JANGAN LUPA BACA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH HARI INI YA

Sis Lin
5
JANGAN LUPA BACA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH HARI INI YA | YAllah sekejap rasanya kan dah masuk tahun baru Hijrah kan, ibarat macam pejam mata, esok dah tahun baru kan.. banyak perkara yang berlaku dan sedang berlaku, tapi tu laa dah namanya ada Iman, maka kenalah percaya akan Qada & Qadarnya yang telah di tentukan olehNya..

Kun Fa Ya Kun, kalau Allah kata akan berlaku, maka akan berlaku juga, walau kita mengelak macam mana sekali pun. Redha dan atasinya dengan semampu kita kan..

So untuk penghujung tahun baru Hijrah ni, susah nak bayangkan apa yang akan berlaku kemudiannya, sebab sekarang pun negara kita masih berjuang lagi menangani wabak Covid19 ni.. so dengan peluang yang ada untuk harini, sambil kita membaca doa akhir dan awal tahun, so apakata kita panjangkan doa sikit untuk keamanan negara kita juga diri kita sendiri.

Doa Akhir Tahun 1441H Dan Awal Tahun 1442H


Bilakah waktu untuk membaca doa ini?

Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29H dan Doa awal tahun dibaca selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.

Barang siapa yang membaca doa awal tahun, insyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Akan tetapi, sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.


Bacaan dalam Rumi

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim,

Alhamdulillahi rabbil alamin, Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.

Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,Wa lam tansahuu,Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati, Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika, Fa inni astagfiruka fagfirlii, Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,

Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim, Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam Wahamdulillahi rabbil alamin.


Doa dalam Rumi

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Alhamdulillahi rabbil alamin, Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain, Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,

Wa ‘ala fadlikal ‘azim, wajudikal mu awwali. Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina, Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi, Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i, Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,

Yaa zal-jalaali wal ikraam, Ya arhamarrahimin,

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam Wahamdulillahi rabbil alamin.


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.

Sumber : akuislam.com


P/S: Jangan lupa tau korang baca doa akhir dan awal tahun Hijrah..moga kita semua mendapat keberkatan dariNya.. aamiinn
Tags

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. moga menjadi titik perubahan kepada semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, salam maal hijrah buatmu Dik/..

      Delete
  2. Kannn..sekejap masa berlalu, hinggakan cuti ke tak cuti, macam sama aje rasa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!