ALHAMDULILAH, LUKA TONSIL DAH SEMAKIN BAIK


ALHAMDULILAH, LUKA TONSIL DAH SEMAKIN BAIK | Tapi... lelangit ni juga yang masih rasa sakit dan tak selesa. Ermm.. tak tau laa kenapa, atau memang dia akan sembuh makan masa. kalau Tonsil tu, now dah semakin baik, makan pun dah okay nak telan dah takde rasa sakit dah, cuma bila selepas makan, lelangit tu plak rasa tak selesa, lagi kalau makan pedas ke atau panas, adeiii..

Setelah hampir 2 bulan selepas pembedahan tonsil tu, memang ramai yang bertanya, 'Dah okay ke tonsil tu?'... terima kasih banyak-banyak buat mereka yang sentiasa amik berat kesihatan Sis. Ye laa mungkin mereka dah nampak Sis pergi food review sana sini kan, so mestilah semua tertanya, dah okay ke belum.

Setakat harini alhamdulilah, semakin membaik, dengkur pun banyak berkurang, hampir 70% hilang dengkur. Kenapa tak 100%? Sebab Sis tak buat lagi pembedahan hidung tu. Jika Sis buat kedua-duanya kemungkinan besar dengkur tu hilang 100% tapi..... kenalah turunkan berat badan sikit, itu salah faktor juga datangnya dengkur. 

Korang yang rasa nak tau tahap kedengkuran korang, atau korang nak tau korang ni ada anemia atau tidak, korang boleh test dengan mesin Sleep Test seperti yang Sis pernah buat sebelum Sis lakukan pembedahan. Tapi yang ini kos di tanggung sendiri tau. Insuran tak cover okay. Samaada korang nak buat dihospital ketika korang tengah warded ataupun korang boleh buat di rumah juga. 

Sis ada kongsikan nombor contact pakar yang buat Sleep Test tu dalam posting Sis, kalau korang di Johor boleh hubunginya. 

Alhamdulilah, Luka Tonsil Dah Semakin Baik

Nampak nau dah sihat kann, sampai dah boleh buat aksi lompat pagar tu hahahaha

Nasihat Sis, kalau korang rasa dengkuran korang kuat, kerap demam, sakit tekak, dan tidur selalu sesak nafas, eloklah korang pi check-up, kemungkinan ianya di sebabkan oleh Tonsil. Jangan biarkan ya, tonsil ni boleh membawa maut jika tak di rawat ya..so take a noted. 

Nak takut apanya, masa operation ko tak sedar, dia bius tidur terus, cuma jujurnya satu jee, memang sakit woii selepas pembedahan, Sis sendiri tak tahan nak menahan sakitnya, lagi kalau nak makan dan minum..mampu telan dalam keterpaksaan aje tau..ni cite benar, bukan menakutkan korang huhuhu..

Kalaulah tau sakit macam ni, kalau ditanya sebelum tu, nak operate atau tidak, memang Sis jawab taknak hahahahaha... fobia rasanyaa.. tapi atas faktor kesihatan dan bebelan Suami, Sis serah diri aje ke hospital untuk di rawat.. Alhamdulilah, Allah tu beri kekuatan untuk Sis lawan kesakitan tu. Now feeling better! ..

Jangan takut, tapi kena takut jika berlaku sesak nafas ke dalam tidur, haaa tu lagi parah! Silap-silap bukan senyap dengkuran ko, engko yang lenyap! Hahahaha ..so eloklah berjumpa pakar, minta nasihat, dan ikut nasihat Doktor. Ada juga yang tonsil tak perlu buang, so tak perlu takut. Tak semua kes sama macam Sis okay. 

Okaylah, Sis nak bersiap nak ke dobi sat, hujan masih turun, tapi kena pergi juga, nak cuci cadar dan selimut-selimut semua, nanti adik-adik dan anak saudara datang, nak guna pakai senang, dah siap cuci semua. Kita kasi wangi-wangi..

OkayBai. 


P/S: Selamat berhujung minggu korang ! .. #StaySafe ya.. 

16 comments:

  1. Alhamdulillah, dah sembuh sikit. Boleb horaa horeeyyy lagi. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee bolehlah makan apa yang nak makan, cuma kena beringat aje..

      Delete
  2. Alhamdulillah. Happy weekend Sis Lin!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dah sihat siap boleh melompat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha gitu, sebab kakinya tak sakit hahahaha

      Delete
  4. so da boleh menyelam lah ni...tapi tak boleh melancong pulak..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada keberanian lagi weiii..tunggu tahun depan je laaaa

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Semoga cepat sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
  6. good news ni :) hope cepat sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Atie, masih lagi berjaga-jaga...

      Delete
  7. Alhamdulillah, yesss! Ini yang kita mahukan....Moga terus sihat sis...taknak sakit camtu lagi..... tapi memang tekak ada rasa kelainan sikit, kan..takpa, tak lama dahtu, okayh sepenuhnyaaaa~AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha engko komen macam jurulatih sukan je Non oiii hahahaha Sis okay aje, bila nak belanja makan haaaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.