RESEPI SAMBAL SOTONG KERING (CUMI-CUMI) YANG SEDAP DAN PEDAS


RESEPI SAMBAL SOTONG KERING (CUMI-CUMI) YANG SEDAP DAN PEDAS | Dah berapa kali kata-kan, sendiri masak mestilah sedap huahuahua. Nak sedap, korang kena cubalah sendiri ya. Resepi ni pun Sis amik dari Amie's Kitchen. Semua Sis ikut bahan dan cara masak, cuma bab cuci sotong je Sis ikut mana yang sempat.

Kalau resepi asal Amie's Kitchen tu, sotong tu di rendam semalam, tapi Sis rebus sekejap kemudian cuci. Sebab keluarkan sotong terus nak masak, so takde masa le nak rendam bagai semalam, tapi alhamdulilah, lembut dan masin sotong tu jadi sederhana aje, yeee tak payah letak garam okay.

Apa cumi-cumi? Lorrr cui-cumi tu sotong laaa, tapi saiz kecil macam anak sotong. Cumi-cumi ni memang takkan membesar saiz sotong biasa tu, ehhh ye ke? Rasa Sis gitu laaa, memang saiz kecik gini, sebab itu di panggil cumi-cumi hehehehe..



Resepi Sambal Sotong Kering (Cumi-Cumi) 
Copy resepi asal dari Amie's Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram sotong kering cumi-cumi - rendam dengan air panas - biarkan semalaman (Sis rebus sekejap) - bersihkan
1/2 cawan minyak
1 sudu besar pati asam jawa - bancuh dengan 1 cawan air
2 helai daun pandan - siat-siat (Sis tak letak)
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
40 tangkai cili kering
300 gram bawang merah
7 ulas bawang putih
25 gram belacan



Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun pandan. Goreng hingga garing.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
3. Kemudian tuangkan bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Seterusnya masukkan sotong kering cumi-cumi, gula / garam / perasa pilihan secukupnya  dan perlahan api dapur.
5. Masak sehingga sambal pekat dan pecah minyak sekali lagi.
6. Padamkan api dapur.


Siap, sedia untuk di hidang. Makan pepanas sedap woo.. Cuma agaknya cili yang Sis guna tu cili jenis pedas, kemain berapi time makan, terjuwir bibir dek kepedasannya hahahaha...tapi sedap!.

Mudah je kan resepinya, sedap pulak tu, so korang yang nak mencubanya, silalah cuba, pasti jadi..

Okaylah, nanti kita smabung lagi, Sis belum sempat nak balas komen, nak blog walking, posting 'kerja' pun banyak tak siap lagi, yeee Sis belum betul=betul free ni nak duduk ngadap laptop, ni pun up guna handphone sambil menunggu Suami meeting kelmarin di Melaka. Now post ni keluar Sis dah balik Johor.

Dan Jumaat nanti (harini) Sis nak ke Mersing hantar barang anak ke Politeknik pula. Haritu anak bujang balik tak bawa semua barang, so harini Sis nak hantarkannya. Super duper bizi okay.. Maaflah bagi mereka yang menunggu blogposting Sis. Jangan risau, Sis akan siapkan segera!.

Terima kasih memahaminya..


P/S: Moga Allah sihatkan aku untuk jalani dan selesaikan semua kerja rutin.. aamiinn..

12 comments:

  1. Suka gak buat sambal sotong ni. Tapi ai tak suka bedas-pedas. Terbakar perut. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sambal sotong cumi beza rasanya dengan sambal sotong biasa tu...sebab tu makan dengan nasi lemak lagi sedap...

      Delete
  2. ingatkan tadi sotong besar gedabak tu..yg tu kita tak suka. sotong kecik ni on je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee sotong kecik Ammi, sebab tu letak tulis Cumi-Cumi tu...

      Delete
  3. dana pun ada beli soton cumik nih kat shopee aritu kak, tengah mikir jugak nak masak apa heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa kawan Sis pun beli kat Shopee gak, semua ada ek kat Shopee tu kan hahahaha cuma yang dah masak je tak dokkk...

      Delete
  4. Dah siap...dah jadi sambalnya..makan dengan nasi lemak..tak pun lempeng..atau bubur nasi.Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dengan nasi lemak pepanas sedap PC, mau bertambah nasi tu hehehehe

      Delete
  5. best ni...sambal sotong...

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Mia..takde rezeki jadi pemenang..
      Jom buat sambal sotong hehehe

      Delete
  6. mmmm dap ni! da lama tak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah buat ya...beli sotong dekat Shopee hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.