Header Ads


SEPETANG LEPAK DI AMARI JOHOR BAHRU SAMBIL MAKAN SIZZLING BROWNIES


SEPETANG LEPAK DI AMARI JOHOR BAHRU SAMBIL MAKAN SIZZLING BROWNIES | Kalau dah nama pun sepetang, makanya tentunya laa ke Amari Johor Bahru tu Sis ko berHi-Tea atau dalam bahasa melayunya Minum Petang kan? Takkan le makan tengah hari pulak hehehe, tu pun nak kena fahamkan ek, adeii..

Baru-baru ni Sis bersama Sunah ke Hotel Amari Johor Bahru untuk berjumpa dan ada meeting kecil bersama Grace dari BrandCulture PR & Marcom Agency untuk update mengenai event bersama JDT Blogger di Johor yang bakal menyusul. Ermm agak lama tak datang Amari ni, rindu plak makanan buffet mereka. So sekali dah datang, kita lepak lama sikit, dari tengah hari membawa ke petang. 

Dan kebetulan meeting pun sampai ke petang, so kami mencuba set minum petang atau Hi-Tea dari Amari Johor Bahru ini yang ramai sukakannya. Sebab apa, menu minum petang mereka ni special sikit, ada Sizzling Brownies ko, yaaa tarak tipu....kalau korang datang tiber takde Sizzling Brownies ni, bagitau Sis, Sis akan buat aduan kepada pihak berkenaan hahahahaha.. Tapi jangan risaulah, mesti ada..kalau takde mereka akan update. Kot mana tau kann cokelat habis di pasaran hehehehe..

Sepetang Lepak Di Amari Johor Bahru Sambil Makan Sizzling Brownies

Perghh jarang-jarang Sis ko nak letak muka sendiri tu hahahaha...jadi model Hi-Tea kejap ek, gituh!..nak letak watermark pun malas ni, jangan ada yang berani nak copy ya..dah takde keja lain ek nak copy paste orang punya kerja!!..

Berbalik kepada set minum petang atau Hi-Tea di Amari Johor Bahru ni, set ini tersedia untuk dua orang, dan di jual dengan harga hanya RM60 sahaja (2 orang). So kalau korang datang berdua dengan kawan, korang bahagilah dua harganya, makanya seorang hanya RM30 sahaja. 

Murahkan? Memang berbaloi oii, kalau ko pi makan luar, order Sizzling Brownies aja dah berapa hengget okay, ni siap satu set dengan menu-menu yang lain. Mari nengok menu-menu yang di sediakan dalam set Hi-Tea ni. 

Pstt bukan Hi-Tea set aje ada, set Makan Tengah-Hari pun ado. Korang boleh cuba set 'Sabai Thai' mereka, TomYum Goong derang sedap, Sis ko tak boleh move on lagi tang rasa dia tu, arghhh... 

Sepetang Lepak Di Amari Johor Bahru Sambil Makan Sizzling Brownies

Sepetang Lepak Di Amari Johor Bahru Sambil Makan Sizzling Brownies

Sepetang Lepak Di Amari Johor Bahru Sambil Makan Sizzling Brownies

Sepetang Lepak Di Amari Johor Bahru Sambil Makan Sizzling Brownies

Yaaa itulah menu-menu yang ado dalam satu set Hi-Tea Amari Johor Bahru ini. Nak sebut satu-satu pun Sis ko dah kelupaan nama-nama mereka tu laa.. Alaa korang nengok je dah tau kan, dan memangnya sedap. Lagi-lagi brownies tu oii.. 

Sizzling BRownies tu, masa mereka hantar baru mereka curahkan coklatnya, so korang stanby laaa kamera video korang ya, kotlah nak buat boomerang ke kan, ke TikTok ke kan hahahaha...tapi memang sedap!.. Orang lain sibuk gan edit gambo dan amik gambo, Sis ko dah separuh bedal browniesnya hahahaha.. nampak sangat gelojoh kan wekk :p ..

Sepetang Lepak Di Amari Johor Bahru Sambil Makan Sizzling Brownies

So apalagi, nak bersuap-suap makan macam Sis dan Sunah tu? Marilah datang berHi-Tea di sini bersama keluarga, tunang, BFF atau reunion geng sekolah/kerja ke, janji jangan bawa Suami orang ye dikkk, silap-silap pinggan panas brownies naik ke muka hahahahaha...

Opsss terasa ke? Hahahaha... 

Afternoon Hi-Tea Set ni korang boleh dapatkannya setiap hari bermula dari jam 11:00am - 7:00pm Amaya Food Gallery Cafe [level 6 - main lobby]. 

Atau korang boleh booking online di http://bit.do/amayajb

Selamat berHi-tea korang ..



P/S: Next time nak bawa anak ke sini, anak mesti suka!!.. Kaki Hi-Tea anak Sis tu.. 

18 comments:

  1. Cantik- cantik semua gambar sis ni...seronok tgok..

    ReplyDelete
  2. Sebut sahaja Johor terasa amat jauh sekali, tetapi melihat pada makanan di dalam gambar di atas terasa ingin mencuba. Harap ada rezeki lepas ini untuk ke Johor.. :)

    ReplyDelete
  3. Aiyooo seronoknya akak ber hi tea. Rasa macam semua best di Johor. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Alaa best nya Hi tea ala western gini. Harga pun not bad pulak tu. dapat ajak husband dating hi tea cenggini best gak ni.

    ReplyDelete
  5. nice place untuk buat meeting or mini hi-tea dengan kawan. tapi jauh pula di johor hahaha

    ReplyDelete
  6. melepak dengan kawan best lah buat hi tea macam ni. teringin nak try brownies dia, nampak sedap :)

    ReplyDelete
  7. high tea is the best tambah2 kalu girly day dgn kawan2 satu kepala.. bestnyaa.. and tgk burger cute tu mcm sedapppp sngt nmpk... im a meat lover btw

    ReplyDelete
  8. Terliurnya tengok sizzling brownies dia kak linnnn! Harga pakej hi-tea dia pun murah je. Kalau ada event memang syok buat dekat amari ni

    ReplyDelete
  9. Bestnya ber high - tea gosip2 dgn kawan makan scone semua. Ish3 nmpk sedap2 pula tu.. Teringin nk pegi la

    ReplyDelete
  10. Bestnya ber hitea gini. Nak pi jb nnt boleh laaa try terjah. Brownies tu menggiurkan sunggh laaaa

    ReplyDelete
  11. Amboi sedapnya dia makan kat sini.. suka hi tea ala2 English ni.. ala me time juga makan kat sini hehe

    ReplyDelete
  12. kalau dekat dah pi. brownies tu mengancam betul la. menu hi-tea pun sedap2, menu lunch lagi sedap kan

    ReplyDelete
  13. Wowww.first time tengok sizzling brownies ni. Menarik sangat. Bolehla terjah kalau sampai sana

    ReplyDelete
  14. Tak sabarnya nak visit this place for high-tea since akan turun ke JB tak lama lagi.. Baru lagi kan tempat ni? Dulu study kat JB tak perasan ada tempat hi-tea best2 macam ni...

    ReplyDelete
  15. Amari Hotel Johor Baru is so good to have hi tea with friends and family there. The food looks so delish and everyone enjoying themselves there

    ReplyDelete
  16. Wow kurlas minum petang sislin tau. Nampak sedap dan tenang je minum petang kat sini. Saya teringin juga minum petang dengan sislin... hehe

    ReplyDelete
  17. Kalau banyak tu makanan dengan harga RM60 untuk dua orang not bad jugak harga dia. Macam sedap pulak tgk brownies dia.

    ReplyDelete
  18. I wish I could enjoy such a scrumptious tea time as well. The desserts look really appetizing and of course visually appealing. :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.