DAGING MASAK LEMAK CILI API NANAS YANG SANGAT SEDAP!


DAGING MASAK LEMAK CILI API NANAS YANG SANGAT SEDAP! | Yaa sedap sangat laaa Ayyom! Alhamdulilah sedap tu keluar dari mulut adik-adik dan anak saudara Sis yang bertandang bermalam di rumah sejak dari hari Jumaat hingga ke semalam (Ahad) di rumah Sis. Syukur jugalah dapat berkumpul sebelum PKPB ni, kira macam tau-tau aje kami semua akan berkurung dirumah. 

Sebenarnya dari minggu lepas lagi adik-adik dah bertandang bermalam di rumah. Kira dah 2 minggu berturutlah kami berkumpul sama, walaupun tetap juga tak cukup semuanya ada, at least anak-anak sedara semua ada dan mereka gembira bila semua berjumpa. 

Tapi tu laaa, bila ada riuh sekampung, bila takde sunyi pulak rumah ni. Ye laaa Sis dah biasa rumah senyap sepi, bila ramai gitu, mau tak riuh. Ada masa tu rimas dan kekok, tapi bila dah mula Sis masak, dan menjamu makan, then makanan semua licin, waaa suka sangat!! Biasa masak takde orang nak makan. Tapi bila semua ada, macam-macam benda Sis nak buat dan masak! Suka sangat!.

Dan harini Sis kongsikan antara menu yang Sis masak ketika adik-beradik Sis bertandang bermalam di rumah Sis baru-baru ni. Kami sempatlah buat bbq pada hari Sabtu malam tu, kemudian Sis masak Daging Masak Lemak Cili Api Nanas ni, juga lauk lain seperti, Kacang Panjang Goreng Belacan, Rendang Hati Lembu juga. Dan tak sangka semua menu tu menjadi kesukaan semua. Sedap tekak tengok mereka makan dengan penuh keriangan hahahaha. 

Nak resepi? Sis follow resepi Azie Kitchen aje sonang, cuma Sis guna daun kunyit dan Sis letak nanas dan juga ubi kentang. Alaa ikut kreativiti memasing ler nak kasi bahan tambahan dalam menu tu. Ye dakk.. 

Resepi asal di blog Azie Kitchen. 

Daging Masak Lemak Cili Api Nanas Yang Sangat Sedap

Resepi Daging Masak Lemak Cili Api Nanas 

Bahan bahan:
1/2 Kg daging - potong
1 Keping asam keping
2 Helai daun kunyit *di hiris
Setengah biji nanas
2 Biji ubi kentang
Garam
Serbuk Perasa

Bahan kisar :
10 - 15 tangkai cili padi - ikut pedas memasing
1/2 Inci halia
3 - 4 hiris lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
Santan secukupnya *Sis guna sekotak santan Ayam Brand

Daging Masak Lemak Cili Api Nanas Yang Sangat Sedap

Cara cara Memasaknya :
  • Kisar kesemua bahan kisar bersama santan. 
  • Jika sukakan kuah yang berwarna sedikit kemerahan, boleh tambahkan sedikit cili kering kisar atau cili merah.
  • Masukkan sedikit sahaja minyak dan panaskan sehingga betul betul panas dengan api perlahan. 
  • Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga mendidih. 
  • Masukkan daging dan air secukupnya (Daging perlu direbuskan dahulu biar empuk). Air rebusan daging digunakan semasa mengisar bahan kisar. 
  • Kemudian masukkan nanas dan juga ubi kentang (tak letak pun tak apa)
  • Masukkan garam, asam keping dan daun kunyit. 
  • Masukkan baki santan dan masak sehingga pekat sesuai dengan kepekatan yang korang suka. 
  • Siap dihidang. 
Selamat mencubanya. 

Pstt nak bagitau ni, rasa dia memang sedap, sebab ada rasa pedas, masam dan lemak-lemak gitu, arghhhh sedapnyaa laaa.. 


P/S: Rasanya kalau daging tu di salai dulu pun sedap, dah jadi daging salai lemak cili api hehehehe..

6 comments:

  1. ehhhh nasib aku baca PS sebab tadi aku terus ingat daging salai..rupanya belum salai lagi..masih dara...

    ReplyDelete
  2. selalu udang or ikan saja.. tapi daging masak cili api tak pernah rasa lagi.. tempting nyaaa

    ReplyDelete
  3. Aduh stok daging baru habis. Yang ada paru. Ni tak pasal-pasal daging ganti dengan paru masak lemak cili api sebab dah terliur punya pasal. Ya Allah.

    ReplyDelete
  4. Wah, idea baharu ni. Tidak pernah lagi saya mencuba daging digandingkan dengan nanas.. Lagipun nanas kan meencepatkan lagi daging empuk. Bagus ni. Terima kasih idea

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Kalau orang lain puji sedap, bertambah semangat nak masak.

    ReplyDelete
  6. Saya sukaaa menu ni, aduh, daging salai disebutnyaaaa...terliur behtullahhhhhh!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.