4 STIK TERBAIK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN MEWAH DI RUMAH


4 STIK TERBAIK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN MEWAH DI RUMAH | Bila perlu duduk di rumah sentiasa berbanding dulu untuk keselamatan diri dalam usaha negara untuk memutuskan penularan COVID-19 ini, hari demi hari asyik makan saja. Bila hari rajin itu ini ingin di masak dan bila hari tidak rajin mulalah fikir menu apa yang patut di order.

Bagusnya, melalui pesanan atas talian (online) ini, ada bermacam jenis makanan yang boleh dinikmati. Antaranya menu makanan melayu asli tempatan, menu makanan cina, makanan barat dan banyak lagi. Untuk menu makanan barat ini contohnya, ada pelbagai jenis pilihan makanan seperti pizza, burger, chicken chop, stik dan banyak lagi. 

Bila sebut tentang stik, ada beberapa tempat makan untuk menu stik ini yang sangat sedap dan best. Empat daripadanya adalah :  

1. Stiq

4 Stik Terbaik Untuk Dijadikan Santapan Mewah di Rumah

Restoran Stiq agak lain daripada yang lain kerana ia menggunakan teknik masakan mewah “sous vide” bagi menghasilkan pelbagai menu yang ditawarkan. Dan cara masakan sebegini boleh dianggap setaraf dengan hidangan yang di masak di restoran mewah bertaraf 5 bintang. 

Disebabkan rasanya yang mewah ini, ramai pelanggan baru dan lama kembali untuk menjamu selera di sini. Manakan tidak, rasanya sangat sedap seperti makan di restoran mewah dan restoran hotel tetapi harga yang ditawarkan di Stiq ini ternyata lebih murah dan berbaloi. 

4 Stik Terbaik Untuk Dijadikan Santapan Mewah di Rumah

Di Stiq, stik yang disajikan adalah dari daging lembu berkualiti tinggi yang segar. Rasanya benar-benar sedap dengan perapan bahan terpilih berserta dengan kaedah masak bersama sos bbq selama 22 jam. Setiap set menu yang dipesan turut disajikan bersama dengan bawang karamel, kentang bakar dan juga salad sebagai pelengkap hidangan. Ohya, turut ada air yang disajikan bersama setiap set secara percuma! 

Alamat: Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

2. Station 21

Selain Stiq, antara restoran makanan barat lain yang turut mendapat perhatian ramai adalah Station 21. Restoran 21 ini turut menyajikan hidangan ala mewah dengan tahap rasa yang bagus. Salah seorang yang telah menjadi pelanggan setia restoran ini sejak sekian lama adalah Datuk Ramli Sarip. 

Restoran ini jika tidak salah telah di buka sejak 20 tahun yang lalu dan rata-rata mengatakan bahawa rasa makanan barat di sini kekal sama sejak awal pembukaan hingga kini. 

4 Stik Terbaik Untuk Dijadikan Santapan Mewah di Rumah

Antara makanan yang paling mendapat tempat di hati pelanggan adalah stik. Stik di sini memang lembut, empuk dan berjus. Sekali makan pasti akan teringat-ingat. Kuah black pepper yang dibuat menggunakan resepi khas mereka turut disajikan bersama stik tersebut dan ternyata ianya benar-benar berjaya menaikkan rasa daging.  Masakan lain seperti lamb chop, spaghetti creamy seafood dan chicken juga ada untuk dinikmati.

Alamat: Medan Selera dalam kawasan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Telawi, Bangsar

3. Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)

Restoran Kaw’d (sebutannya adalah “caught”) merupakan sebuah restoran bergaya hipster yang mengikut trend semasa. Ianya terletak di Ampang Waterfront dan kawasan ini sememangnya sangat sesuai untuk disinggah bersama rakan atau ahli keluarga. 

4 Stik Terbaik Untuk Dijadikan Santapan Mewah di Rumah

Sajiannya juga sangat enak dengan gaya persembahan makanan yang menarik. Patutlah restoran ini sering dikunjungi sama ada sekadar untuk makan-makan mahupun untuk menyambut sesuatu hari istimewa bersama yang tersayang. 

Antara menu yang dihidangkan di sini adalah seperti Coffee & Dessert, Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food dan banyak lagi. Harganya juga sangat berpatutan dan berbaloi. 

Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor

4. Fiske Steakhouse

Cadangan restoran yang menyajikan makanan barat tahap mewah dengan harga yang amat berbaloi adalah Fiske Steakhouse. Bezanya Fiske Steakhouse ini dengan restoran makanan barat yang lain, di sini turut menawarkan pelbagai makanan melayu asli seperti asam pedas dan sate. Hidangan barat yang ditawarkan pula adalah seperti chicken chop dan spaghetti bolognese. 

4 Stik Terbaik Untuk Dijadikan Santapan Mewah di Rumah

Tidak hanya itu, pelbagai jenis kek sebagai pencuci mulut turut ada di sini. Kiranya Fiske Steakhouse ini menawarkan menu yang lengkap dari main dish hingga ke dessert. Sekali makan pasti akan kenyang sampai tersandar. Rasanya juga telah mendapat pujian dan buktinya restoran ini mempunyai pelanggan setia yang ramai sama seperti restoran-restoran lain di atas. 

Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Boleh Juga Makan Stik Dirumah Sebagai Santapan Mewah Bersama Keluarga 

Buat masa ini, jika terasa nak makan menu yang susah atau remeh untuk dimasak di rumah, boleh terus buat pesanan secara atas talian. Salah satu pihak yang ada menyediakan servis pesanan atas talian berserta dengan western food delivery secara terus sehingga ke pintu rumah, tak lain dan tak bukan adalah Foodpanda. 

4 Stik Terbaik Untuk Dijadikan Santapan Mewah di Rumah

Dengan Foodpanda, ada pelbagai pilihan makanan barat termasuk stik ini. Tiap satu daripadanya ada keistimewaan masing-masing. Yang penting, sebelum buat pesanan, pastikan di baca semua info mengenai restoran dan makanan tersebut supaya tidak tersalah membuat pesanan antara daging yang halal dan juga non-halal. 


P/S: Hehehehe kebetulan, baru je order Foodpanda gak ni lalalalala... 

10 comments:

  1. Akak pernah makan stiq di Station 21, sedap.. Alhamdulillah. Cuam tempatnya dalam kawasan masjid, jadi ada rasa pelik sikit la menjamu selera dalam kawasan masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke kak? Acaner ngupe makan dalam kawasan masjid ek... ermmmm

      Delete
  2. SA adalah pencinta Steak...memang entry ni buat SA geram jer la...dah la PKPB ni jarang SA makan steak kat luar...teringin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis, pantang nampak ada menunya, kadang kalau pergi family, memang Sis makan steak, kasi paw Laki bayo hahahaha

      Delete
  3. setakat ni belum pernah lagi order stik dekat foodpanda..nanti bakal dicuba jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah Sunn..area uma aku ni ada, so far dia bungkus elok je dalam tupperware tu dan panas..

      Delete
  4. Nampak menyelerakan betul. Dah tengahari ni mulalah perut rasa lapar. lagi pulak tengok hidangan sedap ni depan mata. bertambah lapar. aduhaiiii..nak kena masak dulu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat! Sampai esoknya Sis pun order hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.