)

Dookki Malaysia JB 
(inside R&F Mall)
Lot 1-117& 1-118,
1, Jalan Tanjung Puteri,
80300 Johor Bahru, Johor

Opens at 11.30am to 10.00pm

Facebook | Instagram


P/S: INGAT! Pergi time lapar yaaa..kalau kenyang, ermmm tidaklah nama buffet namanya hahahaha.. 

23 comments:

  1. Huaaaaa menarik betul makanan Korea kat sini.. tempting sangatttt, terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, murah dan banyak pilihan tepokkinya Ina... memang puas makan..

      Delete
  2. aduuuu tengah murah berbaloi2 gilerr tu...tapi waktu berkerja pulak..susah sikit la kalo nak ngangkut housemate2 kuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, nasib masa aku pergi tu memang lapar giler, so banyak lerr aku makan Sunah hahaha

      Delete
    2. eee bestnyaaaa...nak jugakkk makan sini!! takpe lah, pergi je lah weekend..hahahaha

      Delete
  3. Pehhh sedap die masih tak boleh lupa cheese ring tu. Berbaloi add on kan. Puas hati harga semurah ni tapi makan sampai kenyang.

    ReplyDelete
  4. Uish tengah lapar-lapar ni terbaca pula entri sis lin ni. Gewwwam kita. Dahlah tempat pun shanteks je. Haha

    ReplyDelete
  5. Apa nie sis? Asyik jumpa lokasi makanan yang murah-murah tapi kenapa semuanya di selatan? Kalau dekat dah serang dah

    ReplyDelete
  6. sedapnya sis, harganya murah pulak tu per head. Kalau dekat memang terjah dah ni, boleh makan sepuasnya

    ReplyDelete
  7. aduhhhh terliur tengok cheese dia tu sedapnyaaaa! Tapi sedihnya ada dekat Johor je :(

    ReplyDelete
  8. aishhhh sis nih ,orang dah lah memang tengah rindu korea...tapi tak dapat pergi dapat makan makanan korea pun jadilah buat hilang2 rinduuu...gitteww

    ReplyDelete
  9. Bestnya tak perlu pergi Korea nak cari makanan korea kat sini pun ada hehehe murah lak tu hurmm nampak gaya macam kena pergi cuba juga ni hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Best ni kalau pergi Johor boleh singgah. Kita mmg minat makanan Korea. Nanti blh cuba sendiri

    ReplyDelete
  11. Macam perasan outlet ni kat ioi city mall. Bila dah baca ni rasa nak singgah makan lak lunch nanti. Ada harga promosi kan. Bagusnya. Jimat dan boleh makan puas-puas

    ReplyDelete
  12. Murah sungguh ! Kalau dekat nak je gi terjah . Nanti Sal helo orang Johor yang berminat . Rugi kalau yang dok dekat tak try. Bila lagi kan ..

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba2 makanan korea selain samyang ni. Pedas3 tak masakan diorang? Not bad harga masuk akal jugak rm30 gitu. Boleh try

    ReplyDelete
  14. Sedapnya tengok. Lama tak makan makanna korea.. Syok makan drngan kawan2

    ReplyDelete
  15. Emmm sedapnya makannan korea. terliur ni. nanti nak cuba la. sebab suka sgt mknan korea :)

    ReplyDelete
  16. Banyak gak dah restoran Lin perkenalkan kat Johir ni kan? Bagus la adventurous bab makanan... saya lak jenis memang x bersni cuba sesuatu hidangan baru apatah lg Korea.

    ReplyDelete
  17. Rindu pulak nak makan topokki tu. dah lah kita ni penggemar makanan korea. terus rasa nak gi JB sekarang tau. Harap ada 1 kedai cawangan ni dekat Penang.

    ReplyDelete
  18. Sedapnya.. AM mmg suka makan makanan Korea nie.. Nanti turun JB nak singgah gak la..

    ReplyDelete
  19. Ishhh sis lin nampak sedap sgt aih topokki nya.. Rindu plak nak makan buffet makanan korea ni.. Boleh cuba nih

    ReplyDelete
  20. wah sedapnya semua topokki tu. bolehlah nak cuba. saya pun suka korean dish

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.