LILIN WANGI IKEA AKU JADIKAN GOODIES PERKAHWINAN ANAK

LILIN WANGI IKEA AKU JADIKAN GOODIES PERKAHWINAN ANAK | BARU ni ada seorang kawan PM bertanya, 'Kat mana Sis beli lilin goodies kawin anak tu?'.. Ooo ada juga ya yang berkenan dengan lilin tu. Tapi ingatkan ke kawan tu perasan ke tu lilin Ikea, sebab bawah cawan lilin tu ada tulis cop Ikea. Mungkin dia tak belek hehehehe..

Yaa Sis bagitau laa kat kawan tu, goodies perkahwinan anak Sis tu, Sis beli lilin dari Ikea. Bila dah bagitau dia, barulah dia perasan tu lilin Ikea hehehehe.. sebab katanya selalu beli lilin Ikea, cuma tak terfikir pulak lilin tu yang Sis jadikan goodies .. 

Idea buat goodies untuk perkahwinan anak Sis ni datang dari idea Sis sendiri. Masa tu anak-anak dan Suami tak setuju gak, then lama kelamaan, Suami ajak anak-anak pi Ikea nengok lilinnya, entah macam mana, bila tengok lilin tu, Sis bincang nak buat macam mana, tampal sticker, then masuk bag goodies semua, Suami dan anak-anak setuju pulak. 

Lilin Wangi IKEA Aku Jadikan Goodies Perkahwinan Anak Aku

Lilin Wangi IKEA Aku Jadikan Goodies Perkahwinan Anak Aku

Kalau lilin wangi Ikea ni memang banyak stock, bagitaulah staff dia kita nak berapa banyak, mereka akan uruskaan dan tanya kita, samaada kita nak bawa sendiri balik atau mereka hantarkan, tapi ada caj yang mereka kenakan ikut jarak KM. 

Macam Sis, masa tu Sis beli dalam kuantiti yang banyak, hampir lebih 800 bekas lilin tu. Bekas lilin tu pulak kaca. Mula Suami kata, kita angkat je laa sendiri, kebetulan masa tu bawak Ranger kami. Tapi fikir punya fikir, kitaorang pun takde bawa bubble wrap macamtu, so minta aja laa Ikea hantarkan. 

[Baca Juga] : 
Untuk penghantaran kena ikut jadual Ikea. Macam Sis haritu 4 hari selepas pembelian, dan kos penghantarannya RM45 tak silap. Dan mereka akan hantar berbalut dengan bubble wrap gitu, so memang takkan pecah laa.. 

Lilin Wangi IKEA Aku Jadikan Goodies Perkahwinan Anak Aku

Lilin wangi Ikea ni ada 4 warna yang masa Sis beli tu. Pink, Merah, Putih dan Hijau. Semua lain-lain bau, yang paling wangi color merah tu, ala-ala strawberry gitu baunya.. dan dia ada bekas penutup plastik di atasnya. Di tepi cawan kacanya ada sticker, yang tu kami buang dan tampal sticker sendiri. 

Tu yang bila sampai semua lilin wangi Ikea ke rumah, berminggu-minggu kemain wangi satu rumah, dah tak payah guna pewangi dah hehehehe.. 

Masa nak packing jadi goodies pun ikutlah kreativiti korang sendiri nak buat macam mana. Macam anak Sis, mereka tempah sticker dan tampal di cawan kaca lilin tu. Dan atasnya pula di biarkan aja penutup plastiknya, kemudian lilin tu kami balut masukkan dalam kain lace net dan ikat. 

Mula tu macam-macam gak fikir nak buat macam mana.. last-last idea masuk dalam kain lace net tu ajer yang semua setuju hahahahah.. 

Lilin Wangi IKEA Aku Jadikan Goodies Perkahwinan Anak Aku

Lepas tu lilin Ikea tu Sis masukkan dalam paper bag lutsinar beserta dengan goodies-goodies yang lain (tuala dan telur pindang). Yaa itu untuk goddies tetamu dewasa/remaja.. Untuk kekanak, Sis berikan Coton Candy tu haaa.. tu pun ikea anak-anak. 

Ikutkan plan asal, goodies tu hanya lilin dan telur pindang aja untuk tetamu, tapi Suami yang menambah idea nak beri tuala dalam goodies juga, rezeki tetamu laa kan... alhamdulilah baki goodies selepas habis majlis hanya 28 bag jee lebihnya, nasib baik laaa cukup. Selebihnya beri pada jiran-jiran yang kirim tak dapat datang ke majlis, alhamdulilah.. 

Berapa harga lilin wangi Ikea tu? 

Sebekas harganya masa Sis beli RM5.90 untuk saiz 7.5cm cawannya. sebab ada lagi besar, tapi besar lagi lerr harganya hahahaha .. tapi kan, terbaru ni Ikea ada keluarkan lilin wangi dia dalam pakaging cawan kaca yang kecik tapi cantikkkk.. Sis dah tengok dah haritu.. ada rezeki buat majlis lagi, nak beli yang saiz tu pulak hehehehe.. 

So korang, kalau takde idea nak buat goodies, boleh laa gunapakai idea Sis ni yaa.. 


P/S: Rindu pulak suasana kemeriahan merewang time majlis perkahwinan anak.. 

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sy mmg suka lilin ikea ni..kat umah mmg byk hehe dulu2 suka time berendam dlm bathtub pasang lilin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis sampai sekarang memang pasang lilin Ikeanya Min.. suka baunya...

      Delete
  2. Aku mahu lilin wangi. Aku mahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jangan guna dua kali Aku tu yaaa :p

      Delete
  3. Seronok yang menerima nanti :)

    ReplyDelete
  4. Kita dapat warna pink, dah bakar pun lililinnya. Dua2 pulak tu warna pink. Tapi, kat rumah ni mmg byk lilin ikea, merah tu pun ada, putih ada. Hijau takde, kenapa tah tak minat nak beli kaler hijau, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pink tu kurang sikit baunya, warna merah tu kuat giler bau.. Hijau pun sedap gak Kak...

      Delete
  5. Wahh,bestnya dapat hadiah lilin untuk org. Nak cuba jugak la utk majlis adik ipar. Bagi idea je la. xtau bakal pengantin setuju ke idok. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Aien, walau modalnya agak kasar tapi puashati...

      Delete
  6. ha tunggu kawen kakak dan amat plak lepas ni hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha doakan tau... nanti kita hantar kad hahahaha

      Delete
  7. jauh lagi nak menantu... tapi macam dah tergedik sangat nak gi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli simpan buat koleksi, takut akan datang dah takde jual hahahaha

      Delete
  8. Wow.. nanti nak try la beli lain kaler gak.. Sesekali melilin kat rumah ni..Dulu selalu beli sebab sekolah rajin blackout...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli semua color Non.. tapi merah tu wangi...

      Delete
  9. Nak try jugalah lilin ikea ni.. kot kot boleh wangi dalam bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah OM, ada baru saiz kecik jerr.. pun wangi..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment