INGATKAN DAPAT JAMBANGAN BUNGA, SEKALI PUSING, SAYUR!


INGATKAN DAPAT JAMBANGAN BUNGA, SEKALI PUSING, SAYUR! | Kalau korang nengok gambo, mesti korang dah gelak berdekek-dekek kann hahahaha. Samalah dengan Sis, sampai ke sekarang, bila nengok jambangan sayur tu, terus nak gelak, ada je idea kreatif orang ek hahahaha..adeiii..

Ni semua surprise birthday Sis harini dari MamaDD adik Sis laaa ni. Pepagi lagi seawal jam 8am lebih Sis dapat penggilan telefon nombor yang tidak di kenali, Sis punya perangai kalau nombor tak save, memang jarang sekali Sis nak angkat, kecuali ada beli barang dan menunggu barang sampai, takut poslaju ke col ke kan..

Rasa tak sedap rasa, hampir 3 kali dia col, so Sis pun angkat, terus suara tanya, nak bercakap dengan Sis Lin, bila ditanya siapa, katanya nak hantar kiriman ke rumah, dia minta Sis tunggu. Terus fikir, sapa pulak laaa yang hantar ni.. 

Tak sampai pun setengah loceng rumah berbunyi, sementara nak bukak pintu grill, dari jauh Sis dah nampak dah seorang perempuan pegang jambangan di tangannya, dalam hati kata, 'Waa besarnya jambangan bunga tu'...

Dan bila pintu pagar di buka, dan jambangan tu terpusing ke depan, OMG! Ini memang lawakk hokay!! Jambangan sayur ko sekali adik Sis hantar, benghong betul hahahahahaha...

Ingatkan Dapat Jambangan Bunga, Sekali Pusing, Sayur!

Ingatkan Dapat Jambangan Bunga, Sekali Pusing, Sayur!

Hahahaha engko ngase???? .... siap ada kentang, peria katak, kobis ungu, terung dan banyak lagi tu oii di sumbatnya hahahaha...

Tak tau nak nangis ke nak gelak ke, yang penting si Mia dan Danny (DD) nengok masa video call wahtsapp, mereka berdua pun gelak hahahaha.. adeiii sabo je laa Mama ko ekkkk...

Tu pun katanya, kalau ada jambangan ikan, dia nak hantar ikan juga, sengal...kan bagus ko hantar hambangan ayam goreng mcD ke KFC ke, bolehlah Sis terus makan hahahahaha...

Pertama kali dapat hadiah sebegini, kelako jee.. punya excited ingatkan bunga, sekali sayur!!!

Ingatkan Dapat Jambangan Bunga, Sekali Pusing, Sayur!

Atas alasannya seperti tertera di atas kad tu hahahahaha... iyee laaa, nanti Ayyom masak sayur bebanyak ni dan MamaDD datang makan ya hahahaha.. 

Apa-apa pun, terima kasih adikku Lyea dan Family, atas ucapan dan ingatan haro jadinya ini. Dan terima kasih juga atas segala pengorbanan MamaDD yang menjaga Emak sepanjang hayatnya (adik tinggal bersama arwah Emak). Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budimu. 

Ayyom sayang MamaDD and Friends Family ❤
Habis PKPB mai ke rumah kita makan-makan lagi tau.. 


P/S: Dan juga, Sis dapat jambangan Orchid juga!! Terima kasih awak.. nanti laaa kita share.. 

16 comments:

  1. ahahahhahaha woiii aku pun gelak nengok tapi best ahh dapat gini..boleh masak2..hihihihi

    ReplyDelete
  2. Hihiihi. Memang lawak laa. Anyway Happy Besday sis :)

    ReplyDelete
  3. hadoiii..opss.tergelak sama pulak. hadiah yang sangat bermakna ni kak. Peria katak susah nak dapat tu.

    ReplyDelete
  4. Hahahahahaha... Tapi siyes kreatif la pulak walaupun kelako ko... Hehehe..

    ReplyDelete
  5. best tu dapat hadiah lain dari yang lain..untung dpt surprise gift sis..hehe

    ReplyDelete
  6. lain daripada yang lain ni Sis Lin.. terhibur juga kan bila family yang buat macam ni.. sweet!

    ReplyDelete
  7. haha lagi bagus ni Lin, boleh di jadikan menu, apakah masakan yang terhasil jangan lupa hupdate naa :)

    ReplyDelete
  8. hahaha.. rare tu sis... takpe boleh terus masak tu... hihihi... anyway, happy birthday sis Lin... semoga bertambah bahagia dan bertambah kaya ya

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday sweet seventeen.. (belated seventeen)hihihi
    Semoga diberkati dunia & akhirat

    ReplyDelete
  10. Hb Lin
    Lebih baik daripada jambangan bunga yang akhirnya dibuang sahaja.

    ReplyDelete
  11. Hahahha 1st time tengok jambangan sayur macam ni. Kreatif betul. Tapi best juga, at least boleh guna untuk masak. Kalau bunga, biasanya layu gitu jer. Hehe

    ReplyDelete
  12. Hahaha Sorry tergelak sama. Happy Belated birthday Sis Lin. Best dapat suprise walaupun jambangan sayur. Dah dapat sayur free.. gitu~

    ReplyDelete
  13. Rare! Banyak sayurnya tu. Boleh buat lauk 3-4 hari.

    ReplyDelete
  14. Haha kreatif depa. Tak pernah terfikir jambangan sayur ni.

    ReplyDelete
  15. Sangat rare! Bertuah sis lin dapat hadiah kelakar (maaf ada gelak juga tadi) tapi kreatif macam ni, berguna tu. Boleh masak buat lauk ni!! Btw happy birthday sis lin!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.