Header Ads


MASAK SUP TULANG GUNA PERIUK NOXXA, 20 MINIT SIAP MASAK!


MASAK SUP TULANG GUNA PERIUK NOXXA, 20 MINIT SIAP MASAK! | Yup, tak sampai setengah jam dah siap masak Sup Tulang ni hanya guna Periuk Noxxa. Siapa ada periuk Noxxa atau periuk tekanan tinggi (pressure cooker), mesti takde rasa nak merungut ke nak membebel ke tiap kali nak masak dan melembutkan daging kan?.

Dulu-dulu tiap kali nak masak daging, aishhh memang berejam le merebus daging atau tulang sampai empuk dagingnya, ada masa dah siap masak pun liat juga. Tapi sejak beli dan ada periuk Noxxa ni, kerja merebus dan lembutkan daging atau apa aje masakan, jadi cepat dan mudah.

Ada orang siap masak terus dalam periuk Noxxa ni, dan juga ada yang masak nasi dalam periuk Noxxa ni. Tapi Sis hanya memang guna dia untuk melembutkan daging atau ayam kampung/tua aja. Lepas tu memang cuci simpan elok-elok. Alhamdulilah juga, sejak yang kes Periuk Noxxa Sis jatuh tu dulu, masih lagi elok dan dapat berfungsi seperti biasa, kalau tak, memang nangis tak bunyi dah, bukan tak berlagu..

Dan beberpa hari lepas, ada permintaan Suami yang teringin nak makan Sup Tulang, kebetulan memang Suami tau Sis ada beli tulang. Makanya bila dah Suami kata nak makan, terus laaa Sis masakkannya walaupun tak cukup bahan. 


Masak pun dah petang, nak keluar pi beli barang dan bahan pun malas, so masak aje laa dengan bahan yang ado. Nasib baik memang kat rumah stok sup bunjut dan rempah soto memang ada, so guna aje laa, janji jadi sup.

Bahan tumisan lain memang sedia ada, so takde laa susah sangat, cuma nampak kosong sikit, sebab takde saderi dan daun sup. Maklum ler pokok daun sup/bawang baru tanam dan nak hidup, apa yang nak di petiknya hahahaha..



Nasib baik juga jenis Suami tak cerewet atau nak perfect dalam bahan masakan atau makanan, janji siap dan masak sudah. Tapi kalau dah kita masak cukup bahan utama dan cukup rasa, insyaAllah, takde bahan sampingan pun dah sedap kann...

Macam sup tulang ni, Sis hanya rebus 10 minit aje guna high pressure (HP), kemudian dalam periuk lain Sis tumis hirisan bawang besar, bawang putih, rempah tumis 5 sekawan, dan juga sup bunjut. Kemudian masukkan air rebusan dan juga air, then masukkan sikit rempah soto (takde pun takpe), then kalau nak pedas masuk cili padi, didhkan sampai mendidih.

Letak bahan perasa, kalau okay, siap!.. Tu kalau korang rajin macam Sis hahaha, malam tu buat sambal kicap, makan hirup kuahnya letak sambal kicap, perghhhh bermangkuk-mangkuk Suami menambahnya hahahaha..

Boleh plak kali ni beli tulang tu penuh isi daging, puas makan okay. Sekilo RM35 tu.. mahai juga tapi berbaloi dan puashati! ..


Lepas makan, haaaa tersandar kekenyangan hahahaha.. adeii Suami kata malam tu, 'Kenyang sampai Subuh ni' hahahaa lawak betul... Tuu lepas tu tak sampai sejam, terus tertido Suami kat ruang tamu sama macam si Kenit tu juga hahahaha..

Alhamdulilah, permintaan Suami dapat di tunaikan...

Pstt nak cerita gak ni, si Kenit ni sekarang jadi kesayangan Suami plak, tiap malam di ajaknya tidur sama, anak Sis pun siap gelak-gelak gak nengok Ayahnya hehehe.. tu laaa mula takut gak Suami marah jaga dan bela kucing, akhirnya bila Kenit ni pandai jaga diri, Suami pun suka melayannya..

Rezeki ko le Kenit.. cuma...marah betul dia dengan si Fury... siapa Fury? Jeng jeng jeng...


P/S: Harini rasa badan letih sangat.. tapi harini ada urusan juga di luar... MOga Allah permudahkannya.. 

10 comments:

  1. bagus kan noxxa ni. senang kalau bab masak sup tulang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bagus, menyenangkan kerja memasak...

      Delete
  2. Bak kata babah PC,cepat masak cepat makan.Hehehehe.Hai Kenit comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan hahahaha, tak payah kelam kabut snagat nak masak kannn

      Delete
  3. Nampak sedap.
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  4. Ishh, kena ada satu gak periuk ni..hoho..slau mak maska daging, x empuk empuk uiii...
    Sis, s tengok gambo ni memalam, lapor la plakkkk.hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah belikan untuk Omak ko Nonn..beli dengan Kak Dilah tu haaa hehehehe

      Delete
  5. si kenit ooo si kenit.. pegi la tlg didapur tu.... tidur jer tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dia mana orang pergi semua dia ngikut...manja snagat..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.