NAK INCOME LEBIH, KENALAH USAHA LEBIH

NAK INCOME LEBIH, KENALAH USAHA LEBIH | SEBAGAI blogger, memang inilah salah satu perkara yang memang semua fikirkan. Sebab ada antara kita yang memang mencari income dengan menulis blog. Kecualilah kalau kita menulis blog hanya sebagai suka-suka, hanya minat nak menulis dan sesambil tu mencari income tepi. So tak payah lerr fikir seperti tajuk di atas. 

Tapi bagi mereka yang memang mencari income lebih, kenalah usaha lebih. Usaha pun kena usaha sendiri, jangan tunggu macam buah durian jatuh pulak, semata semua dah kena ada depan mata, baru nak gerak.. ewahhhh manyak cantikkkk... 

Sekarang ni banyak cabang dan 'lobang' yang ada kalau korang rajin dan usaha lebih. Maksudnya survey dan belek sana sini group wahtsapp, page-page facebook dan juga status kengkawan yang mencari blogger/influencer untuk sesuatu job. Tak kisahlah kan job berbayar ke tidak, terpulang pada diri memasing samaada nak terima atau tidak. 

Kalau taknak, kau tag laa kengkawan yang kau rasa mereka nak buat. Jangan lokek nak 'makan sendiri' jerr.. ada yang jenis gitu gakkkk.. bila di tanya mana dapat job tu semua, senyap... padahal kawan yang memberi atau tawarkan job tu masih mencari blogger/influencer lain lagi. Kenapa? takut terancam? Kalau rasa kerja kita bagus, buat apa nak takut.. PR/founder sekarang bijak memilih, kalau mereka tengok hasil kerja kau bagus, so inshaallah kau dapatlah job tu berkali-kali.. 

Nak Income Lebih, Kenalah Usaha Lebih

Lain laa memang kau rasa kerja kau cincai-cincai jerr dari orang lain, memang laa kau apply soploh kali job pun, takde sapa nak beri kau job... lepas tu kau jeles pulak dengan kengkawan lain yang dapat job tu. Kerja kita, sepatutnya kita tau macam mana hasil kerja kita, kalau kita rasa kita memang tak boleh beri komitmen macam mana PR/founder tu nak, so better tak payah laa apply, jadi 'annoying' orang je kang kalau kerja kita lambat dan tak menepati syarat. 

Sis memang banyak buat gitu.. walau rasa blog Sis dah cukup syarat ke apa ke, tapi kalau rasa memang tak boleh nak buat, atau ada yang lebih layak, Sis lepaskan jer, tak payah nak pening kepala.. memang rezeki memasing, tapi still rasa Sis dan blog Sis belum cukup bagus untuk terima job tu, dan sebenarnya malas nak terkejar-kejar jadual masa.. sebab Sis menulis blog pun sekadar minat dan mencari income tepi jerr. 

Dengan adanya google adsense tu pun dah syukur dah.. punn kena usaha lebih kalau nak duitnya bertambah-tambah.. bukan semata apply, pasang iklan then biar jerr.. tapi lagi banyak dan rajin kita update blog, bertambah banyak duit adsense tu naik.. tak caya yerr cuba.. tu Sis kata, nak income lebih, kenalah usaha lebih. 

Lagi satu kalau kita berada dalam satu group/team.. tak semua ahli dalam team tu akan beri kita job selalu atau kita mengharapkan ketua/ahli team kita tu beri/carikan kita job, ohh tidakkkk... tu terpulang rezeki laaa.. kalau ada PR contact, yerr ada, kalau takde? Kita kena usaha sendiri.. bukan ke blog kita tu atas nama kita, so usahalah... kita janganlah salahkan team/ahli kita pulak job makan sendiri.. then kita left group, bila dah gerak sengsorang, haaaa pandai pulak cari job yerkkkkkk.. hahahahaha.. 

Yang sering jadi masaalah blogger, terlalu fikir pageviews blog tu.. iyerrr memang ianya memainkan peranan juga dalam apply job, tapi pageviews tu sama juga laaa macam mana kita usaha cari income. Lagi banyak kita usaha (update blog), akan banyaklah pageviews tu naik.. kalau dah tak update 3 hingga 4, 5 hari.... pageviews apa nak naikkk per-day??? per-month? jangan harap laa nak naikk.. kecuali ada posting 'killer' yang memang selalu orang views, haaa tu memang pageviews kita naik manjang, walau tak update.. 

So janganlah kata 'siapalah kita ni, blogger sendu jer'.. tidakkkk.. pokok pangkalnyaaa.. usaha, lain orang lain caranya..blog pun sama, blog dia yer blog dia, blog kita, blog kita...  tapi kalau memang korang nak cari income lebih, kenalah usaha lebih.. 

Sis tulis bukan kata pandai sangat bab ni, padahal takde pun banyak buat review ekkk... hahahaha tidakkk.. Sis sendiri banyak menolak review, sebab memang taknak buat, dan taknak terikat dengan masa.. mana yang Sis rasa Sis boleh buat, yerr Sis amik dan buat.. kalau tak.. tu rezeki orang lain laa.. lagi kalau review kena buat video dan selfie, memang awal-awal Sis menolak hahahaha...

Paling-paling tidak sekarang, Sis hanya fokus pada income google adsense, walau tak seberapa banyak pun, janji ado.. dan juga job di intellifluence dan juga job dari influenyou .. tu jer laaa, so far alhamdulilah.. bulan-bulan tu adalah laa juga 'duit jajan' sendiri dengan ketak ketik papan keyboard jerr hehehehe.. 
Nak Income Lebih, Kenalah Usaha Lebih

Korang pun apa kurang hebatnya, blogger-blogger yang Sis kenal semuanya hebat-hebat belaka wooo.. banyak dapat job dan hasil kerja mereka tip-top... ada yang buat kerja diam-diam jerr, tau-tau income sebulan, wowwww menakjubkan.. kagum betul dengan usaha mereka.. 

Apa-apa pun berbalik pada niat.. kalau korang rasa menulis hanya sekadar minat, so janganlah di kisahkan benda-benda remeh macam pageviews turun ke, bounce rate naik ke, backlinks banyak error ker, itu laa, ini laa.. wat relax-relax sudah...

Tapi kalau korang buat dan menulis blog ni memang untuk mencari income, so semua benda tu kenalah korang risaukan... carilah jalan dan banyakkan membaca macam mana nak settlekan semua tu, dan usahalah lebih untuk dapatkan income lebih.. jangan harap pada orang/group semata jerrr.. 

Okaylah... sekian bebelan pagi Khamis Sis.. maaf jika ada terasa hati ke dengan penulisan ini.. ini hanya sekadar luahan apa yang Sis lihat sekarang ni jerr.. but, kenapa nak terasa ek? Hahahahaha.. Jom sarapan jejemput, naik keras jejemput i okay... 


P/S: Sudah tiba masanya harini.. yehaaaa... Ya Allah Engkau permudahkan semuanya.. aamiinnn..

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wow hebat lah sis. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, berkat tunjuk ajar Kid juga...

      Delete
  2. yelah rezeki masing-masing..
    nak lebih usah lebih.. jangan dengki jangan iri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi, saling bersaing sihat semua kita, barulah rezeki tu masyukkkk

      Delete
  3. Ya.. rezeki depends on usaha... Keeep it up! Saya tak terasa, sebab saya sedar usaha tahap mana.. haahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nona, sendiri tak usaha tapi nak ada jerr, mana nak datang rezekinya...

      Delete
  4. Setuju tu kena usaha lebih kalau nak lebih.
    By the way entry ini NA to Mrs. A yang menulis sekadar suka-suka gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mrs A, kita kena usaha, kalau ada rezeki lebih, dapatlah dari orang lain, jika tidak, kenalah fikir macam mana nak tambah rezekinya..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment