Header Ads


MANA NAK CARI KOPI SEDAP NI EK?


MANA NAK CARI KOPI SEDAP NI EK? | Yaa bagi Sis yang coffee lover ni, memang kopi seperti dalam gambar ni tersangatlah sedap rasanya. 3 in 1 CheckHup Ipoh White Coffee ni pertama kali Sis mencubanya ketika memandu dari Johor ke Paka bersama Suami baru-baru ni.

Itupun masa tersinggah di Petron Kota Tinggi sewaktu Suami tukar drive dengan Sis sebelum gerak ke Paka. Mulanya memang Suami nak beli air katanya, dia memang tau, kalau Sis yang drive, mesti Sis nak kena minum nescafe, tapi sekembalinya Suami, dia bawanya secawan air panas 3 in 1 Ipoh White Coffee ni, perghh dia punya bau, memang sedap baunya weyy..

Sekali Sis hirup...ermmmm terdiam sekejap, rasa dia betul-betul kaw dan terus segar rasa bijik mato.. serius sangat sedap di tekak Sis.

Sampaikan minum kopi tu, tak sempat nak sejuk dah habis hahahaha..


Dah satu hal. lepas aje minum kopi tu, sepanjang jalan nak ke Paka, memana nampak Petron, Sis ko dah mula cakap kat Suami, 'Eh, ada tak kopi tu ek?' hahahaha.. Pantang nampak je Petron, terus rasa nak singgah jadinya..Cuma tak tau masa Suami beli tu ada atau tidak mereka jual pek besar.

Ye laa yang Suami beli tu pek secawan aje. Sekali minum aje laa habis.

Tapi takpe, Sis memang dah target, balik ke Johor nak singgah dan beli juga pek besar.. Tapi...nak di jadikan cerita, masa berkemas nak balik dari Paka ke Johor, Suami kata kena singgah ke Melaka le pulak, bermalam semalam di sana then baru terus balik Johor...ermmm hancuss punah harapan Sis nak beli kopi tu hahahaha..

Akan tetapi, nasib baik juga laaa... setibanya Johor, sehari kemudiannya Sis kena ke Politeknik Mersing, hantar barang keperluan anak bujang Sis, so jeng jeng jeng....ada peluang laaa Sis nak singgah Petron tu beli kopi lalalalala..


Sis dari Johor ke Mersing seorang diri, so masa gerak ke sana, memang Sis takkan singgah memana le untuk beli minuman dan makanan. Kebiasaannya time balik barulah Sis akan meyinggah. Lain kalau ada teman, pergi balik memang ku singgah untuk beli minuman hehehehe...

So waktu balik dari Mersing ke Johor laaa Sis singgah di Petron Kota Tinggi tu dan membeli juga mencari kopi ni. Tapi hampa, Sis tanya budak pekerja tu, mereka takde jual pek besar, semua memang tersedia dalam cawan untuk sepaket..

Mahal pulak tu uitt..secawan tu RM3.70 tak silap Sis. Tapi nasib baik sedap, so Sis beli sampai 5 cawan hahahaha... ye laaa sementara nak mencari mana nak dapatkannya ..

Korang ada nampak tak memana jual kopi ni? Kalau ada cer komen yaa, bagitau...bolehlah singgah membelinya nanti..harap-harap pasaraya besar ada menjualnya, senang sikit nak hunting..


P/S: Update: Haaa Sis dah tau dah nak cari mana, Shopee! Thanks Sunah tolong carikan hahahaha.. 

8 comments:

  1. Alhamdulillah.Lega.Kalau tak dapat mesti rasa macam ada yang tak kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, Sunah sigih carikan di mana jual, akhirnya dapat di Shopee hehehe

      Delete
  2. Wow bila sis dah cakap sedap fiza pun nak cari juga la kopi ni. Yes shopee juga. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Faizzah, kena cuba, belum inum, baru bancuh aje, bau dia kus semangatttt...

      Delete
  3. hahahah cepat lah beli!!! aku pun nak cuba gak...tiberrr..padahal pagi tadi boleh je teguk sikit nak rasa kan...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sudah beli lerr, ada offer lagi... kakakakakah eh ko tak minta nak rasa, dan aku pun buat-buat ko tak nak je laaaa hahahaha

      Delete
  4. Segalanya ada di Shopeeee...lelagi kak Sunah, kaki Shopeee..muahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe... janji ada duit huahuahuahuahua...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.