WORDLESS WEDNESDAY - KAMBING PERAP


WORDLESS WEDNESDAY - KAMBING PERAP | Siapa suka makan kambing? Haa sama le kita hehehe. Pantang nampak memang akan beli. Lagi kalau pergi food review ke, apa-apa terjah menu kambing dulu. Tapi awas! jaga-jaga ya jangan terlalu banyak sangat makannya dalam satu masa atau berhari-hari, ada kang penyakit lain pulak melekat kat badan. 

Kata orang makan kambing bagus, ada orang plak kata makan kambing kang darah naik, entah laa mana satu faktanya, yang penting, kalau dah ada penyakit tu, kenalah makan beringat okay. 

Korang yang suka makan kambing perap macam ni, haa boleh cuba Kambing Perap Farmgrill. Sis sukakannya. Dagingnya lembut, juicy dan rempahnya sangat meresap dalam dagingnya! Semalam Suami beli lagi. Dia tau Sis suka. Biasa pun kalau bakar, Sis meratah aje, bukan makan dengan nasi pun. 

Korang cubalah.. 

Kambing Perap FarmGrill

Kambing Perap FarmGrill


P/S: Ini malam pun nak makan kambing perap juga.. dah sesiap keluarkan dah :) .. embekkkk

18 comments:

  1. Keluarga PC dan mertua memang suka Sis. Kalau tak dipantau boleh makan ikut suka je semua. Kikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sama macam Sis laaa, tunggu kena tegur haaa baru nak stop hahahaha

      Delete
  2. uiiitttt Sis !! awat menggoda sangat tu nampak dia.. sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, sangat juicy Siti, tu yang nampak mengiurkan...

      Delete
  3. SA baru- baru ni pun buat lamb grill and SA perap sendiri kambing tu..perap semalaman...ingat nak grill dalam air fryer je tapi kawan SA cakap x sedap..nanti dia tak juicy..so SA pun ikut cadangan dia grill guna kuali ajaib je...nanti SA share eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah try dalam AF lagi SA, nanti share respei dan cara yaa.. boleh try nanti..

      Delete
  4. mak ai banyak betul kambing perap ko ni, malam ni nak buat lagi..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tau takpe, stok aku ada 3 bekas lagi tu haaa... tunggu ko maii hahahaha

      Delete
  5. sedapnya. perapan dia pun banyak. mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt muai, sebekas tu perapan dia penuh.. tu yang meresap ke dalam daging kambing tu..

      Delete
  6. ammi pun suka sangat dengan kambing. in fact kalau time raya rumah ammi takde daging lembu pun..ayam & kambing je yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo sama laa kita Ammi, kadang urgent tamu datang, ku buatkan je kambing perap, makan dengan sayuran dan kentang goreng hehehehe western gituh...

      Delete
  7. Mujur tak makan kambing. Kalau tak, terliur dah ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha memang tak makan atau tak suka Fizah?

      Delete
  8. Sukanya makan kambing. Tak kisahlah masak apa pun, yang penting kambing.... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sama kita Amie.. pantang nampak kan! hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.