Header Ads


TEBUS INSENTIF RM50 ePENJANA DENGAN TOUCH 'n GO eWALLET


TEBUS INSENTIF RM50 ePENJANA DENGAN TOUCH 'n GO eWALLET | Sebagai e-dompet pilihan rakyat Malaysia, Touch ‘n Go eWallet yang mempunyai lebih daripada 11 juta pengguna dan 220,000 rakan niaga, telah terpilih bagi program ePENJANA, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bertujuan meningkatkan kadar perbelanjaan dan menggalakkan perlaksanaan digital di negara ini.

Program yang berlangsung dari 31 Julai 2020 hingga 30 September 2020 ini membolehkan warganegara berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 menebus insentif RM50 ePENJANA yang berbentuk kredit e-dompet. Penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi di lebih daripada 220,000 pusat perniagaan rakan niaga Touch ‘n Go eWallet sepanjang tempoh program ini.


Sempena program ini, Touch 'n Go eWallet bakal memberi lebih nilai menerusi ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra yang merangkumi pelbagai keperluan harian. Ianya ditawarkan oleh rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil & sederhana dan perusahaan mikro dalam industri makanan dan minuman, sektor runcit, bahan makanan, fesyen, hiburan, teknologi maklumat dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan sekali lagi bagi melaksanakan ePENJANA dan berikhtiar mewujudkan ekosistem yang berfungsi secara baik kepada rakyat. Ini selaras dengan pendekatan kerajaan demi meningkatkan kembali ekonomi Malaysia melalui inisiatif pendigitalan, sekaligus memastikan manfaat melalui inklusiviti kewangan dan transaksi yang lebih selamat. Selain itu, pelan yang berteraskan transaksi selamat tanpa sentuh ini akan mendorong penggunaan yang berterusan serta penrealisasian visi masyarakat tanpa tunai di negara ini.”

Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd

Touch ‘n Go eWallet, pilihan no. 1 Malaysia akan memanfaat rakyat melalui pelbagai ganjaran #LebihBanyakEkstra. Touch 'n Go eWallet menyeru pengguna baru dan sedia ada untuk melengkapkan proses pengesahan akaun mereka sekiranya belum dilaksanakan, bagi membolehkan penebusan insentif tersebut.

Nantikan butiran lanjut yang akan diumumkan dan bersiap sedia untuk urusniaga yang lebih mudah serta ganjaran #lebihbanyakekstra dengan Touch 'n Go eWallet.

Untuk maklumat lanjut, sila layari;

Laman web di www.tngdigital.com.my/
Laman Facbook di www.facebook.com/touchngoewallet
Laman Instagram di www.instagram.com/touchngoewallet/

Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store dan HUAWEI
AppGallery.


P/S: Sis dapat dah, tunggu nak pi soping kat Watson aje ni heheheh...korang dapat dah? 

12 comments:

  1. kita punya dah wassalam buat bayar bil celcom

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Syukur, kerajaan bantu, walau rm50 ajer..

      Delete
  3. Dapat dah.. alhamdulillah sedia untuk masuk topup fon ni...

    ReplyDelete
  4. dah tebus gak ni, nak bayar unifi tapi tak termasuk dalam senarai lakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ko tebus buat apa? Dah guna ke? Tak lain kang Family Mart hehehe

      Delete
  5. Syok lahh ena da shopping kt pg mall. Hehe. Alhamdulillah dapat manfaatkan dana yg diberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye kann, lagi berbaloi, boleh dapat cashback tak silap...

      Delete
  6. ammi dah redeem jugak..tp silap patutnya ammi redeem kat Grab sebab sellau je naik grab car.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Grab pun ada, alaaa kalau tak boleh guna kann..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.