ANAK MINTA MASAKKAN LEMAK CILI API IKAN KURAU ASIN

ANAK MINTA MASAKKAN LEMAK CILI API IKAN KURAU ASIN | AGAK lama memang tak masak ikan kurau macamni, kebiasaannya pun kalau masak, Sis akan masak Ikan Kurau Sambal Cili Api jer, tapi tiba-tiba anak Sis,Yana minta masakkan Lemak Cili Api Ikan Kurau Asin pulak.. ermmm biasa laa kalau orang mengandung ni, tekak nak makan memacakm tetiberr..

Nasiblah Sis ni masih kuat dan sihat nak melayan tekak anak, bimbang juga kalau diri ni tak sihat, terlantar ke, macam mana laaa nak penuhi kehendak anak, Allahuakbar... terima kasih Tuhan untuk kesihatan dan kekuatan diri ini sehingga harini, moga Engkau kuatkan aku untuk sihat di hati-hari mendatang melihat anak dan cucu-cucu membesar, aamiinn.. 

Dan kebetulan anak Sis yang Sulung pun balik JB, makanya memang teruja laaa Sis ke kedai membeli barang dan bahan untuk memasak lauk-lauk kegemaran anak-anak dan Suami. 

Anak Mintan Masakkan Lemak Cili Api Ikan Kurau Asin

Tapi yang penting lauk lemak cili api ikan kurau asin menjadi kemestian. Cumanya agak terkilan juga, pergi kedai Acheh, takde pulak jenis ikan kurau tulang yang besar-besar tu, yang ada tulang kecik-kecik dan juga isi ikan kurau. Dia kalau dapat masak, tulang kurau besar tu lagi sedap. 

Suami kata pergilah Econsave sana cari, tapi sebab masa Sis kedai tu hujan turun lebat, so jadi malas nak ke tempat lain, kita masak jer laa apa ada, janji dapat tunaikan permintaan Mak Yong hehehehe..


Mula Sis tanya juga anak, kotlah okay ke tak makan pedas, kang letak cili api bebanyak kang, kepedasan sangat takut sakit perut pulak.. then anak kata, boleh pedas, tapi sederhana.. makanya Sis guna ajer laa lada cili padi dan juga lada merah untuk bahan blendernya. Ikut tekak Maknya, mau segenggam cili hijau Maknya letak hahahahaha..

Anak Mintan Masakkan Lemak Cili Api Ikan Kurau Asin

Masa ke kedai tu jumpa pulak nanas cantikk, so Sis belilah sebiji dan masukkan ke dalam lemak cili api ikan kurau asin tu, tu yang membuatkan rasa kuahnya kemain mendapat pujian anak-anak dan menantu.. sedap gilerrrr.. rasa asin ikan dan masam-masam nanas tu, perghhhh makan berladong kuah sepinggan hahahaha.. 

Happy Sis nengok anak makan berselera betul.. Yerr sejak-sejak Sis risau tengok keadaan anak Sis,Yana tu, morning sickness dia dah tak kira pagi ke petang ke malam ke, asal makan jerrr muntah, asal muntah jerr lepas makan.. sian nengokkk..dah tak tau nak buat apa dah..


Tapi alhamdulilah laaa, bila dia makan masakan Sis, nampak elok jerr.. takde laa automatik terus munta macam biasa kata menantu.. mungkin nak airtangan Maknya agaknya.. lepas ni Mak kena masak resepi dan menu sedap-sedap laa yaaa ... 

Untuk menu Kakaknya, anak bujang dan Suami, Sis masakkan Ayam Semur kesukaannya, memang masak sekor laa kalau masak semur tu.. biar puas memasing makan.. alhamdulilah, licin semua lauk dalam sehari tu, takde yang lebihnya untuk di simpan hehehehe.. 

Moga anak Sis,Yana bertambah sihat dan sihat selalu... 


P/S: Korang ada petua ke untuk hilangkan muntah untuk perempuan hamil? Sis takde pengalaman muntah-muntah macam anak tu huhuhu.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya masakan macam ni. Kalau tak nak pedas sgt, guna cili api hijau biasa tu jer, jgn cili api kampung, mau meraung letak segenggam, haha.

    Kita dulu takde morning sickness tapi evening sickness. Tak ada petua, hilang sendiri masuk trimester kedua. Take care, Yana, insyaAllah, baik2 saja nanti tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili hijau takde Kak, tu yang guna cili padi merah campur lada merah basah... nasib tak pedas sangat...
      Sian Kak nengok Yana, lembikk melepekkk dia...

      Delete
  2. uis..sedapnya bertambah nasi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, makan dengan sambal petai Yatie Kitchen perghhhh

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment