DRAMA TARIK AKU KE SYURGA JADI PERHATIAN AKU

DRAMA TARIK AKU KE SYURGA JADI PERHATIAN AKU | SELEPAS habis ajer kisah drama 7 Hari Mencintaiku 3 baru ni, agak lama laa Sis tak layan drama. Puaslah duk bukak tv duduk tengok drama yang tengah bersiaran jam 7pm atau pun jam 10pm di TV3 tu, tapi entah, tak masuk pulak dalam jiwa Sis ni hahahaha.. macam tak boleh fokus, hurmm.. 

Yang Sis tengah layan tengok cuma satu jer drama sekarang, drama Dendam Seorang Isteri, yang tu pehhhh punyalah panjang episod dia weiiii... kalau tertinggal tengok episod, memang kena marathon laa gamaknyaaa.. tak silap drama Dendam Seorang Isteri tu ada 80 episod.. now baru 68 kot yang latest Sis tengok.. bermacam kisah kehidupan dalam rumah tangga drama tu, ermmm korang tengok tak?..

Dan terkini dan Sis rasa nak nengok, bermula malam ini 23 Jun jam 10 malam di TV3, adalah drama Tarik Aku Ke Syurga ni. Dia punya jalan cerita dan juga pelakon hero dia yang buat Sis nak tengok hehehe.. yaa pelakonnya ada Zul_ariffin. 

Sebab kalau Zul_ariffin yang berlakon, mesti dramanya ala-ala romantik dan kelakar juga sikit.. gaya muka bersahaja Zul_ariffin tu Sis suka betul nengok.. tak macam orang berlakon, macam real jerr kan.. agak kalau ada Bini, camtu ke yaa dia bercakap? Ke dalam lakonan semata jerr hahahaha.. 

So kita tunggulah malam ni episod 1, drama Tarik Aku Ke Syurga bermula malam ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 !.. 


Drama Tarik Aku Ke Syurga diadaptasi dari novel Tarik Daku ke Syurga di TV3. Tajuknya diubah sedikit sahaja iaitu Tarik Aku ke Syurga. Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin dan Nelissa Nizam. Zul Ariffin membawakan watak Dr. Zamri yang kontroversi. Nelissa Nizam membawakan watak Zara.

Drama Tarik Aku Ke Syurga 28 episod dan terbitan Creative Skill Solutions. Drama 28 episod ini di tayangkan di slot Samarinda TV3. Drama Tarik Aku Ke Syurga akan menggantikan drama Kerana Aku Isteri Bidaan di slot Samarinda TV3. 

Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Disebabkan suatu rahsia yang terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita.

STOP... tak boleh pepanjang sangat sinopsis, kang potong stim nak layan drama hahahahaha.. 

Watak Pelakon Tarik Aku Ke Syurga:
  • Zul Ariffin sebagai Zamri
  • Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
  • Esma Daniel sebagai Dato Azman
  • Lisdawati sebagai Hajah Raudah 
  • Ayra Messi sebagai Julia
  • Izzendra sebagai Natasha

Selamat menonton.. 


P/S: Tengok drama ni okay jer, yang positif kita jadikan tauladan, yang negatif tu kita anggap je lakonan semata... kann.. 

10 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Waaah, zul aripin jadi dr zamri

    ReplyDelete
  2. Kita tak layan dah sis drama melayu hahahah. Sakit hati bila menengoknya.. Baik saya layan netflix or kdrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis drama ni baru nak layan, suka tengok lakonan Zul Ariffin tu...

      Delete
  3. sekarang ni petang2 saya suka melayan drama filipina kat tv3, dah penat nak follow drama dendam isteri tu..kalau malam tak rajin nak tengok tv..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kadang Sis tertengok gak Tiara hehehe.. kalau drama Melayu suka tengok pelakonnya aja hahahah

      Delete
  4. Jangan goda Lin..🤣
    Saya ni dulu takdan nak layan drama.Dah tua2 ni terjebak drama" 7 Hari...."
    Ni macam menarik ni
    Nak tengok macamana Zul Ariffin tak tertarik dengan pompuan🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha marilah sama nengok MamaCella.. ada abang Zul hahahaha

      Delete
  5. Saya layannn selang selang Dendam Seorang Isteri tuu.. hahaha.. Nanti kejap kejap tgk.. ooo. dia dah rampas suaminya.. oh.. dia dh baik ngn suaminya . oh . menyamar.. ha gitu. ahahahah.. semalam tgk sikit cite zul aripin.. bce sinopsi.. ala.. mcm cliche je.. tapi nanti tgk la.. selang selang tgk. ahahahah.. Tgk awal.. tengaah, last je biasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang Non episod dia, tak habis-habis.. jenuhhh hahahahaha..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment