Header Ads


OLE-OLE DARI SARAWAK


OLE-OLE DARI SARAWAK | Jauh datang ole-ole ni, kalau tak ke Sarawak memang payah le nak dapat ole-ole ni. Ole-ole apa? Semestinya Kek lapis Sarawak dan juga Ikan Terubuk Asin. Kalau Kek Lapis Sarawak tu masih boleh juga dapat di Johor ni, sebab kawan Sis, Cik Sun tu jual Kek Lapis Sarawak, tapi kalau Ikan Terubuk Asin tu, memang susah nak cari laa..

Ole-ole ni di bawa balik dari Suami Sis yang ke Bintulu hampir seminggu lamanya. Baru sampai Johor malam tadi. Sambil kerja sana, dah alang-alang nak balik, belilah untuk Isteri dan kawan-kawannya. Tapi memang Sis pesan awal-awal Ikan Asin Terubuk ni.

Sis memang suka makan, goreng pepanas dengan bawang dan juga cili, makan pepanas dengan nasi, perghhh kemain makan bertambah nasi. Suami pun suka.


Pernah juga ada Sis masak ikan terubuk asin ni masak gulai lemak nangka, pun sedap, kena rendam semalam kasi hilang asinnya, then baru masak. Tapi Sis tak berapa gemar sebab bila dah rendam ikan tu, seolah takde lee nama ikan asin terubuk hahahaha..

Yaa sebab bagi Sis, ikan terubuk asin ni, sedap goreng garing-garing, masuk bawang dan cili, then makan terus dengan nasi, baru laaa betul kawww!..

Tapi tak tau lee cara korang makan macam mana. Cuma memang kena cuci laaa ikannya tu, sebab banyak garam kasar di sumbat dalam perut ikan tu.. kalau tak cuci mampos naik darah tinggi Sis ko hahahaha..


Korangn nampak apa yang Sis nampak? Hahahaha Yaa Allah kemain sedap gilerr nak mateyy (bahasa dak wechat) Kek Lapis Sarawak perisa Durian ni., gileee sangat-sangat sedap!!!.. terkemam sekejap dalam mulut masa mula Sis makan pagi tadi..

Mula kata gak, 'aitt sedap ke kek lapis durian?', sekali dah cuba, perghhhh terus col Suami kata sedap, kenapalah beli sebuku aje hahahaha... Suami pun kata, mana tau sedap, kalau sedap, katanya selori dia beli kakakakakah, saje kaannnn..

Kata orang banyak kilang atau kedai menjual Kek Lapis ni, yang Suami beli nama Kek lapis Sarawak Mak Jarah. Boleh tahan sedap. Tapi memang sedap oiii.. rasa macam tak nak orang kongsi hahahaha..

Banyak lee juga Suami beli, tapi pagi tadi Sis dah bagi-bagikan dalam bag semua, sebab ada yang Suami nak bagi kawan pancingnya dan juga kawan kerja. Alhamdulilah, rezeki di kongsi bersama..


Yang Sis jelesnya, arghhh Suami hantar gambar wahtsapp jumpa Boss MsjBox merangkap Geng Blogger yang Sis kenal masa mula jadi blogger, Junaidi & Isterinya,Karni di Bintulu sana. Sempat juga Suami ketemu mereka. Sis pun lama tak jumpa mereka sekeluarga..

InsyaAllah kata Suami, mereka akan pindah Ke Kuala Lumpur balik, so senanglah lepas ni nak gathering balik. Kita buat Reunion MsjBox yaa!! Rindunya bila tengok gambar ini masa Suami jumpa dengan mereka semalam. Alhamdulilah mereka sihat-sihat aje di sana.

Tambah geramm nengom udang dalam pinggan tu kakakakakah...

Tapi kalau korang di Johor dan nak makan Kek Lapis Sarawak, korang boleh order dengan Selera Sakura ownernya Cik Sun tu ya.. Pun sedap, dan harga pun tak mahal.


P/S: Sambil menaip sambil makan Kek Lapis Sarawak ni haaa hehehe dapnyaaa...

14 comments:

  1. takpernah makan terubuk asin tapi pernah makan kek sarawak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan, yang lapis durian tu sedap ...yumsss

      Delete
  2. Pernah makan. Itupun kawan mertua yang bawa dari Sabah tak silap. Ke Sarawak ekkk? Serius sedap goreng garing pastu makan dgn bebawangs & cili. Pehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, Sis goreng garing-garing then campak bawang, sedapnyaaaa

      Delete
  3. Kalau ke Sarawak mesti cari kek lapis dan ikan terubuk masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak lengkap rasanya kalau tak bawa balik dua benda ni kan Wak...

      Delete
  4. Terubuk asin ni mahal..
    Makanan orang ado2 nih..hahaha
    tapi kalau kat sarawak dia murah la kot.
    datang sini je jadi mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal le juga, tapi ada katagori harga..macam yang Suami beli ni, 3 ekor rm20..ada yang cecah sampai rm100 kata suami, tapi saiz besau hehehehe

      Delete
  5. alahai..lamanya tak makan ikan terubuk masin tu..:)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan ikan terubuk asin tu. Mane nak cari hahaha. First time dengar kek lapis durian. Pehhh cmnela rasa die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Johor memang susah nak cari Ena..nanti kirim aje dengan Sunah hehehe

      Delete
  7. kek lapis mmg sedap.. pernah dulu skali dpt makan then terus jatuh cinta. tapi disebabkan xdak kawan stay sarawak, mmg tak dpt dah nk rasa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo puas juga laa kan makan, kat Johor kalau nak order, order dengan Selera Sakura hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.