Header Ads


ALHAMDULILAH. RAKYAT TERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0


ALHAMDULILAH. RAKYAT TERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 | Alhamdulilah, panjat syukur kepada mereka yang sememangnya menantikan khabar berita gembira sebegini. Semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0.

Sekurang-kurangnya ianya dapatlah menampung tambahan perbelanjaan kepada mereka yang memang memerlukannya. Bagi mereka yang terjejas akibat wabak Covid19 ini, dengan adanya dana sebegini, walau tidaklah jumlah yang besar beribu-ribu, tapi Sis tau, dalam keadaan apa sekalipun, jumlah wang tersebut amat diperlukan. Sekurangnya kerajaan prihatin dengan nasib mereka. 

Bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini. Tiada permohonan baru atau sebarang kemaskini perlu dibuat. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.

"Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga," ujar PM.

Rujuk SOALAN LAZIM BPN 2.

Alhamdulilah. Rakyat Terima Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Jumlah/Kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Kadar bantuan adalah seperti berikut:
  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Jumlah Bayaran BPN 2.0 [Ansuran Pertama & Kedua]

Bagi kategori B40, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala baki RM300 pada Januari 2021. Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Bayaran BPN 2.0 Ansuran Pertama akan dibayar pada Oktober 2020
Bayaran BPN 2.0 Ansuran Pertama pada Januari 2021

**TIADA permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN sebelum ini.

Korang boleh buat SEMAKAN BPN 2.0 di sini .

Namun jika ada antara korang yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN sebelum ini, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti. So tunggu pengumuman dan update seterusnya ya. 


P/S: Korang ada rasa tak, bak kata Hasrul Hassan, dengan pengumuman ini, PKP bakal akan di aktifkan semula? Huhuhu ye laa kes semakin hari semakin meningkat kan.. 

15 comments:

  1. Replies
    1. Ye Kak, rezeki kepada mereka yang memerlukannya..

      Delete
  2. alhamdulillah.. kerajaan skrg benar2 prihatin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Syukur di atas rezekinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Wak, kawan yang menerima tu, panjat syukur bila PM umumkan...

      Delete
  4. untuk student tkde bantuan kee..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe student duduk aje rumah Maknya hehehee

      Delete
  5. Alhamdulillah. Rezeki yang tak disangka-sangka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, memang tak jangka akan dapat lagi bantuan sebegini...

      Delete
  6. abe kie x dpt sbb combined income dgn isteri melebihi rm8K.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke, takpe Abam Kie, mungkin bukan rezeki kita, rezeki orang lain..

      Delete
  7. Replies
    1. Yaaa, moga Abah sihat selalu kann..boleh jaga rakyatnya..

      Delete
  8. ammi nak apply jugalah..yg haritu tak dapat pun sbb husband ammi yg apply dan nama dia menunjukkan ada syarikat (walaupun cuma biz yg suam2 je)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.