Header Ads


APA ITU MAKSUD BRISTWALK?


APA ITU MAKSUD BRISTWALK? | Haaa korang tau apa itu maksud Bristwalk? Biasa buat? Atau buat tapi tak tau apa itu bristwalk? Hehehe yerrr jangan malu, tak tau bertanya, malu bertanya sesat jalan. Ada juga antara kawan-kawan Sis yang bilamana Sis kata amalkan senaman bristwalk ni, mereka tanya, 'apa benda tu'?..

Tapi takpe, mungkin mereka tak pernah amalkannya atau mereka buat cuma mereka tak tau itulah dia bristwalk. So sebagai pengetahuan diri sendiri dan juga sebagai perkongsian dalam blog Sis ni, Sis pun nak kongsikan juga, apa itu maksud bristwalk.

Kebetulan semalam Sis dan Geng Makcik-Makcik Sis ke Taman Layang-Layang buat senaman bristwalk ni. Hanya bertiga aje, yang geng lain bizi dengan hal memasing. Pun okay laa, dapat 4 round dan mencecah hingga 8 ribu langkah, phewww..


Apa Itu Maksud Bristwalk? 

Brisk walk ini bermaksud aktiviti berjalan pantas. Tidak berlari ataupun berjalan seperti biasa tetapi lebih kepada berjalan dengan pantas. Kebiasaannya apabila bercakap mengenai brisk walk, antaranya ia akan membawa maksud berjalan dengan manfaat untuk kecergasan dan mengurangkan risiko kesihatan.

The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) berkata kebiasaannya juga berjalan pantas pada kadar 5 km/j atau 12 minit bagi setiap kilometer (bukan lumba jalan kaki). So tempoh masa yang digalakkan sekitar 30 minit. Sekiranya tidak sampai 30 minit pun tak mengapa. Tiada istilah wajib pada kadar waktu dan jarak tertentu.

Antara manfaat diperolehi daripada berjalan mengurangkan tekanan darah tinggi, perbaiki degupan jantung, menghilangkan stress dan paling penting cepat membakar lemak dalam badan.

Tempat paling sesuai untuk aktiviti ini adalah di taman rekreasi yang selamat dan mempunyai permukaan jalan yang baik.


Haaa tu diaa, muka sememeh measing selepas selesai bristwalk petang semalam. Macam-macam hal, sambil jalan banyak meninjau sana sini aje matanya. Pantang nampak port lawa, stop kejap bergambar, then sambung lagi..

Tapi bab port jualan makan gerai foodtruck tu yang tak menahan hahahaha.. measing dah macam tergugat iman, nasib baik Sis ko tahan mereka, kalau tak, memang dah beratur beli kopok lekur laaa dan ais jelly, hampeh! Hahahaha...

Apa-apa pun, tak kisahlah senaman apa pun, janji bersenam. Kalau korang nak tau apa manfaat dan kelebihan buat senaman bristwalk ni, silalah google hahahaha..

Okay, stop dulu ya, pagi ni ada event food review sampai ke petang, huhuhu...
Nanti kita sambung lagi okay..


P/S: Bukan nak kurus tapi nak SIHAT !.. 

26 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. LH baru tau jalan laju tu nama nama dia bristwalk 😂 LH selalu juga jalan laju tapi last-last terjog juga. Hahaha

    ReplyDelete
  3. i buat Bristwalk daily hari tu before covid lock down.. Bristwalk is much better dari jogging sbb rasa tak terlalu beban.... lepas makan pun boleh buat Bristwalk instead Jogging kan

    ReplyDelete
  4. SA hari- hari briskwalk pagi ngan petang....weekend pulun jogging...kadang tghari jogging atas treadmill

    ReplyDelete
  5. Briskwalk ni siap ada competition lagi kan. Dulu teringat lagi waktu sekolah kita tengok orang compete dalam tournament briskwalk hihi

    ReplyDelete
  6. Ammi pun semenjak ada masalah lutut ni mampu brisk walk je. Kadang-kadang dalam perjalanan nak ke MRT station pun buat briskwalk instead of jalan lenggang maklimah

    ReplyDelete
  7. saya jarang la nak jogging tapi lepas ni bolehlah try briskwalk daripada berjalan lenggang2 kangkung..hehe

    ReplyDelete
  8. Brisk walking merupakan satu senaman yang agak elok untuk mereka yang pernah mengalami kecederaan kan.

    ReplyDelete
  9. wah tu ke maksudnya . Pnyalah fikir apa dia maksudnya tadi haha

    Tapi betul lah bersenam perlu bukan utk kurus sahaja tu letak no 2 tapi utk kekal sihat dan stamina

    ReplyDelete
  10. Bagus bristwalk ni. Bagus untuk kesihatan kita kan.

    ReplyDelete
  11. Bristwalk ni ada teknik juga kan kak. Saya ada tengok dokumentari orang Jepun yang selalu menang pertandingan sukan jalan kaki laju ni. Memang teknik dia bagus. Kita tak rasa beban dan jalan macam angin. Peluh dia kaw kaw kak. Haha. Keluar semua.

    ReplyDelete
  12. Brisk walk is one of my favorite physical activities. I feel fresh and calm after doing it.

    ReplyDelete
  13. Ohhh patut kita selalu nampak makcik-makcik yang berusia buat briswalk kat taman-taman ia adalah salah satu senaman ringkas tapi bagus untuk kekal sihat hurmmm kita pun nak try juga lah...

    ReplyDelete
  14. kaella nak start jog lagi tapi kaki masih belum sihat kalau nak jog, lepasni boleh try bristwalk pula.

    ReplyDelete
  15. Saya mula bristwalk masa tahun 2009. Masa tu nak jogging tapi ada kawan pesan kalau dah lama tak jogging jangan terus jongging.Baik mula dengan briswalk dulu.

    ReplyDelete
  16. wah sis lin syok yer exercise dengan kawan2. jeles yer food review sahaja dia..

    ReplyDelete
  17. nak pergi bristwalk jugak lah aku..hahahah..semalam tak sempat wei, lepas Maghrib baru balik rumah..huhuhu

    ReplyDelete
  18. Zaman muda remaja dulu rajin buat time kat uni. Haha. Sekarang ni jarang nak buat. Mungkin kena start balik dah ni. Hehe.

    ReplyDelete
  19. bagus ni untuk kekalkan kesihatan yang berpanjangan..ayu selalu juga buat aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  20. Oo itu ke briskwalk...? Kira Cik TK selalu buat juga la sebab jalan laju kan.. Cik TK pun jarang sangat dah jogging sekarang. Jalan laju je ada la.

    ReplyDelete
  21. hahahaha brisk walk dah cun dah tapi brisk walk ke makanan tu bahaya kak lin! Dah lama tak brisk walk ni sejak kerja habis pukul 6 ni

    ReplyDelete
  22. Inilah yang selalu Rawlins lakukan every weekend - cuma Rawlins panggil ianya jalan lenggang kangkung hahahaha
    Chaiyok Sis Lin

    ReplyDelete
  23. I like to go for my brisk walk in the morning with my parents, they are not advise to run because of their weak knees.

    ReplyDelete
  24. Faktor usia cam kita memang bagus amalkan jalan laju-laju gini, sekurangnya kekal aktif. Tahniah sis!
    Sesama kita moga terus kekal cergas dan sihat. Aamiinnn

    ReplyDelete
  25. Kami sekeluarga pun suka melakukan brisk walking ni... di samping dapat kekal aktif, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami... tahniah kepada Sis Lin dan kawan-kawan kerana menjayakan aktiviti sihat ini... semoga kita semua sama-sama beristiqomah dalam melakukan brisk walking agar kesihatan kita turut terjaga...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.